Wanita Dewasa Tidak Pernah Datang Haid

WANITA DEWASA TIDAK PERNAH DATANG HAID

Gambar hiasan
Gambar hiasan

“Salam sejahtera doktor,saya berumur 27thn dan saya sudah berkahwin setahun yang lepas.  Saya mengalami masalah belum pernah datang haid dari umur remaja sehingga sekarang. Berat badan saya 46kg dan ketinggian saya 160cm..Saya amat memerlukan pandangan doktor dalam menyelesaikan masalah saya kerana saya ingin hamil seperti wanita normal yang lain.Terima kasih doctor. Terima kasih”

Salam sejahtera.

Kebanyakan kanak-kanak perempuan mula datang haid seawal umur 9 dan ada yang agak lambat sehingga berumur 18 tahun. Namun purata kanak-kanak perempuan mengalami haid pada usia sekitar 12 tahun.

Apabila kanak-kanak ini tidak pernah dating haid langsung semenjak awal, keadaan ini dinamakan “Amenorhea Primer”.

Oleh itu kanak-kanak perempuan yang telah mancapai umur 15 atau 16 tahun, sama ada telah melalui perubahan seksual wanita (seperti pembentukan payudara), atau belum, pemeriksaan yang lengkap harus dilakukan bagi mengetahui punca remaja ini tidak mengalami haid seperti rakan-rakan mereka yang lain.

Punca bagi masalah amenorrhoea primer adalah:

Masalah kecacatan pada struktur organ peranakan, contohnya:

1.Terdapat halangan akibat sekatan tisu atau penyempitan pada pangkal rahem.

2.Selaput dara yang tidak mempunyai pembukaan

3.Tidak mempunyai rahem atau faraj (vagina)

4.Terdapat halangan pada faraj

5.Selaput dara yang kuat dan tiada ruang untuk darah haid turun

Kesan hormon dalam kitaran haid wanita, contohnya:

1.Masalah perubahan yang berlaku kepada bahagian-bahagian otak di mana hormon yang membantu menguruskan kitaran haid tidak dihasilkan.

2. Ovari tidak berfungsi dengan betul

 

Faktor genetik, contohnya:

1. Individu yang mengalami sindrom Perrault,  digambarkan sebagai seorang wanita , padahal ia adalah seorang lelaki yang mempunyai kromosom tidak matang dengan 46, XY tetapi tiada gen yang menentukan kerandut zakar (testis) pada kromosom Y. Oleh itu ia tidak membentuk zakar dan kerandut zakar.

2.Pesakit yang mengalami sindrom Swyer pula mempunyai kemaluan wanita yang normal tetapi system pembiakan beliau adalah lelaki. Walaupun beliau mempunyai  faraj dan rahem yang normal, individu ini juga mempunyai kerandut zakar (testis) berada di dalam abdomennya. Beliau tidak mempunyai ovary, dan payudara.

Jadi banyak punca seorang wanita dewasa tidak pernah mengalami haid. Pemeriksaan yang terperinci harus dilakukan. Masalahnya bukan setakat tiada haid, tetapi juga juga masalah sama ada boleh hamil atau tidak.

Jika system peranakan yang melibatkan faraj, rahem dan ovary tidak sempurna, maka agak mustahil untuk seorang wanita untuk hamil secara normal.

Wallahu a’lam.

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!