Kesan cuaca panas pada kesihatan

KESAN CUACA PANAS PADA KESIHATAN

hot weather

 

Berikut adalah perbincangan dan perkongsian saya pada 19 Mac 2015 di BERNAMA Radio 24, bertajuk “KESAN CUACA PANAS PADA KESIHATAN”

 

1. “Doktor, boleh jelaskan suhu badan yang normal dan suhu yang bagaimana boleh menjejaskan kesihatan manusia?”

 

Suhu tubuh kita yang normal antara 37,5 C hingga 38.5 C.  Suhu persekitaran akan mempengaruhi suhu dalam tubuh kita, namun ALLAH mencipta pengawal suhu dalam tubuh (seperti thermostat) yang menurunkan suhu badan jika ia terlalu tinggi dan menaikkan suhu badan jika ia terlalu rendah.  Termostat ini berada dalam otak kita di kawasan yang dinamakan preoptic di kelenjar anterior hypothalamus.  Banyak kajian menunjukkan apabila kita terdedah pada suhu persekitaran melebihi 35C selama 6 jam, tubuh kita mula menunjukkan tanda-tanda kemudaratan.

 

2.”Apabila berlaku peningkatan suhu dalam tubuh, apa yang berlaku dalam tubuh? Tidakkah tubuh cuba menurunkan suhu badan?”

 

Apabila tubuh kita mengalami suhu yang tinggi, peningkatan suhu ini dikesan oleh thermostat dalam otak. Ia kemudian mengarahkan anggota tubuh untuk mengeluarkan haba.

Antara langkah yang dilakukan oleh tubuh ialah:

1. kelenjar eccrine (kelenjar peluh) akan mengeluarkan lebih banyak peluh, agar suhu dari badan dapat dikeluarkan melalui penyejatan peluh.

2.otot-otot di sekeliling bulu roma dalam kulit akan berada dalam keadaan rehat, menyebabkan bulu roma tidak berdiri tegak. Ini akan menghilangkan kesan penebatan yang menghalang haba keluar dari kulit.

3.salur darah pada tubuh akan mengembang, bagi mengalirkan lebih banyak darah bersama haba ke permukaan kulit. Ini menyebabkan kulit kita menjadi merah (blushing).

 

Namun begitu peningkatan suhu yang terlalu tinggi dalam badan, iaitu melebihi 40C akan merosakkan thermostat ini, dan menyebabkan peningkatan suhu yang lebih tinggi yang tidak dikawal lagi.

 

Sebab itu peningkatan suhu dalam tubuh atau demam yang tinggi sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kegagalan fungsi ginjal, hati, jantung dan paru-paru sehingga membawa maut.

 

3.”Apakah tanda seorang itu mula mengalami kemudaratan akibat peningkatan suhu sekeliling?”

 

Suhu persekitaran yang melampau akan menyebabkan kesan pada kesihatan. Antaranya:

1.keletihan walaupun tidak melakukan kerja berat

2.kekejangan otot dan rasa sakit badan

3.rasa mahu pitam dan pengsan

4. dehirasi seperti kencing pekat, rasa haus

5. “Heat stroke”

 

Kemudaratan ini lebih dirasai oleh

1. Pesakit kronik seperti pesakit diabetes, darah tinggi, pesakit yang ada kolestrole tinggi

2.Wargamas berumur 60 tahun ke atas

3.Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah

4. Atlet, pekerja binaaan dan pekerja di lapangan

5.Anggota keselamatan seperti askar dan polis yang berada dalam perbarisan dalam jangka masa yang lama

 

 

4.  “Apa itu heatstroke?

 

“HEAT STROKE” berlaku apabila termostat dalam tubuh tidak mampu lagi mengawal suhu dalam badan. Suhu dalam tubuh yang terlalu tinggi menyebabkan kerosakan pada organ-organ tubuh seperti jantung, ginjal, paru-paru, jantung dan otak.  Biasanya ia berlaku apabila suhu badan mencapai suhu melebihi 40C.

 

Mulanya akan mengalami rasa letih yang keterlaluan walaupun tidak melakukan kerja berat, mengalami kekejangan pada otot dan rasa sakit badan, mengalami dehirasi seperti kencing pekat, dan cepat rasa haus, akhirnya rasa mahu pitam.

 

Kemudian apabila tubuh telah mengalami heat stroke, kewarasan akal menjadi kurang, maknanya mangsa “heat stroke” akan keliru dan tidak dapat memberitahu di mana dia berada, waktu pagi atau petang dan mungkin tidak mengenali wajah orang yang rapat dengannya.

 

Suhu badan mereka sangat tinggi, tiada peluh, kulit kekeringan dan tubuh mereka lemah tidak bermaya.

 

Di peringkat mikro, suhu yang melampau ini merosakkan struktur asa enzim dan hormon. Hormon dan enzim dibina dari asid amino, akan bertukar strukturnya dalam keadaan suhu yang tinggi.

 

Sebagai contoh, putih telur sebelum direbus berwarna jernih, tetapi bila dimasukkan ke dalam air panas, menyebabkan struktur proteinnya bertukar dan menjadi warna putih.

 

Apabila struktur protein dan hormon telah bertukar ia akan mengganggu proses metabolisme dalam badan dan mengganggu keseimbangan hormon.

 

Organ-organ seperti ginjal, hati,jantung, paru-paru dan otak yang dibina dari asid amino juga mengalami perubahan yang sama. Ini menjejaskan fungsi organ-organ ini.

 

Kesimpulannya orang yang mengalami “heatstroke”ini mengalami suhu badan yang tinggi, tidak berpeluh, kulit kering, terbaring tidak bermaya. 

 

Mereka yang disyaki mengalami heatstroke harus segera dibawa ke hospital.

 

5.  “Apa nasihat doktor kepada masyarakat pada musim cuaca panas ini?”

 

Apa yang penting ialah tidak keluar pada matahari  sedang terik. Selalunya antara pukul 1030am hingga 3pm. Elakkan berada di tengah panas pada jangkamasa yang lama. Pakai pakaian yang longgar dan gunakan payung dan topi jika perlu.

 

Minum seberapa banyak yang boleh. 8 gelas sehari adalah panduan asas bagi kita dalam menyukat minum dalam tubuh. kalau dapat lebih banyak minum lebih baik. Saya mencadangkan 2L sehari untuk diminum pada cuaca panas ini.

 

Beli botol air yang besar, isikan air mineral ke dalamnya dan pastikan kita habis minum untuk sehari. Inilah cara kita menyukat air yang kita minum.

 

Jika badan terlalu panas dan tidak selesa, mandi dengan air suam. Air yang sejuk akan menyebabkan otot mengecut kuat dan kita mengalami rasa sakit badan.

 

Wallahu a’lam.

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!