“Salam doktor, boleh saya tahu bagaimana mengurangkan rasa berdebar-debar?.Terima kasih”. Ia bergantung kepada punca-punca yang menyebabkan rasa berdebar-debar itu. Kadang-kala “rasa berdebar-debar” ini tidak memudaratkan dan akan “datang pergi” dengan sendiri. Dalam keadaan begini, pesakit tidak memerlukan sebarang rawatan. Jika rasa berdebar-debar ini berlangsung sepanjang hari dan berulang-ulang, dan pemeriksaan fizikal, darah, ultrasound dan radiologi menunjukkan pesakit tiada masalah, selalunya doctor memberitahu mungkin ia berkaitan dengan emosi. Sesetengah pesakit yang sensitive pada takanan, rasa risau atau rasa takut akan mudah berdebar-debar. Antara tips yang membantu mengurangkan rasa runsing dan berdebar-debar ialah latihan pernafasan. Duduk atau di bilik …
Read More »BERNAMA RADIO 24
Selamatkah melahirkan anak di rumah?
RADIO SALAM FM 17 FEB 2018, RADIO BERNAMA 22 FEB 2018 KENAPA ADA SESETENGAH KITA MAHU MELAHIRKAN ANAK DI RUMAH? Setakat interviu radio pada hari ini, belum ada dalam mana-mana akta atau undang-undang di Malaysia yang menghalang kelahiran di rumah atau di tempat-tempat lain selain dari hospital. Kita belum dengar lagi ada pendakwaan terhadap ibu yang melahirkan anak di rumah, di bilik air atau di bawah pokok. Sama ada sengaja atau tidak. Ia bukan kesalahan. Jadi melahirkan anak, tidak semestinya di hospital atau mana-mana kemudahan kesihatan yang lain. Ia adalah pilihan wanita yang hamil itu. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan …
Read More »LIMA PERKARA YANG HARUS KITA TAHU SEBELUM MEMBERIKAN ANAK KITA SUPLEMEN
10 FEB 2018 RADIO SALAM FM DAN 15 FEB 2018 RADIO BERNAMA SECARA RINGKAS, APAKAH ITU SUPLEMEN? Ramai ibubapa di Malaysia yang memberikan sekurang-kuranganya satu suplemen kepada anak-anak mereka, sama suplemen diet (selalunya dalam bentuk vitamin) dan produk makanan tambahan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan perkembangan IQ. Penjualan semua produk suplemen ini dipantau oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsan, di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia harus didaftarkan dan mendapat kelulusan oleh biro ini. Barulah ia dibenarkan dijual kepada masyarakat. Oleh itu banyak produk suplemen yang dijual di farmasi dan toko ubat. Begitu juga yang dijual secara penjualan terus (direct selling). Ia …
Read More »Tahukah Anda 15 Warna Air Kencing Ini Menerangkan Tahap Kesihatan Tubuh Badan Kita
BAGAIMANA AIR KENCING DIHASILKAN? Kita mempunyai sistem perkumuhan yang lengkap bagi membuang bahan-bahan perkumuhan yang terhasil selepas tubuh menjalankan pencernaan (metabolisme) makanan dan minuman yang kita diambil sepanjang hari. Kita mengeluarkan bahan-bahan ini melalui tiga cara, melalui air kencing, air besar atau perpeluhan. Sebahagian besar bahan-bahan perkumuhan ini dikeluarkan melalui air kencing. Oleh itu kita akan kencing beberapa kali dalam setiap hari, berbanding dengan kita membuang air besar. Ini bermakna jika kita tidak buang air besar atau tidak berpeluh (ketika cuaca sangat sejuk) dalam sehari, ia mungkin normal. Tetapi jika kita tidak buang air kecil (tidak kencing) langsung pada satu …
Read More »Sembelit tanda kanser usus?
SEMBELIT: ADAKAH IA TANDA KANSER USUS BESAR? RADIO BERNAMA- 16 NOV 2017 Ramai yang mengalami masalah sukar untuk buang air besar pada waktu pagi. Ada pula yang tidak rasa langsung untuk buang air besar beberapa hari. Adakah ini sembelit? Sembelit adalah masalah yang biasa kita alami. Ia juga antara punca kita berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan atau ke farmasi untuk mendapatkan ubat bagi melegakan masalah ini. Kadang kala kita tidak peduli pun kalau beberapa hari kita tidak buang air besar. Namun selalunya kita mula merasakan ia menjadi satu masalah apabila kita menjadi tidak selesa. Perut kita menjadi kembung, atau kita …
Read More »penyakit bawaan air banjir
PENYAKIT BAWAAN AIR BANJIR 9 Nov 2017 RADIO BERNAMA Ramai orang, terutama kanak-kanak tidak menyedari bahawa air banjir adalah air yang kotor. Mereka menjadikan seperti pesta mandian. Selain boleh menyebabkan kematian akibat lemas, bagaimana air banjir ini berbahaya kpd kesihatan? Air adalah komponen penting dalam kehidupan manusia. Apabila berlaku pencemaran air, terutama ketika banjir, ia memberikan kesan yang besar kepada kesihatan. Ramai yang tidak menyedari, terutama kanak-kanak, apabila berlakunya banjir, air yang naik ke jalan-jalan raya dan air yang masuk ke rumah mereka adalah air yang kotor dan tercemar. Air banjir mungkin akan menyebabkan kematian secara langsung apabila terdapat rumah-rumah …
Read More »Kesan Permainan Pass Out
KESAN PERMAINAN PASS OUT MENGAPA PASS OUT INI DIJADIKAN PERMAINAN? Pada saya permainan ini, kalau boleh dikatakan sebagai permainan tidak mendatangkan faedah dan mencabar maut. Dengan menekan dada seseorang individu lain, ia bertujuan untuk menyebabkan pengsan atau tidak sedarkan diri untuk sementara waktu. Namun apa yang terjdi apabila ia bukan hanya menyebabkan pengsan, tetapi kesan trauma pada dada, atau menyebabkan kegagalan untuk sedar semula (pengsan yang lebih lama). Dari segi psychologynya, ia mungkin dilakukan oleh para remaja bersifat “suka-suka” dan bertujuan untuk menarik perhatian. Ia dilakukan bagi tujuan “menunjuk-nunjuk” melakukan sesuatu yang remaja lain tidak dapat melakukannya. Oleh kerana ia …
Read More »“DAB DIB DUB …JANTUNGKU BERDEBAR-DEBAR”
“DAB DIB DUB …JANTUNGKU BERDEBAR-DEBAR” BERNAMA RADIO 24 PADA 2 FEB 2017 APAKAH YANG DIKATAKAN BERDEBAR-DEBAR. Apabila jantung kita berdegup, atau bila otot-otot jantung kita mengepam, rehat dan mengepam semula, dua perkara yang perlu kita perhatikan. Pertama kadar degupan jantung (atau bilangan degupan dalam seminit). Kedua drama/rentak (atau rhythm) iaitu perjalanan degupanan jantung haruslah stabil. Dub-dub-dub. Berdebar-debar atau “palpitation” berlaku apabila kita rasa jantung kita berdegup laju. Selalu apabila jantung berdegup secara normal, dalam kadar 60-100 degupan perminit dan dalam irama yang sekata, kita tidak merasa degupan jantung kita. Berdebar-debar berlaku apabila degupan jantung kita melebihi 100 degupan seminit …
Read More »PUNCA BERDEBAR-DEBAR
PUNCA BERDEBAR-DEBAR “Salam, doktor. Apa sebenarnya rasa berdedar-debar ini? Terima kasih”. Banyak punca yang menyebabkan rasa berdebar-debar. Antaranya: Riadah atau senaman Demam Gangguan emosi seperti rasa takut, risau dan stress Minuman bercaffeine. Menghisap tembakau (merokok) Minum minuman beralkohol Ubat-ubat seperti ubat batuk dan selsema, Suplemen pelangsing yang mengandungi bahan terlarang silbuteramine. Berdebar-debar ini boleh berlaku pada pesakit yang mengalami masalah kekurangan darah merah (anemia), masalah pengeluaran hormone thyroid yang berlebihan (hyperthyroid), komplikasi dari serangan sakit jantung atau lemah jantung. Semoga bermanfaat. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI …
Read More »BAGAIMANA KITA TAHU BERDEBAR-DEBAR. “Salam doktor. Bagaimana kita mahu tahu yang kita benar-benar mengalami masalah berdebar-debar ini?” Selalunya kita sendiri mengesyaki yang kita mengalami degupan jantung yang laju apabila kita dapat rasakan debaran itu. Jika kita dilatih dalam ilmu pertolongan kecemasan dan CPR, mungkin kita mahir mencari nadi dan mengira degupan jantung kita. Jika kita tidak pasti, saya nasihatkan agar berjumpa doctor. Apabila kita berjumpa doctor di klinik atau di Jabatan Kecemasan doctor akan melakukan pemeriksaan fizikal kita, terutama mengesan degupan jantung yang laju pada nadi. Doktor bertanyakan beberapa perkara yang berkaitan (medical history). Kadang kala doctor …
Read More »ADAKAH BERDEBAR-DEBAR ITU BAHAYA?
“Doktor saya sering mengalami rasa berdebar-debar, adakah ia berbahaya?” Selalunya degupan jantung yang normal antara 60-90 dalam seminit. Berdebar-debar ini bahaya jika melibatkan kadar yang sangat laju atau iramanya yang tidak sekata. Masalah kadar yang laju. Secara mudah, jika melebihi 90 dalam seminit, dikenali sebagai “tachycardia”. Ada tiga jenis tachycardia bergantung di mana isyarat elektrik ini dimulakan. Supraventricular tachycardia. Bermula pada bahagian atas jantung (ruangan atrium) Ventricular tachycardia. Bermula pada bahagian bawah jantung (ruangan ventricle) Sinus tachycardia. Bermula dari bahagian SA node (iaitu di tempat jantung mula mengeluarkan isyarat eletrik secara normal) tetapi dalam kadar yang …
Read More »APAKAH YANG DIKATAKAN BERDEBAR-DEBAR?
“Doktor, dada saya kadang kala tidak selesa, adakah ia disebabkan oleh berdebar-debar?” Apabila jantung kita berdegup, atau bila otot-otot jantung kita mengepam, rehat dan mengepam semula, dua perkara yang perlu kita perhatikan. Pertama kadar degupan jantung (atau bilangan degupan dalam seminit). Kedua drama/rentak (atau rhythm) iaitu perjalanan degupanan jantung haruslah stabil. Dub-dub-dub. Berdebar-debar atau “palpitation” berlaku apabila kita rasa jantung kita berdegup laju. Selalu apabila jantung berdegup secara normal, dalam kadar 60-100 degupan perminit dan dalam irama yang sekata, kita tidak merasa degupan jantung kita. Berdebar-debar berlaku apabila degupan jantung kita melebihi 100 degupan seminit dengan drama yang …
Read More »ADUH PENINGNYA KEPALAKU
1. APA BEZA ANTARA SAKIT KEPALA DAN PENING? Ramai orang yang sering menggunakan perkataan pening apabila mengalami rasa tidak selesa pada bahagian kepala. Kadang kala istilah itu mengelirukan, bukan saja doctor yang merawat tetapi juga orang yang mendengar. Sebagai contoh ramai yang mengatakan bahawa mereka pening apabila mereka sebenarnya sakit kepala. “Saya peninglah melihat telatah awak” Apa yang cuba dimaksudkan ialah sakit kepala melihat telatah kawan dia yang mungkin menyakitkan hatinya. Sakit kepala sebenarnya rasa sakit pada bahagian kepala, sama ada rasa sakit berdenyut-denyut, rasa seperti ditekan atau dihempap kepala atau rasa menyucuk-nyusuk di dalam …
Read More »Adakah pening berbahaya?
BILAKAH PENING PERLUKAN RAWATAN? “Salam, doktor. Adakah rasa pening ini berbahaya dan perlu mendapatkan rawatan? Terima kasih” Semua jenis masalah perimbangan badan akibat vertigo harus mendapat pemeriksaan yang sempurna dari doctor. Apatah lagi jika rasa pening (vertigo) ini berkaitan dengan masalah seperti di bawah. vertigo berlaku secara serta-merta vertigo berlaku bersama dengan masalah lain seperti pandangan berkabur, rasa kebas pada bahagian muka, sukar menelan. vertigo yang tidak disebabkan oleh perubahan posisi kepala dan tubuh badan. vertigo yang tidak hilang dengan sendiri, berlaku secara berulang-ulang atau berlangsung sepanjang hari. vertigo tidak denot caused by something …
Read More »Kaitan pening dan masalah telinga?
ADAKAH PENING BERKAITAN DENGAN MASALAH TELINGA? Ya, kebanyakan masalah pening (atau kita sebut sebagai vertigo) ini berpunca dari masalah dalam telinga. Apa yang saya maksudkan ‘dalam telinga’ ialah struktur di belakang gegendang telinga, yang hampir dengan otak. Lokasi ini disebut sebagai ‘inner ear’. Bahagian ini sangat berkaitan dengan sistem perimbangan dan sistem pendengaran kita. Jika sistem ini tergangu, ia menyebabkan kita tidak boleh mendengar dengan baik dan kita rasa tidak seimbang. Ini menyebabkan kita rasa persekitaran kita berputar, dan kita rasa mahu rebah. Bahagian ‘inner ear’ ini mengandungi satu struktur tulang yang bentuknya …
Read More »Perbezaan antara sakit kepala dan pening kepala
APA BEZA ANTARA SAKIT KEPALA DAN PENING? “Salam doktor. saya ingin bertanya jika ada perbezaan antara pening dan sakit kepala? Terima kasih” Ramai orang yang sering menggunakan perkataan ‘pening’ apabila mengalami rasa tidak selesa pada bahagian kepala. Kadang kala istilah itu mengelirukan, bukan saja doctor yang merawat tetapi juga orang yang mendengar. Sebagai contoh ramai yang mengatakan bahawa mereka pening apabila mereka sebenarnya sakit kepala. “Saya peninglah melihat telatah awak” Apa yang cuba dimaksudkan ialah sakit kepala melihat telatah kawan dia yang mungkin menyakitkan hatinya. Sakit kepala sebenarnya rasa sakit pada bahagian kepala, sama …
Read More »Risau Anak Belum Merangkak Umur 8 Bulan
RISAU ANAK BELUM MERANGKAK UMUR 8 BULAN “Salam doc, saya ingin bertanya, anak saya lelaki masuk 8 bulan, masih belum pandai bangun dari baringnya,tidak mahu meniarap juga. Tapi bila didudukkan dia memang suka. Tegap saja bila duduk. Saya risau sebab belum pandai bangun dari baring. Ada ke cara urutan yang saya perlu buat untuk anak saya? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan bayi mula belajar merangkak di antara usia 7 dan 10 bulan. Bayi hanya akan mula merangkak sebaik sahaja beliau dapat duduk dengan baik tanpa sokongan. Selalunya ketika berumur 8 bulan. Pada masa …
Read More »Demam
DEMAM Berikut adalah perkongsian saya pada 26 Mac 2015 di BERNAMA Radio 24, bertajuk “DEMAM” 1. “Doktor, apa yang dikatakan sebagai demam?” Suhu tubuh kita yang normal ialah 37.5 hingga 38.5 C. (99.5-100.9F). Apabila ada jangkitan kuman, pertahanan tubuh kita (daya tahan tubuh), akan meningkatkan suhu dalam badan. Ia adalah perubahan normal. Ini bertujuan bagi mempercepatkan kesembuhan dalam melawan kuman. Namun thermostat tubuh (bahagian otak yang terletak di hypothalamus) yang mengesan dan mengawal suhu dalam tubuh, sangat sensitif terhadap perubahan suhu ini. Thermostat kita akan memberitahu otak dan tubuh agar mengeluarkan prostaglandin, iaitu bahan biokimia yang semulajadi dalam tubuh. Prostaglandin akan …
Read More »Kesan cuaca panas pada kesihatan
KESAN CUACA PANAS PADA KESIHATAN Berikut adalah perbincangan dan perkongsian saya pada 19 Mac 2015 di BERNAMA Radio 24, bertajuk “KESAN CUACA PANAS PADA KESIHATAN” 1. “Doktor, boleh jelaskan suhu badan yang normal dan suhu yang bagaimana boleh menjejaskan kesihatan manusia?” Suhu tubuh kita yang normal antara 37,5 C hingga 38.5 C. Suhu persekitaran akan mempengaruhi suhu dalam tubuh kita, namun ALLAH mencipta pengawal suhu dalam tubuh (seperti thermostat) yang menurunkan suhu badan jika ia terlalu tinggi dan menaikkan suhu badan jika ia terlalu rendah. Termostat ini berada dalam otak kita di kawasan yang dinamakan preoptic di …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
