ENDOMETRIOSIS ADALAH PENYAKIT AKIBAT KERADANGAN DAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON

Ramai yang bertanya saya mengenai masalah endometriosis. Endometriosis adalah masalah yang dialami oleh ramai wanita dan doctor perubatan masih tidak mengetahui punca berlakunya masalah ini. Banyak teori yang diberikan. Namun teori yang diberikan tidak banyak membantu dalam merawat pesakit wanita yang mengalaminya. Saya berpendapat bahawa endometriosis adalah gabungan dari dua masalah utama, iaitu keradangan (inflammation) daan ketidakseimbangan hormone. Endometriosis berlaku apabila tisu normal dalam rahem (lapisan endoendometrium) berada di luar rahem. Tisu ini mengalami perubahan seperti mana tisu dalam rahem, iaitu membesar dan menjadi darah haid, dengan kesan hormone peningkatan estrogen. Ia menyebabkan rasa sakit dan pendarahan yang banyak dalam kawasan pelvik. Akhirnya menyebabkan lekatan pada organ dalam kawasan itu seperti usus, saluran fallopian dan pundi kencing. Akhirnya menyebabkan masalah kesuburan. Banyak jenis rawatan yang dicadangkan, antara rawatan hormone dan pembedahan. Namun begitu pengalaman saya merawat mereka yang mengalami masalah ini, penjagaan makanan adalah rawatan yang selalu tidak diambil berat. Banyak kajian menunjukkan dengan menjaga pemakanan, ia dapat membantu wanita yang mengalami masalah seperti haid yang tidak menentu, fibroid, endometriosis dan ovarian cyst. Saya menasihatkan agar mengamalkan diet low carbo high fibre. (LCHF). Selain itu cuba kurangkan memakan daging merah dan menggantikannya dengan daging putih seperti ikan dan ayam. Wanita yang obese dan mampu mengurangkan berat badannya sekurang-kurangnya 10% dari berat asal dan memperbanyakkan makan sayur-sayuran segar dapat mengurangkan membantu penyembuhan penyakit yang dialami. Selain itu banyakkan riadah yang ringan seperti berjalan kaki yang mampu membantu mengurangkan berat badan. Selain itu saya mencadangkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, serta vitamin C dan E. Pengambilan omega 3 yang bersifat antioksida juga penting bagi mengurangkan keradangan akibat penyakit ini. Cuma saya ingin ingatkan pengambilan suplemen haruslah diambil dengan nasihat doctor juga, kerana ada kalanya endometriosis boleh bertambah teruk. Saya selalu mencadangkan pengambilan suplemen antara 4-6 bulan, kerana kesan penyembuhan mengambil masa. [IKLAN] KLIK DI SINI UTK VITAMIN C + NV FISH OIL + NATRIEO VITAMIN E PADA HARGA PROMO KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!