UTM menemukan formulasi rawat kulit bermasalah

UTM MENEMUKAN FORMULASI RAWAT KULIT MUKA BERMASALAH

skin

 

Kacip Fatimah dikenali sebagai herba tradisional yang telah banyak digunakan di nusantara sejak dari zaman dahulu lagi. Ia biasanya digunakan sebagai rawatan selepas melahirkan anak. Ini kerana Kacip Fatimah dikatakan dapat merawat kecederaan pada rahem dan faraj ketika proses melahirkan anak. Namun tiada sebarang kajian saintifik yang membuktikannya, sehingga Universiti Tekonolgi Malaysia melalui Institute Bioproduct Development (IBD) membuktikan kesan positif ekstrak Kacip Fatimah  terhadap sel-sel kulit.

 

Dalam kajian itu menunjukkan Kacip Fatimah atau nama sainsnya, Labisia pumila mengandungi banyak  sebatian phenolic acid dan flavonoid yang dipercayai bertanggungjawab dalam merawat pelbagai jenis penyakit. (Zhang & Ye, 2008). Sebatian ini bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel human dermal fibroblasts yang ada pada kulit, dari kerosakan yang disebabkan oleh radiasi UV dari cahaya matahari. (Choi et al., 2010).

 

Untuk itu UTM melalui IBD telah mengeluarkan produk antiaging bagi merawat masalah kulit yang berkedut dan rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari dan proses penuaan yang lain.

 

Produk ini merupakan hasil kerjasama penyelidikan kosmetik selama 2 tahun di antara Institut Pembangunan Bioproduk, UTM dengan Dongguk University, Korea Selatan.

 

Produk ini dinamakan “Wisderm Anti-Ageing Serum” atau “Serum Anti Penuaan”  ini mengandungi ekstrak herba Kacip Fatimah yang terbukti secara saintifik mampu bertindak sebagai bahan anti-penuaan yang berkesan.

 

 

Kajian ke atas sel kulit mendapati ekstrak ini mampu meningkatkan sintesis kolagen dalam kulit manusia untuk membaiki tahap kedutan dan keanjalan kulit. Dengan bahan aktif tambahan seperti Vitamin C, ceramide, asid hyaluronik, protein terhidrolisis dan asid amino untuk menambahkan lagi keberkesanan serum.

 

Produk ini seseuai untuk wanita berusia 30an ke atas yang mula mengalami perubahan kulit muka, disebabkan kurang minum air, tidak cukup rehat, terdedah kepada sinaran UV cahaya matahari, perubahan hormone akibat kehamilan dan kekurangan vitamin C.

 

Cara penggunaannya ialah setelah mencuci muka, sapukan nipis pada muka pada waktu pagi dan sebelum tidur.

antiaging-serum

Boleh dapati di http://needsvenue.com.my/ProductWeb.aspx?sq=ff50b686-8209-43bf-a02d-0806639422bd

 

Rujukan : Chua LS, Lee SY, Abdullah N, Sarmidi MR. Review on Labisia pumila (Kacip Fatimah): bioactive phytochemicals and skin collagen synthesis promoting herb. Fitoterapia. 2012 Dec;83(8):1322-35.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!