KEKERINGAN FARAJ SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
“salam doc.. Maaf andai soalan saya agak sensitif Saya baru bersalin 3bulan lepas..dan umur saya baru saja 24tahun.. Masalah sy,pertama kali sy bersama suami selepas bersalin vagina sy terasa kering.. Tapi bila bersama suami,sy tidak merasa sakit ketika bersama. Cuma di bahagian bibir vagina saya tidak basah.. Dan ia agak susah nk masukkan zakar semula apabila ia terkeluar kerana kesat. Dan apabila sy mencapai tahap klimaks pon sy masih tak rasa bibir vagina sy basah.. Sy rse buntu dgn masalah ini.. Takut andai suami mula hilang selera.. Harap doktor dapat membantu.. Terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Masalah kekeringan faraj memang sering berlaku pada wanita yang baru melahirkan anak. Selalunya ia bersifat sementara. Jangan risau.
Buat sementara puan boleh gunakan pelincir yang dijual di farmasi. Puan juga boleh menggunakan minyak zaitun (yang biasa digunakan sebagai bahan hidangan makanan) atau minyak kelapa dara. Ia selamat digunakan kerana bersifat semulajadi.
Selalunya selepas 6 bulan, apabila hormone kembali seimbang, puan akan lebih selesa semasa bersama suami kerana tubuh puan akan memberikan respon (dengan mengeluarkan lendiran faraj).
Saya mencadangkan puan mengamalkan Ekstrak Kacip Fatimah selain vitamin C dan E sebagai suplemen selepas melahirkan anak, supaya segera mendapat keseimbangan hormone dan mempercepatkan proses penyembuhan luka pada rahem dan faraj.
Wallahu a’lam.
IKLAN
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah: