15 perkara yang perlu kita tahu tentang garam

15 PEKARA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG GARAM

 

garam

 

1 – Garam atau nama saintifiknya Sodium Chloride, terdiri daripada 2 komponen, iaitu 40% Sodium dan 60% Chloride.

 

2 – Dalam diet manusia, garam tergolong dalam kelompok MIKRONUTRIEN – yakni nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang kecil saja. Jika kurang mineral ini, pesakit akan mendapat penyakit. Jika berlebihan juga akan mendatangkan penyakit.

 

3 – Sodium sudahpun wujud secara semulajadi dalam semua makanan, maka pengambilan garam haruslah terkawal agar pengambilan sodium anda tidak terlebih.

 

4 – Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sodium agak jarang berlaku kerana diet kita sendiri amat kaya dengan sodium. Kita kena faham bahawa makanan di sekeliling kita mengandungi sodium, meskipun makanan tu tak lah rasa masin mana pun.

 

5 – Sodium bertindak dalam mengawal jumlah air dalam badan, mengekalkan keasidan dan pH darah, membantu dalam memberikan isyarat saraf (neurotrasmitter) dan pengecutan (kontraksi) otot.

 

6 – Seorang individu dewasa di Malaysia harus mengambil garam tidak lebih 6g sehari (dalam satu sudu teh), manakala kanak-kanak pula haruslah kurang daripada itu.

 

7 – Secara purata, seorang dewasa di Malaysia mengambil garam sekitar 9g sehari, lebih banyak dari yang sepatutnya, dan kebanyakannya dari sumber makanan yang tidak sihat seperti makanan dalam tin, kerepek-kerepek, makanan segera dan beberapa jenis lagi makanan proses. Tidak mustahil juga akan ada dewasa yang mengambil sehingga lebih dari ini memandangkan 9g ini adalah sekadar nilai purata (9g adalah nilai tengah-tengah, ada yang ambil kurang dari itu, ada yang ambil lebih).

 

8 – Antara kesan ketara jangka masa panjang pengambilan garam berlebihan adalah masalah jantung dan juga penyakit darah tinggi (hypertension).

 

9 – Antara kaedah utama dalam mengurangkan pengambilan garam dalam sehari adalah kurangkan/berhenti makan kerepek jajan, kurangkan/berhenti makan makanan segera di luar (restoran makanan segera), sebaliknya lebihkan memasak sendiri makanan di rumah. Sudah pasti, kurangkan penggunaan garam dan tak perlu menggunakan penambah perisa (seperti MSG) ketika memasak.

 

10 – Jika ingin makan makanan dalam tin, pastikan tos dahulu makanan dalam tin sebelum menggunakannya. Peringatan juga buat abang-abang bina badan di luar sana yang sering menggunakan tuna dalam tin dalam kadar yang kerap.

 

11 – Baca dahulu label sebelum membeli kerana kebanyakan produk yang ada di pasaran sekarang ini rata-ratanya tinggi kandungan sodium. Kadang-kadang roti wholemeal yang menyihatkan pun mengandungi kandungan sodium yang tinggi, maka berjaga-jagalah.

 

12 – Selain roti, bijirin sarapan, biskut dan kek juga mengandungi sodium yang tinggi. Patutlah orang zaman sekarang ni mudah kena serangan jantung.

 

13 – Sekiranya kita gemar makan daging (lembu misalannya), maka lebih dari 1/4 kuota pengambilan sodium harian anda datang dari makanan ini.

 

14 – Sodium pada label makanan disukat dalam unit “miligram” (mg).

 

15 – Berapakah had maksima jumlah sodium yang anda perlu ambil dalam sehari? Mudah sahaja. Seorang dewasa tak boleh ambil lebih dari 6g garam sehari, atau bersamaan dengan 6000mg sehari, manakala garam terdiri daripada 40% sodium, maka dengan itu, 6000mg x 40% = 2400mg sodium sehari.

 

 

Posted in Health By Joy Kalonas On March 15, 2012

 

Suntingan dari http://sususejat.com/1-perkara-yang-anda-perlu-tahu-tentang-garam/

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!