MASALAH HAID AKIBAT RAWATAN KEMOTERAPI

“Assalammualaikum Dr. Zubaidi, Saya ingin bertanya bagaimana untuk seorang wanita 30an yang lepas menjalani chemotherapy untuk kembali mendapat haid nya yang telah 2 tahun berhenti selepas tamat rawatan chemotherapy tersebut. Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Rawatan kimoterapi untuk peyakit kanser memang akan menyebabkan beberapa kesan sampingan berlaku pada diri pesakit. Oleh itu doctor akan memastikan rawatan yang diberikan benar-benar memberikan manfaat melebihi kemudaratan yang mungkin akan diterima oleh pesakit. Doktor akan memastikan ubat kimoterapi tersebut adalah ubat yang spesifik dan berkesan untuk penyakit kanser tersebut memandangkan kesan sampingannya amat besar.

Doktor juga akan berusaha untuk meminimakan kesan sampingan yang mungkin dirasai oleh mereka. Selalunya rawatan kimoterapi yang diberikan sangat berkesan untuk penyakit kanser, bergantung kepada jenis  kanser dan keadaan individu pesakit (seperti umur, keadaan kesihatan sekarang, penyakit lain yang dialaminya).

Jadi nasihat saya, berbincanglah dengan doctor yang merawat dan banyaklah berdoa supaya rawatan yang diberikan memberikan manfaat dan kesan sampingan yang dialami oleh pesakit dapat ditangani dengan baik.

Antara kesan sampingan yang biasa berlaku ialah rasa demam, letih, loya dan muntah, tiada selera makan dan ini semua boleh menyebabkan masalah radang perut (gastritis). Masalah ini dapat diatasi dengan pemberi ubat antacid dan ubat yang biasa digunakan untuk merawat masalah asid dalam perut seperti ranitidine.

Namun apa yang lebih kita bimbangkan ialah kesan sampingan yang lebih serius berlaku pada organ-organ tertentu. Rawatan kimoterapi sudah diketahui boleh menyebabkan masalah kitaran haid yang tidak menentu (sehingga menyebabkan menopause yang awal bagi wanita muda), masalah kardiovaskular (jantung dan salur darah), dan banyak lagi. Ini disimpulkan dalam laporan yang dikeluarkan oleh 17th Annual San Antonio Breast Cancer Symposium.

 

MASALAH KETIRAN HAID TIAK MENENTU

Menurut salah seorang pembentang, Dr Elyse E. Lower , jika seorang wanita tidak mengalami haid dalam masa setahun, berkemungkinan besar wanita itu tidak akan mengalami haid langsung.  Mereka harus dipantau kerana risiko untuk masalah jantung dan kerapuhan tulang (osteoporosis), yang mana berlaku pada wanita-wanita tua yang telah mengalami menopause.

Pembentangan Dr. Lower dan rakan-rakan saintisnya di University of Cincinnati Medical Center, Amerika Syarikat merekodkan seramai 66 wanita yang menjalankan pelengkap (adjuvant) kimoterapi bagi kanser payudara. Kesemua mereka menerima, sama ada methotrexate (42 orang) atau doxorubicin (24 orang). Semua wanita ini mengalami kitaran haid yang normal sebelum rawatan diberikan.

Selepas melengkapkan rawatan kimoterapi  20 orang wanita yang mengambil ubat methotrexate, mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu dan tujuh dari mereka langsung tiada haid.  11 orang wanita yang mengambil ubat doxorubicin  mengalami kitaran haid yang tidak menentu dan enam dari mereka langsung tiada haid.

Penemuan data ini sangat penting dalam berhati-hati memberikan rawatan kimoterapi pada wanita muda yang mengalami kanser payudara. Masalah kitaran haid ini juga berlaku di kalangan pesakit Hodgkin’s yang dirawat dengan kimoterapi.

Masalah kitaran di kalangan wanita muda selepas rawatan kimoterapi haruslah diberikan perhatian. Ini kerana mereka masih lagi dalam lingkungan usia yang masih subur, masih membentuk keluarga dan menginginkan cahaya mata.  Masalah kitaran haid ini selalunya diselesaikan oleh para doctor dengan pemberian ubat hormone (sebagai hormone replacement therapy, HRT)  bagi menghilang gelaja yang disebabkan kekurangan hormone.

Namun apa yang lebih penting ialah tahap kesuburan iaitu kebolehan kelenjar ovari mengelurkan telur (ovum) yang perlu diberikan perhatian. Di beberapa hospital di luar negara wanita muda yang masih menginginkan cahaya mata akan melakukan prosedur penyimpnan telur yang diambil dari kelenjar ovari, bagi mengelakkan ovari yang musnah akibat kimoterapi tidak mampu mengeluarkan telur ovum.

Sudah tentu apabila ramai wanita muda yang menyedari komplikasi ini, tidak mahu menjalani rawatan kimoterapi. Saya mengharapkan agar kemudahan penyimpanan ovum dapat dilakukan di Malaysia, ini akan menggalakkan wanita muda yang mengalami kanser (terutamanya kanser payudara) menjalani rawatan kimoterapi.

Walaupun begitu kimoterapi bukanlah suatu rawatan yang berbahaya. Ia sangat berkesan, cuma aspek kesan sampingan kimoterapi yang harus diberikan perhatian.

Berbalik kepada masalah yang diajukan. Saya mencadangkan agar puan berjumpa semula dengan doctor yang merawat puan. Beritahu mereka masalah yang puan alami. Mereka mungkin akan melakukan beberapa pemeriksaan termasuk ultrasound dan pemeriksaan darah. Doktor mungkin akan memberikan ubat sintetik hormone bagi mengurangkan masalah gelaja yang dihadapi. Walau bagaimana pun, masalah kesuburan puan haruslah merujuk kepada pakar yang mungkin mencadangkan IVF atau mengambil anak angkat.

Bagi pesakit yang ingin mencuba suplemen di farmasi, saya mencadangkan puan mengambil ekstrak kacip Fatimah dan ekstrak kunyit bagi mengurangkan masalah yang puan alami.

Wa allahu a’lam.

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!