“Assalamualaikum Dr., adakah mengurut adalah satu amalan yg baik bg yang kurang bersenam atau tidak sempat bersenam sebagai salah satu cara menjaga tahap kesihatan yang baik.. tqvm”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Amalan berurut badan seperti yang kita amalkan sejak dari zaman dulu, adalah amalan yang bagus terutama bagi mereka yang selesai menjalani proses fizikal yang stress seperti selepas melahirkan anak, menjalani pembedahan (pada anggota tertentu), dan selepas temasya sukan.
Bagi individu yang mempunyai penyakit kronik dan mengalami sakit-sakit badan dan sendi, amalam ururtan juga membantu mendapat kesegaran kerana ia melancarkan perjalanan darah dan lendiran limfatik. Ia sangat bermanfaat.
Namun begitu ia tidak dapat menggantikan manfaat melakukan senaman. Bagi mereka yang tidak mampu melakukan aktiviti senaman berat (bermain bola di padang, berzumba, etc) , boleh lakukan senaman yang ringan seperti berjalan kaki ke masjid, atau berjalan kaki di dalam shopping mall.
Lakukan dengan perlahan-lahan tetapi istiqamah. Kalau tidak mampu melakukan seribu langkah hari ini, lakukan 100 langkah dahulu.