Tidak datang haid setahun selepas ambil implan

TIDAK DATANG HAID SETAHUN SELEPAS MENDAPAT IMPLANT DI BAWAH KULIT LENGAN 

implant

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya berusia 30 tahun, bekas rakan utm skudai dalam bidang kaunseling. Saya ingin bertanya. Saya telah melahirkan anak tahun lepas dan mula menggunakan implan pada jun 2015 sehingga kini, sudah setahun tapi saya tiada mengalami haid yang teratur. Bulan lepas, saya ada kedatangan haid yang banyak, lebih kurang kurang 20 hari. Kemudian pada bulan berikutnya ada pendarahan berterusan selama 30 hari. Apa masalahnya ya Doktor?”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Kitaran haid yang tidak teratur selepas suntikan hormon perancang sama ada yang dimasukkan ke bawah kulit (implant) atau ke otot punggung (Unidepo) adalah disebabkan kesan sampingan ubat hormon yang terdapat dalam suntikan itu.

Ia bukan menjadi rahsia lagi, kerana hampir kesemua wanita yang mendapat suntikan itu mengalaminya.

Suntikan hormon itu mengandungi ubat hormon sintetik akan menyebabkan puan tidak subur dan ia adalah sebahagian dari strategi untuk membuatkan puan “mandul sementara” dan tidak boleh hamil.

Namun begitu kesan sampingannya adalah kitaran haid tidak menentu, ada yang mengalami tidak datang haid selama enam bulan dan ada yang setahun.

Jika pergi ke klinik doktor akan beri ubat hormon sintetik. Selalunya keadaan puan akan menjadi normal kembali. Tetapi setelah ubat itu habis, kitaran haid puan menjadi tidak teratur kembali.

Saya mencadangkan puan berbincang dengan doktor dan menjalankan pemeriksaan. Bagi mereka yang belum mendapatkan suntikan ini agar berbincang secara mendalam dengan doktor yang merawat.

Ramai wanita yang tidak selesa apabila mereka tdak mengalami kitaran haid yang sempurna. Ada yang mengalami rasa sakit kepala, sakit badan dan mudah marah kerana masalah ini.

Bagi wanita yang tidak mahu mengambil ubat sintetik hormon, dan masih mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, saya mencadangkan Ekstrak Kacip Fatimah dua capsul sehari bersama ekstrak kunyit (Prozaid).

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Kedua-duanya bukan ubat tetapi suplemen yang baik untuk membetulkan kitaran haid wanita. Ia telah lama digunakan oleh nenek moyang kita bagi membaiki kitaran haid wanita.

Wallahu a’lam.

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di s i n i.

2 comments

  1. Assalammualaikum Dr. Zubaidi,

    Saya ingin menayakan bagaimana untuk seorang wanita 30an yang lepas menjalani chemotherapy untuk kembali mendapat haid nya yang telah 2 tahun berhenti selepas tamat rawatan chemotherapy tersebut.

    Terima Kasih

    • Salam. Rawatan kemoterapi juga mengganggu fungsi kelenjar kita terutamanya ovari yang mengeluarkan hormon estrogen dan progestrone. Ini menyebabkan kitaran haid tidak menentu.

      Cara terbaik puan berjumpa dengan doktor yang merawat dan melakukan pemeriksaan darah bagi memeriksa kandungan hormon dalam darah puan dan keupayaan kelenjar ovari mengeluarkan hormon.

      Puan juga boleh mencuba EKF dan Prozaid bagi membantu memulihkan keseimbangan hormon puan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!