SUSU BADAN KELUAR WALAUPUN TIDAK HAMIL

“Assalamualaikum doktor, saya berumur 27 thun dan mempunyai anak seorang berumur 8 tahun. Saya ingin bertanya, pada baru-baru ini saya mengalami kelewatan haid dan melakukan pemeriksaan kehamilan melalui air kencing (UPT). Keputusannya negatif.

Begitu juga dengan pemeriksaan ultrasound. tidak kelihatan kantung janin. Jadi saya tidak hamil. Yang menjadi kekeliruan saya adalah kedua belah payudara mengeluarkan lendiran seperti susu.

Apakah seorang wanita yang tidak hamil, boleh mengeluarkan susu? Mohon penjelasan, terima kasih.”

 

WA ALAIKUMMUSSALAM

 

Pada kebiasaannya apabila seorang wanita tidak hamil, payudara mereka tidak akan mengeluarkan susu ibu. Namun ada beberapa wanita yang mengalami masalah ini.

 

Tubuh wanita akan mengeluarkan susu ibu bermula di akhir usia kehamilan, bertujuan sebagai persediaan makanan untuk bayi yang bakal dilahirkan. Jadi ia adalah normal jika susu ibu keluar dari puting payudara, pada minggu terakhir sebelum melahirkan bayi.

 

Pengeluaran susu ibu boleh berlaku pada wanita yang mengalami keguguran, terutama di usia akhir kehamilan mereka. Keguguran di awal kehamilan, selalunya tidak mengeluarkan susu ibu, namun ia masih boleh berlaku.

 

Payudara juga mungkin akan mengeluarkan susu ibu apabila terdapat hormon yang menyerupai prolaktin, di mana hormon ini dikeluarkan oleh tubuh ketika menjalani proses pengeluaran susu ibu.

 

Ia mungkin disebabkan oleh ubat, suplemen atau rangsangan fizikal. Ini menyebabkan tubuh menghasilkan susu ibu tanpa sebarang kehamilan.

 

Payudara yang mengeluarkan susu ibu ketika dia tidak hamil atau menyusui anak disebut dengan galactorhea. Galaktorea boleh menyebabkan sebelah payudara mengeluarkan susu, tetapi ada kalanya ia menyebabkan kedua-dua belah payudara.

 

Air susu yang dikeluarkan mungkin berwarna keputihan, bercampur sedikit kehijauan sampai kekuningan.

 

Galaktorea mungkin disebabkan oleh:

 

1. Rangsangan fizikal pada puting payudara, sama ada ramasan pada puting ketika keghairahan seksual. Rangsangan saraf pada puting boleh terjadi pada pesakit yang mengakami pembedahan/trauma/luka terbakar pada dada, jangkitan herpes zoster, atau tekanan emosi (stres). Perlakuan seperti ini menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin, yang menjadi penyebab dari galaktorea.

 

2. Kesan samping dari penggunaan ubat sintetik , seperti H2 blocker (cimetidine/tagamet), pil penahan muntah metoclopramide, sulpiride, ubat-ubatan psikotropik, dan ubat antihipertensi (methyldopa, reserpine, verapamil, atenolol).

 

3. Prolactinoma iaitu umor pada kelenjar pituitari. Ini merupakan penyebab utama bagi masalah ini.

 

4. Galaktorea juga boleh disebabkan oleh masalah ginjal yang kronik yang mengakibatkan peningkatan hormon prolaktin. Ia juga boleh disebabkan oleh masalah hypothyroidisme, namun ini jarang berlaku.

 

Bagi mereka yang mengalami masalah ini, kurangkan sentuhan (rangsangan fizikal) pada puting dalam apa juga bentuk. Jangan lagi menyentuh puting, atau melakukan rangsangan seksual pada payudara, elakkan memakai pakaian ketat, jaga pemakanan dan lakukan riadah ringan.

 

Jika masih mengeluarkan susu ibu, cuba perhatikan ubat-ubatan yang diambil untuk merawat penyakit lain. Bertanya dengan doktor, mungkin ia disebabkan oleh kesan sampingan ubat yang digunakan.

 

Oleh itu jika masalah pengeluaran susu ibu ini berlarutan, lakukan pemeriksaan doktor, kerana ia mungkin disebabkan oleh faktor yang lebih berbahaya.

 

#HealthDrZubaidi

 

 

[IKLAN]

Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak yang mengambil  Ekstrak Kacip Fatimah dikatakan dapat mengecutkan rahem ke saiz asal dan merawat kecederaan dalaman semasa melahirkan anak.  Mereka juga digalakkan diambil bersama vitamin C dan vitamin E.

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu juga dicadangkan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah (dalam dos yang sesuai) bersama vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM, Vitamin C dan Natrieo dengan klik di sini.

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!