Wanita

MASALAH SEKSUAL WANITA

Banyak pertanyaan berkaitan dengan seksual yang memaksa saya menjawabnya. Saya amat bimbang jika tidak menghiraukan pertanyaan ini, ia akan mengundang kekeliruan akibat mendengar kata-kata teman. Selama ini kebanyakan masalah seksual ini diajukan oleh kaum lelaki yang begitu sensitif terhadap ‘performance’ mereka. Tetapi banyak juga dari kaum wanita. Mereka adalah penderita senyap. Kebanyakan mereka bukan saja tidak menikmati malah ada yang terpaksa ‘menyerahkan diri’ pada suami. Cuma saya mengharapkan jika mereka tidak menikmati, sekurang-kurangnya mereka tidak rasa terseksa dengan hubungan bersama suami. Antara pertanyaan yang saya terima adalah seperti ini… ”Dr, saya mahu bertanya … saya sudah berkahwin 5 tahun, saya …

Read More »

Urine Pregnancy Test (UPT) Boleh Mengelirukan

Saya percaya ramai ibu-ibu pernah menguji kehamilan mereka melalui ujian air kencing, sama ada yang didapati dari farmasi atau klinik. Namun ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang diuji dalam air kencing mereka. Ujian yang dilakukan ialah Urine Pregnancy Test (UPT) untuk mengesan kandungan hormon hCG atau hormon human chorionic gonadotropin yang dikeluarkan oleh uri (placenta) pada bayi. Pembentukan uri berlaku sebaik saja janin(embryo) ‘ditanam’ (implantation) pada rahim. Uri akan menghasilkan hormon hCG dan dapat dikesan melalui air kencing wanita itu. Alat UPT membantu mendiagnosa kehamilan di awal kehamilan. Adakah ianya tepat? Pada Oktober 2001 Journal JAMA article (JAMA. 2001;286:1759-1761) …

Read More »

Menghadapi Kesedihan Akibat Keguguran

Dari segi perubatan, menguruskan kes keguguran di awal kehamilan adalah amat mudah. Ada kalanya wanita itu tidak perlu dimasukkan ke hospital apabila pemeriksaan ultrasound menunjukkan rahemnya telah kosong. Janin yang gugur itu telah keluar dan tidak perlu di’cuci’ dengan kaedah dilatation and curettage (D&C). Namun yang perlu dirawat ialah hati mereka yang sedih dan kecewa akibat keguguran. Saya terpaksa meluang sedikit masa untuk berbincang dan memberikan semangat kepada mereka. Saya lebih kecewa mendengar kata-kata yang seolah-olah tiada lagi masa depan untuk mereka. “Doktor apalah nasib saya. Saya telah gagal memberikan zuriat untuk suami saya. Saya wanita tak guna!” ”Masihkah suami …

Read More »

Ada Dara atau Tidak?

Ramai yang tergelak apabila saya memberitahu saya mahu menulis tentang hymenal repair, atau dalam bahasa mudahnya membetulkan selaput dara yang koyak. Saya sebenarnya tidak berminat menulis tentang isu ini tetapi telah didesak beberapa kali oleh rakan-rakan FB saya. Logiknya jika saya tidak memberitahu hal yang sebenar mengenai rahsia selaput dara dan cara memyembuhkanya, bimbang ramai akan berjumpa bomoh dan melunyaikan selaput dara yang berbaki. Selaput dara (hymen) atau ke’dara’an menjadi status yang dipandang berharga oleh agama, sosial malah ekonomi. Pada pandangan agama, selaput dara atau organ faraj harus dijaga kesuciannya. Kesucian bukan hanya bermakna kebersihan saja, tetapi maruah dari ‘diceroboh’ …

Read More »

Kehamilan dan Ubat Batuk Diphenhydramine (Benadryl®)

Diphenhydramine, ubat batuk yang selamat untuk wanita hamil dengan syarat mengikut dos yang ditetapkan. Saya rasa sungguh kasihan melihat ramai yang batuk dan selsema akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara. Kita baru saja terlepas dari pencemaran udara akibat pembakaran ladang. Kini berlaku pula letupan Gunung Merapi di Pulau Jawa, yang sudah tentu akan menjejaskan persekitaran dan udara di Malaysia tidak lama lagi. Ramai juga yang mengeluh apabila ubat batuk di farmasi tidak lagi berkesan. Mereka datang ke klinik kerana menyangkakan antibiotic boleh membantu melegakan batuk mereka. Ini adalah pendapat yang salah. Pemberian antibotik tidak membantu melegakan batuk kecuali ia difikirkan …

Read More »

Rasa Pitam di Kalangan Wanita Muda

Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita pertengahan 20an, mengadu sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi. Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, tiba-tiba beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Apabila membuka mata, beliau sudah berada di bilik guru dan sedang dikipas oleh salah seorang rakannya. Saya juga selalu dikejutkan oleh pesakit dari kilang yang berhampiran. Pesakit yang lemah tidak bermaya dibawa masuk oleh rakan-rakan sambil berteriak “Tolong doktor,  kawan saya pengsan!”. Saya rasa mungkin mereka …

Read More »

Kekurangan Berat Badan (Underweight)

Baru-baru ini, saya dikunjungi oleh seorang ibu bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun. Anaknya mengalami sakit perut dan ceret beret. Mulanya saya menjangkakan ia adalah masalah keracunan makanan atau acute gastroenteritis yang disebabkan oleh virus. Namun apabila saya diberitahu bahawa anaknya minum teh herba pelangsing, saya terdiam. Saya terkejut dengan tindakan nekad gadis itu. Saya cuba menyelami pemikiran gadis itu secara serius. Seorang gadis muda sanggup minum tea herba pelangsing kerana ‘desakan rakan sebaya’ yang meletakkan kecantikan seorang wanita pada tahap kerampingan pinggangnya. Tidak lama selepas itu datang pula seorang gadis berumur awal 20an memberitahu bahawa dia sangat kurus. Berat badannya 55 …

Read More »

Pembedahan untuk Ovarian Cysts

Saya ditanya oleh seorang wanita yang amat risau apabila diberitahu bahawa dia menghidapi Ovarian Cyst. Beberapa pertanyaan juga berkisar tentang persoalan yang sama. Kebanyakan mahu tahu sama ada ovarian cyst itu perlu dibuang atau tidak. Saya serba salah menjawab soalan terbuka sebegini. Seharusnya yang bertanya memberikan pengenalan (ta’ruf) sama ada dia sudah berkahwin, berapa umurnya dan bila dia didiagnosakan menghidap ovarian cyst. Pesakit ini seharusnya memastikan adakah ketumbuhan cyst itu tidak merbahaya (benign) atau ia adalah ovarian cancer yang boleh meragut nyawa.   Bertanyalah sehingga faham Jika pesakit itu tidak mengetahuinya, seeloknya bertanyakan pada doktor yang merawatnya. Antara soalan yang perlu …

Read More »

Lendir Serviks Penanda Kesuburan Wanita

  Masih ada beberapa e-mail yang bertanyakan tentang kesuburan. Ada seorang ibu muda bertanyakan masalah tentang lendiran yang keluar dari vaginanya. Dia bertanya sama ada dia dikira subur jika lendiran di vaginanya terlalu banyak atau dia dijangkiti kuman.   Rujuklah pada yang pakar Untuk kebaikan pembaca, elok saya menerangkan bahawa saya bukannya pakar Gynaecologist yang begitu pakar tentang tubuh badan wanita dari segi anatomy atau pun physiology. Saya  membantu setakat mana ilmu yang saya pelajari ketika di Fakulti Perubatan. Jadi jika seseorang wanita itu menghadapi masalah sakit puan, cara yang terbaik ialah dengan berjumpa dengan pakar Gynaecologist. Saya hanya memberikan …

Read More »

Pendarahan Ketika Baru Hamil

Seorang wanita muda datang bersama suaminya berjumpa saya. Mukanya nampak agak sedih. Lalu dia duduk meceritakan pendarahan yang dialaminya. Musibah atau rahmat? “Doktor, saya baru bernikah 5 bulan. Baru-baru ini saya saya miss period 14 hari, dan sudah buat ujian pregnancy dan ia positif. Masalahnya ada darah keluar dari kemaluan saya. Saya keguguran ke?” Saya tidak berminat untuk bertanya lanjut mengenai masalah pendarahannya. Sebaliknya saya tersentuh dengan kesedihannya. Agaknya apa yang sedang difikirkan. “Doktor, saya memang harap-harap benar saya mengandung kali ini. Keluarga belah saya dan suami selalu bertanya. Saya harap kandungan ini boleh diselamatkan” Saya menarik nafas panjang. Saya …

Read More »

Post Pill Amenorrhea (Catatan Kedua)

(nota: Sila klik di sini untuk membaca catatan pertama saya mengenai topik ini) Mengamalkan pil termasuk masalah syari’e Saya sebenarnya serba salah untuk memberikan ubat perancang kepada wanita-wanita Melayu Islam kita. Menurut kuliah yang saya hadiri, doctor yang memberikan dan wanita yang mengamalkan pil atau suntikan perancang (pencegah kehamilan) hukumnya berdosa kerana perbuatannya haram kecuali pemberian dengan sebab-sebab syari’e yang kukuh. Antara sebab syari’e ialah kehamilan wanita itu boleh menyebabkan kematian. Itu pendapat ulamak secara amnya dan diterima ramai. Namun ada juga ulamak yang menjustifikasikan merancang kelahiran anak agar ibu mempunyai kesihatan yang lebih baik untuk kehamilan yang selanjutnya. Walaupun kehamilan wanita …

Read More »

Kaitan Kitaran Haid yang Tidak Teratur dengan Masalah Kesuburan

Saya memahami antara ujian bagi pasangan muda yang beru berkahwin ialah tekanan untuk mendapatkan zuriat. Bagi mereka yang Allah mudahkan dalam perjalanan hidup mereka, Allah kurniakan nikmat zuriat sebagai penghias hidup psangan itu. Alhamdulillah. Namun bagi mereka yang mengalami ujian kesukaran untuk hamil, percayalah bahawa inilah ujian yang Allah berikan untuk menguji siapakah antara kita yang lebih baik amalnya. Kita akan pulang berjumpa dengan Allah nanti dengan perasaan syukur dan puas, apabila telah menerima segala ujian dariNya dengan sabar. Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan …

Read More »

Remaja dan Kitaran Haids yang Tidak Teratur

Bila mula kedatangan pendarahan haids? Saya tidak mempunyai anak gadis. Jadi pengalaman membesarkan anak gadis atau remaja perempuan memang tidak pernah ada dalam sejarah hidup saya sehingga kini. Kadang-kala saya kasihan melihat remaja perempuan yang tidak diberikan perhatian oleh ibubapa mereka. Bila seorang kanak-kanak perempuan mulai meningkat remaja, banyak perkara yang perlu diberikan perhatian oleh ibubapa. Sama ada dari aspek fizikal atau emosi. Namun saya mengucapkan tahniah pada ibubapa yang bersungguh-sungguh ingin mengambil bahagian dalam tumbesaran fizikal dan mental anak mereka. Banyak soalan-soalan yang ditanya melalui email. Antaranya bertanyakan bilakah anak gadis mereka akan mula kedatangan pendarahan haids. Kebiasaannya pendarahan …

Read More »

Komplikasi Pembedahan Cesarean

Mahukah anak anda lahir pada 1 Jan 2011, supaya tertera di kad pengenalannya sebagai 1.1.11 ? Caranya mudah, lakukan pembedahan Cesarean untuk melahirkan anak. Malah waktu kelahiran pada 11 pagi atau 11 malam juga boleh dirancang. Begitukah tahap kegilaan ibubapa yang kononnya menyayangi anaknya dan cuba memberikan terbaik untuk anaknya? Kelahiran bayi melalui pembedahan Cesarean secara elektif sudah menjadi popular walaupun ianya bukanlah pilihan yang baik. “Elektif” bermaksud tiada keperluan dari segi perubatan. Ianya bukannya prosedur emergency untuk menyelamatkan nyawa ibu atau anak. Maka jika seseorang wanita berhasrat untuk melakukan pembedahan Cesarean, haruslah berbincang dengan doktor untuk mengimbangi antara kebaikan …

Read More »

Memahami Kekejangan Otot Kaki

Kekejangan otot kaki adalah masalah yang kerap dihadapi oleh ibu yang hamil dan atlet. Ia adalah suatu pengalaman yang mahu dielakkan bagi mereka yang pernah mengalaminya. Namun harus diketahui bahawa kekejangan otot bukan setakat masalah yang tertumpu pada otot kaki sahaja, malah mungkin isunya lebih besar. Ini bermakna kekejangan hanya satu simptom, bukannya satu penyakit. Jika berulang dengan kerap, berjumpalah dengan doktor. Kali ini saya cuba membincangkan kekejangan otot dalam tiga keadaan, iaitu kekejangan otot kaki di waktu malam, di kalangan atlet dan di kalangan ibu hamil. Punca dan sebabnya hampir sama. Kekejangan otot kaki di waktu malam Ia dikenali …

Read More »

Pengambilan Paracetamol Ketika Hamil

Sebelum ini, saya tidak ada masalah memberikan Paracetamol (PCM) pada pesakit-pesakit saya. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, Paracetamol menjadi ubat untuk menghilangkan demam. Ianya menepati sunnatullah. Namun baru-baru ini saya mendapat pertanyaan dari seorang rakan mengenai penggunaanya pada ibu yang hamil. Ianya berikutan dengan laporan media yang memetik satu kajian ringkas yang tidak teliti di siarkan dalam sebuah Journal Perubatan luar negeri. Dalam Journal Perubatan Thorax, kajian itu mengaitkan wanita hamil yang penggunaan paracetamol  di akhir kehamilan dengan masalah pernafasan berbunyi (wheezing) pada kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke bawah. Sila rujuk : Paracetamol use in pregnancy and wheezing in early childhood; …

Read More »

Cara Menentukan Masa Kesuburan Wanita

إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا ” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat” (al-Insan : 2) Isu kesuburan adalah ketetapan Allah Tentunya pasangan yang berkahwin mempunyai matlamat untuk menimang cahaya mata secepat mungkin malahan ada yang mahu mendapatkannya seramai yang boleh. Tekanan daripada keluarga di kedua pihak lelaki dan wanita menyebabkan pasangan suami isteri harus membuktikan bahawa mereka mampu mendapatkan cahaya mata untuk meneruskan kelangsungan salasilah keturunan. Namun ramai yang tidak menyangka bahawa mendapat cahaya …

Read More »

Kitaran Haids : Fisiologi dan Syariah

“Segala puji Allah yang memberikan kesakitan dan yang menyembuhkan. Sesungguhnya setiap kita akan diuji untuk melihat siapa di antara kita yang lebih baik amalannya” Doktor merangkap ustaz? Saya tidak menyangka tugas saya sebagai doktor juga berhadapan dengan persoalan-persoalan syariah yang diajukan oleh pesakit. Kebanyakan pesakit wanita yang bertanya masalah kitaran haids mereka. Saya mengambil kesempatan ini untuk memberitahu puan-puan dan saudari-saudari bahawa saya hanya memetik beberapa perenggan kata-kata ulamak mengenai haids. Saya tidak dapat menyertakan nas-nas yang lebih tepat (al quran dan hadis). Jadi jika masih ragu-ragu mengenai haids silalah bertanyakan ulamak yang berhampiran dengan tempat tinggal puan. Namun tujuan …

Read More »

Kesakitan Abdomen Semasa Hamil

“Segala puji bagi Allah yang memberikan kesakitan dan yang menyembuhkan. Sesungguhnya setiap kita akan diuji untuk melihat siapa di antara kita yang lebih baik amalannya”    Saya mulakan artikel kali ini dengan satu pertanyaan dari seorang ibu yang kerungsingan.  “Tuan Doktor, sekarang saya mengandung 30 minggu anak kedua. Anak pertama sudah 4 tahun dan lahir secara pembedahan caeseran. Kenapa saya merasa sakit di pangkal perut bawah seolah terasa bayi yang di kandung berada di bawah tu? Saya merasakan sakit perut itu seharian dan saya merasa tidak selesa. Saya sudah berjumpa doktor dan telah menjalani ujian scan untuk bayi saya. Doktor …

Read More »

ASHERMAN’S SYNDROME: Lekatan Dinding Rahim

Lekatan dinding rahim Saya masih ingat bagaimana resahnya seorang ibu muda yang baru mempunyai seorang anak. Oleh kerana dia tidak bersedia untuk menerima ‘rezeki’ kedua, maka kandungan kehamilannya digugurkan beberapa bulan yang lalu. Apa yang merungsingkan beliau ialah walaupun setelah 3 bulan menjalankan proses pengguguran itu dengan menggunakan teknik D&C, dia masih lagi merasakan sakit di bahagian ari-ari (suprapubic) dan haidnya tidak menentu. Dan yang lebih merunsingkan lagi, setelah mendengar kata-kata dari rakan-rakannya, dia sering bertanya “mampukah dia mengandung semula selepas ini?” Berlainan pula dengan seorang lagi wanita muda yang mempunyai tiga orang anak. Masalahnya bermula setelah anaknya yang terakhir …

Read More »

Pelvic Pain: Adakah Perlu Dibedah Segera?

Normal physiology atau penyakit ? Saya sangat simpati dengan wanita yang sering mengalami masalah sakit di bahagian abdomen bawah. Sebenarnya ramai wanita yang mengalami sakit perut (pelvic pain) dari masa ke semasa sepanjang hidup. Kesakitan sebegini ada kalanya merupakan normal physiology seorang wanita seperti senggugut dan sakit ketika melahirkan. Kesakitan seperti ini menunjukan bahawa fungsi physiology mereka adalah normal. Namun ada juga kesakitan yang terlalu parah memerlukan rawatan segera dan pembedahan. Saya berdoa setiap wanita muslimah diberikan kekuatan untuk menghadapi kesakitan seperti ini. Saya mengharap juga agar artikel ringkas ini dapat membantu wanita muslimah khasnya memahami kesakitan yang mereka alami. …

Read More »

Post Pill Amenorrhea: Dari Kemandulan Sementara Kepada Kemandulan Kekal

Saya amat kasihan mendengar keluhan para ibu tentang masalah haids mereka. Para ibu ini sebenarnya wanita yang sihat, namun atas beberapa tekanan hidup atau nasihat yang salah, mereka menggunakan ubat perancang keluarga atau mengawal kelahiran. Istilah yang digunakan di British ialah Oral Contraceptive Pills (OCP) tetapi di Britain ianya dinamakan Birth Control Pill (BCP). Setelah bertahun-tahun mengamalkan ubat OCP ini, ibu muda ini mula memikirkan untuk menambahkan seorang lagi ahli keluarga. Namun apa yang memeranjatkan, kitaran haids mereka sudah tidak menentu. Ada yang datang selepas 3 bulan menunggu. Kedatangan haids juga terlalu pendek masanya, kadang kala hanya beberapa hari. Malah …

Read More »

Ujian Pemeriksaan Darah Sebelum Suntikan VAKSIN RUBELLA

”Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela… ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak… perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung…? thanx ” “Saya sedang hamil 12 minggu dan didiagnosa oleh doktor mengalami jangkitan virus Rubella. Adakah saya perlu menggugurkan anak saya untuk mengelakkan komplikasi?” Banyak kekeliruan berkenaan dengan jangkitan virus Rubella dan ramai yang bertanya, perlukah mereka mengambil suntikan itu semula kerana mereka tidak mengingati sama ada mereka pernah disuntik vaksin itu atau belum. Di Malaysia imunisasi untuk Rubella …

Read More »

Ovarian Cyst

  Sekadar berkongsi pengalaman. Saya teringat kepada seorang wanita yang dimasukkan ke wad sakit puan akibat perutnya amat besar. Pelbagai perubatan alternatif telah dicuba. Pelbagai nama juga telah diberikan kepada penykit serupa ini. Ada yang kata ”busung”, dan ada yang menamakannya sebagai ”bunting keladi” kerana wanita itu dikatakan telah hamil melebihi setahun. Apabila perbincangan dilakukan bersama dengan suaminya, saya mendapati mereka adalah keluarga yg agak sederhana dan berpelajaran. Saya amat musykil apabila rawatan moden di hospital menjadi rawatan terakhir sedangkan penyakit wanita itu sudah memasuki tahun kedua. Terlalu lama untuk membuat keputusan. Perasaan wanita itu bercampur baur, antara sedih dan …

Read More »

Keputihan (Vaginal Discharge)

APA ITU KEPUTIHAN (VAGINAL DISCHARGE) Keputihan (Vaginal discharge ) adalah satu istilah untuk cecair atau lendir yg kental yg keluar dari vagina. Ianya adalah normal kecuali jika ianya gatal, rasa seperti terbakar atau berbau. Ia dipengaruhi oleh hormone estrogen, maka apabila seseorang wanita yg menopause, keputihan akan menjadi kurang, malah berasa kekeringan. Keputihan bertambah ketika mengandung, semasa subur (ovulation), sebelum haids atau keghairahan sebelum melakukan sex. BILA KEPUTIHAN ITU TIDAK NORMAL Perlu berjumpa dgn doktor jika : Gatal pada kemaluan (vulva atau labia) Pada kulit vulva kelihatan merah, rasa terbakar, pedih. Keputihan itu menjadi lebih pekat dan berwarna kekuningan Berbau …

Read More »

KERAP KENCING

Seorang pesakit bertanya “Saya mengalami perasaan untuk membuang air kecil (kencing) berterusan. Saya tidak pernah rasa leakage (terlepas air kencing akibat tak dpat dikawal), pemeriksaan air kencing UFEME dan urine culture juga telah saya lakukan apabila berjumpa doctor dan didapati ianya normal. Apa masalah saya doktor? “ Oleh kerana semua ujian telah dilakukan, puan kemungkinan tidak mempunyai masalah pada stuktur saluran kencing atau masalah jangkitan kuman. Masalah saluran kencing puan mungkin disebabkan oleh masalah fungsi yang kita namakan ”Overactive Bladder” yang mana kerap berlaku pada wanita. Apa yg berlaku adalah pengecutan (contraction) pada pundi kencing puan tanpa ransangan yg bisanya …

Read More »

Hirsutism

 Apakah hirsutism? Hirsutism adalah symptom (tanda), bukannya penyakit. Ia menyebabkan penumbuhan bulu (hair growth) secara berlebihan pada wanita di mana ianya tumbuh di kawasan yg sepatutnya tidak tumbuh seperti di muka dan di dada. Ini bermakna wanita itu berjanggut dan bermisai atau berbulu dada. Ianya menyebabkan kerisauan pada wanita dari segi kosmetik dan psikologi. Ia menandakan (symptom) bagi penyakit lain yg lebih serius. Ianya berlaku disebabkan pengeluaran hormone androgen yg berlebihan atau akar rerambut sensitif pada hormon androgen. Tanda lain ialah jerawat (acne), penambahan otot pada badan dan suara yang garau. Penyakit2 yg menyebabkan hirsutism adalah : • Polycystic ovary …

Read More »
error: Content is protected !!