Diphenhydramine, ubat batuk yang selamat untuk wanita hamil dengan syarat mengikut dos yang ditetapkan.
Saya rasa sungguh kasihan melihat ramai yang batuk dan selsema akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara. Kita baru saja terlepas dari pencemaran udara akibat pembakaran ladang. Kini berlaku pula letupan Gunung Merapi di Pulau Jawa, yang sudah tentu akan menjejaskan persekitaran dan udara di Malaysia tidak lama lagi.
Ramai juga yang mengeluh apabila ubat batuk di farmasi tidak lagi berkesan. Mereka datang ke klinik kerana menyangkakan antibiotic boleh membantu melegakan batuk mereka. Ini adalah pendapat yang salah. Pemberian antibotik tidak membantu melegakan batuk kecuali ia difikirkan perlu oleh doctor.
Kali ini saya menumpukan isu ubat batuk dan kesannya pada kehamilan. Saya mengharapkan ianya akan mengurangkan kebimbangan yang dihadapi oleh bakal-bakal ibu yang masih berada di usia awal kehamilan.
Namun begitu artikel ini hanyalah suatu panduan, bukannya satu nasihat yang boleh digunakan oleh semua wanita yang hamil. Ini kerana setiap orang mempunyai masalah yang berbeza-beza. Berjumpalah dengan doktor yang berkelayakan dan berpengalaman untuk bertanyakan lebih lanjut.
Ubat batuk Benadryl mengandungi bahan diphenhydramine
Ubat batuk yang selalu diberikan oleh doktor atau yang terdapat di farmasi mempunyai pelbagai nama dan bahan aktif yang membantu merawat batuk dan selsema. Setiap jenis ubat batuk mempunyai fungsi yang berbeza. Ada ubat batuk untuk batuk yang berkahak, ada juga yang diberikan untuk batuk yang kering dan ada juga batuk yang disebabkan oleh asthma.
Diphenhydramine (Benadryl) adalah sejenis ubat batuk dari kumpulan antihistamine yang digunakan untuk menghalang kesan semulajadi biokimia histamine dalam badan. Selalunya diberikan kepada pesakit yang mempunyai batuk berkahak. Ia juga boleh untuk mengubati selsema, kegatalan kulit dan mata, serta ruam yang disebabkan alergi.
Histamine adalah bahan biokimia yang dihasilkan dalam badan sebagai salah satu mekanisme pertahanan badan. Ianya dihasilkan di dalam sel masts. Apabila allergen memasuki tubuh, ia akan mengaktifkan mekanisme ini dan menghasilkan pengeluaran histamine.
Histamine yang dihasilkan akan melekat pada receptor H1, akhirnya menyebabkan tindakbalas alergi. Lebih banyak saluran darah akan mengembang bagi meningkatkan pengaliran darah di kawasan itu. Biokimia yang lain juga dikeluarkan dengan banyaknya. Ini akan memburukkan lagi fenomena alergi yang dialaminya.
Jika tindakbalas tidak terkawal, mata akan menjadi bengkak, berair, selsema, bersin dan hidung tersumbat. Kadang kala boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
Oleh itu diphenhydramnie amat diperlukan. Ia akan menghalang histamine melekat pada reseptor H1, seterusnya mengalang fenomena alergi daripada berlaku.
Kesan kepada ibu yang hamil
Ibu yang hamil harus selalu memeriksa kesihatan mereka dengan doktor yang berkelayakan dan berpengalaman sebelum menggunakan mana-mana ubat, termasuk yang dijual di farmasi.
Masyarakat umum mempunyai anggapan bahawa diphenhydramine (benadryl) tidak boleh digunakan oleh wanita yang hamil, kerana ditakuti memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung. Antara kesan yang dibimbangi ialah kecacatan atau kematian ketika dilahirkan.
Sebenarnya Benadryl telah diluluskan oleh FDA US pada tahun 1946, dan merupakan antihistamine yang paling lama dalam pasaran. FDA adalah badan yang mengawal keselamatan sesuatu ubat di US.
Setakat ini tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan Benadryl berbahaya kepada ibu yang hamil jika digunakan mengikut dos yang ditetapkan. Oleh itu ramai doktor yang lebih suka menggunakan Benadryl sebagai ubat batuk.
FDA telah mengkategorikan Benadryl dalam Kelas “B” jika diberikan pada wanita hamil. Semua ubat dalam kelas B dianggapkan selamat dan tidak memberikan kesan yang buruk kepada bayi yang dikandung.
Terlebih dos
Walaupun pengambilan ubat batuk benadryl atau diphenhydramine melebihi dos yang dibenarkan jarang berlaku, namun ia boleh mendatangkan kesan bahaya pada bayi yang dikandung.
Bagi kanak-kanak yang melebihi umur 12 tahun dan orang dewasa, dos yang dibenarkan ialah 25 hingga 50 mg setiap enam atau lapan jam sehari.
Dalam Journal Med. Soc 1980;81:134-6,155 menyatakan bahawa diphenhydramine boleh menyebabkan pengecutan rahem jika pengambilannnya melebihi dos yang dibenarkan iaitu lebih 50mg.
Kenyataan ini disokong dalam Journal Obstet Gynecol. 1996;175:1376-7.ditulis oleh Brost BC, “Diphenhydramine overdose during pregnancy: lessons from the past”
Dua kajian sains melaporkan seramai 599 bayi yang mengalami kecacatan oral clefting tidak ada kaitan dengan pengambilan ubat batuk diphenhydramine semasa first trimester. Ia disebut dalam artikel “Birth Defects and Drugs in Pregnancy”, oleh Heinonen OP et al.: Littleton Publishing Sciences Group, 1977, pp 322-7 dan “First-trimester drug use and congenital disorders” oleh Aselton P et al. dalam Journal Obstet Gynecol.1985;65:451-5.
Tiga orang saintis Dr Briggs GG, Dr Freeman RK, Dr Yaffe SJ, menyokong hal ini dalam buku mereka “Drugs in Pregnancy and Lactation” 6th edition, Williams & Wilkins, 2002 p 426.
Selain itu ibu yang hamil juga boleh mengalami tanda-tanda kelebihan dose (overdose) seperti mengantuk yang amat sangat, lemah, pening, sakit kepala dan mulut terasa kering. Allergik atau alahan pada ubat diphenhydramine jarang berlaku, namun tanda-tandanya ialah sukar bernafas, rasa bengkak di tekak, bibir serta lidah dan muka.
Bagi ibu yang baru melahirkan anak, saya sering memberitahu mereka agar berhati-hati menggunakan ubat batuk Benadryl. Bahan diphenhydramine yang ada dalam ubat batuk boleh meresap ke dalam susu badan dan bayi boleh menerima kesan ubat yang diambil oleh ibunya.
Oleh itu ianya haruslah diberikan kepada wanita hamil yang betul-betul memerlukan. Peringatan ini digunapakaikan terutama jika kehamilan meraka masih diperingkat awal. Begitu juga dengan ibu yang baru saja melahirkan anak dan menyusukan anaknya.
Wanita yang hamil mengalami tanda-tanda alahan yang teruk dan batuk yang mengganggu tidur atau pernafasan mereka, bolehlah menggunakannnya.
Namun harus diperhatikan kandungan ubat batuk yang dibeli dari farmasi. Perhatikan nama bahan dan dos bagi setiap 5ml ubat batuk yang tertulis pada pembalut botol.
Ada beberapa ubat batuk yang mengandungi beberapa formula campuran. Mereka mencampurkan bahan acetaminophen, diphenhydramine dan phenylephrine dlam satu formula ubat batuk. Jadi haruslah berwaspada dan selalu melakukan double checking terhadap ubat yang diterima atau dibeli dari farmasi.
Nasihat saya, bagi wanita yang hamil atau ibu yang baru melahirkan anak haruslah berhati-hati dan mengikut garis panduan yang diberikan. Janganlah melebihi dos yang ditetapkan dalam sehari. Selalunya doktor akan memberikan dos yang serendah mungkin namun berkesan.
Jangan terlalu risau jika selsema atau batuk yang dialami tidak begitu teruk. Wanita yang hamil lebih mudah mengalami tanda-tanda alergi dan symptom batuk dan selsema kerana kesan hormone yang dialami ketika hamil.
Kadang-kadang mereka menyangka yang mereka menghidap allergi atau selsema yang disebabkan oleh virus. Sebenarnya mereka akan mendapat kelegaan apabila menggunakan air panas untuk mandian daripada menggunakan ubat makan untuk batuk dan selsema. Lebih bagus jika mereka dapat menghindari udara sejuk dari sistem aircondition.
Wanita yang tidak pernah menghidapi allergi sebelum kehamilan harus berbincang dengan doktor untuk memastikan sama ada mereka benar-benar mengalami allergi atau hanya disebabkan oleh kesan hormon ketika hamil.
Bagi wanita yang sudah sedia ada mengalami allergi, kesan hormon ketika hamil menyebabkan mereka lebih mudah mengalami tanda-tanda allergi dan lebih sukar untuk sembuh. Maka mereka bolehlah menggunakan menggunakan Benadryl.
Wa allahu a’lam.
Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (081110)
IKLAN
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:
sngat berguna
dokter bagaimana pula bagi wanita hamil yang tidak menyentuh langsung mana-mana ubat kerana takut mengambil risiko dan apabila dibiarkan ibu hamil yg mengamalami batuk dan selesema menjadi kahak lebih teruk dan sukar bernafas akibat hidung tersumbat dan mengambil masa yang lama untuk sembuh
dokter bagaimana pula bagi wanita hamil yang tidak menyentuh langsung mana-mana ubat kerana takut mengambil risiko dan apabila dibiarkan ibu hamil yg mengamalami batuk dan selesema menjadi kahak lebih teruk dan sukar bernafas akibat hidung tersumbat dan mengambil masa yang lama untuk sembuh
Dr Zubaidi: setiap ubat mempunyai manfaat dan kesan sampingan. Maka perlu pertimbangkan antara keperluan memakan ubat dan kesa sampingannya. Jika tidak memakan ubat sehingga menderita sakit, ia bukanlah langkah yang bijak. Orang seperti ini tidak dapat menimbangkan hal yang baik dan buruk.
Assalamualaikum..
Doktor, saya telah mengalami demam dan batuk teruk kira2 seminggu lalu. Akibat batuk yang teruk saya mengambil ubat batuk yang telah disarankan oleh doktor.
Kerana haid tidak datang seperti biasa, saya telah membuat ‘test’ dirumah dan keputusannya positive.
sekarang saya agak bimbang kerana memikirkan kemungkinan berlaku sesuatu pada kandungan saya akibat pengambilan ubat sewaktu saya sakit minggu lepas.adakah kandungan saya akan terjejas?
mohon penerangan doktor.
terima kasih.
Assalamualaikum.. Doktor, saya telah mengalami demam dan batuk teruk kira2 seminggu lalu. Akibat batuk yang teruk saya mengambil ubat batuk yang telah disarankan oleh doktor. Kerana haid tidak datang seperti biasa, saya telah membuat ‘test’ dirumah dan keputusannya positive. sekarang saya agak bimbang kerana memikirkan kemungkinan berlaku sesuatu pada kandungan saya akibat pengambilan ubat sewaktu saya sakit minggu lepas.adakah kandungan saya akan terjejas? mohon penerangan doktor. terima kasih
Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Saya harap puan dapat membaca dengan teliti dn memanfaatkan artikel yang saya tulis. Persoalan puan telah saya jawab di dalam artikel itu.
Assalamu’alaikum. Dr, sy mengalami batuk sejak minggu lepas. Setelah membuat scan baby, sy beritahu Dr yg merawat sy mengenai batuk yang sy alami. Dr. tersebut memberi ubat pil berwarna biru. Sy mengamalkannya sehingga habis ubat tersebut. Namun, sehingga ke hari ini, batuk sy masih belum surut. Sy membeli ubat herba tradisional iaitu ubat batuk cap ibu dan anak bagi mengurangkan batuk sy. Persoalan sy, ubat tersebut dibeli atas inisiatif sy sendiri kerana memandangkan batuk sy belum pulih. Bolehkah sy terus mengamalkannya? FYI, kandungan sy berusia 18 weeks. Perhatian dan kerjasama Dr. amatlah sy hargai. Terima kasih.
Assalamu’alaikum. Dr, sy mengalami batuk sejak minggu lepas. Setelah membuat scan baby, sy beritahu Dr yg merawat sy mengenai batuk yang sy alami. Dr. tersebut memberi ubat pil berwarna biru. Sy mengamalkannya sehingga habis ubat tersebut. Namun, sehingga ke hari ini, batuk sy masih belum surut. Sy membeli ubat herba tradisional iaitu ubat batuk cap ibu dan anak bagi mengurangkan batuk sy. Persoalan sy, ubat tersebut dibeli atas inisiatif sy sendiri kerana memandangkan batuk sy belum pulih. Bolehkah sy terus mengamalkannya? FYI, kandungan sy berusia 18 weeks. Perhatian dan kerjasama Dr. amatlah sy hargai. Terima kasih.
Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Ubat yang puan maksudkan mempunyai campuran herba yang tidak diketahui kesannya kepada bayi dalam rahem. Saya mencadangkan puan meninggalkannya dan mengamalkan minum air suam yang secukupnya.