“Assalam..doktor. adik perempuan saya yang kini sudah berusia 17 tahun. Yang menjadi persoalan saya ialah, adik saya masih lg belum datang period…sedang kami adik beradik lain datang period sewaktu sekolah rendah lg. Buat pengetahuan doktor jugak, adik saya telah pergi ke hospital untuk mendapatkan kepastian..tetapi jawapan yang kami perolehi daripada doktor ialah..ia perkara biasa. Adakah normal ape yang dialami oleh adik saya. Di harapkan doktor dapat memberi penjelasan. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam Apabila seorang remaja wanita sudah mencapai umur 16 tahun, tetapi tidak pernah datang haid, dan telah menunjukkan sifat kewanitaan, ia bukanlah perkara yang normal. Keadaan ini …
Read More »Wanita
Rasa sakit payudara selepas dan sesudah menyusukan bayi
“Salam. Urat breast belah kanan saya merasa sakit selepas breastfeed anak saya berumur 26hari. Rasa sakit seperti renjatan elektrik pada urat breast kanan. Sakit sangat bila sakit itu datang. Normal atau tidak? Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM. Merasa sakit pada payudara ketika dan selepas menyusukan bayi adalah perkara yang normal. Ini kerana puting dan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) ditarik ke dalam mulut bayi. Selalunya selepas satu minit rasa sakit itu menjadi reda. Jika rasa sakit berterusan ketika menyusukan bayi, saya mencadangkan puan menukar kedudukan kepala bayi puan. Jika puan merasa …
Read More »Memotong kuku semasa hadas besar
“Ustazah, apakah benar seseorang yang datang haid atau berhadas besar (berjunub) tidak boleh potong kuku atau gunting rambut? Saya mendengar seorang ahli agama berkata, jika berbuat juga anggota itu akan datang di akhirat kelak dlm keadaan kotor jika tidak dimandikan kemudiannya. Apakah terdapat dalil-dalil yang demikian itu?” Dijawab oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad, Soalan ini selalu ditanya pada guru-guru agama dan sudah dijawab dengan jelas sekali. Namun saya cuba menjelaskan sekali lagi dalam ruangan ini. Semoga Allah Taala menguatkan iman kita untuk beramal dengan yakin selepas ini tanpa mempersoalkan hukum-hukum ranting ini kerana banyak lagi perkara asas …
Read More »Merancang Anak Lelaki
“ASSALAMU ALAIKUM. Saya sudah mempunyai 3 orang anak perempuan. Suami saya mahukan anak lelaki pula. Orang kata pemakanan yang diamalkan oleh ibu ketika merancang kehamilan boleh mempengaruhi apa jantina anak dalam kandungannya. Saya menerima pelbagai nasihat dari orang tua saya.Mohon pencerahan dan tip untuk mendapat anak lelaki.” WA ALAIKUM MUS SALAM Pertamanya saya mengucapkan tahniah pada puan kerana ALLAH telah menganugerahkan 3 orang anak perempuan sebagai suatu tanggungjawab untuk puan menjaganya. Puan harus rasa bertuah kerana ramai lagi wanita yang tidak mendapat anugerah seperti mana yang puan perolehi, ramai yang hanya mempunyai seorang anak dan ada yang tiada anak langsung. …
Read More »Punca payudara sakit
Terdapat beberapa punca tidak berbahaya yang menyebabkan sakit payudara, yang berkaitan dengan perubahan hormon. Ini boleh termasuk: 1. Awal waktu baligh pada kanak-kanak perempuan 2. Kedatangan haid dan sindrom prahaid (PMS) 3. Kehamilan – terutama di awal kehamilan Jika sakit payudara berlaku selepas beberapa melahirkan anak, ia mungkin disebabkan oleh Mastitis, iaitu jangkitan kuman pada saluran kelenjar susu. EKF sangat baik untuk wanita yang kerap mengalami rasa sakit pada payudara. https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah Wallahu a’lam. Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C …
Read More »Bayi baru lahir Susu ibu tidak cukup
“Assalam mu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak beberapa minggu yang lepas. Saya tinggal di perantauan di KL bersama suami. Ibubapa saya berada di Sabah. Saya terpaksa menguruskan diri dan anak sendirian tanpa pengetahuan. Saya mendapati anak saya tidak mahu menyusu dengan baik. Dia menysusu sebentar dan mudah kenyang. Berat badan pun semakin menyusut. Banyak nasihat yang saya dengar. Adakah saya sudah tidak mempunyai susu yang cukup. Mohon nasihat doctor” Wa alaikum mus salam. Ramai dari ibubapa yang sering keliru apabila menerima nasihat yang salah dari teman-teman mengenai perkembangan anak mereka. Nasihat yang diberikan bukanlah atas fakta yang betul, tetapi …
Read More »Bengkakan Payudara
Assalamualaikum doktor… Saya hendak bertanya mengenai permasalahan breast lump yg telah saya alami selama 1@2 tahun.Saya perasan timbulnya biji sebesar guli selepas saya memakan “thanyaporn breast enlargement” pada tahun 2012.Saya amat takut untuk bertemu dengan doktor di Brunei. Adakah dengan memakan EKF lumps tersebut akan mengecut? Untuk pengetauhan doktor,saya telah memakan EKF selama 10 hari secara teratur. Saya ingin mengambil suplement ini secara berterusan tanpa perlu membuat sebarang pembedahan.Adakah doktor ada saranan lain? Terima kasih di atas maklum balas yang doktor beri. Wa alaikum mus salam. Berdasarkan pada cerita puan, saya yakin ia bukanlah ketumbuhan yang disebabkan oleh kanser payudara …
Read More »Bolehkah mandikan bayi saya pada waktu malam?
“Salam, doktor. Saya seorang peniaga di kantin sekolah. Saya sangat sibuk di siang hari. Bolehkah saya memandikan bayi saya berumur empat bulan pada waktu malam. Saya bimbang kesan pada paru-parunya.” Wa alaikum mus salam. Memandikan anak pada waktu malam tidak berbahaya atau mendapatkan penyakit pada bayi jika dilakukan dengan betul. Ia tidak memudaratkan. Secara umumnya, ia adalah selamat untuk memandikan bayi pada bila-bila masa, asalkan ia tidak mengganggu tidur dan jadual makan dan tidak menyebabkan bayi berasa sejuk. Puan boleh menggunakan air yang suam dan kemudian segera mengelap kering bayi puan. Walau bagaimana pun, cara yang terbaik ialah dengan …
Read More »Membawa Anak dalam Kereta
“Assalamu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Saya dan suami tinggal berjauhan. Dia tinggal di Melaka dan saya tinggal di KL. Kami ada anak berumur 2 tahun. Jika saya ingin memandu berjumpa dengan suami dan membawa anak saya, bolehkan saya letakkan dia di tempat duduk di sebelah saya. Untuk pengetahuan doctor, kereta saya mempunyai system air-bag. Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan yang terpaksa melakukan pemanduan yang jauh bersama anak. Sistem beg udara dalam kereta boleh menyelamatkan nyawa penumpang yang berada di sebelah pemandu, tetapi ia sangat bahaya kepada bayi jika diletakkan …
Read More »BOLEHKAH BAYI GUNAKAN BEDAK?
“Assalamu alaikum doctor. Saya menggunakan bedak untuk bayi saya selepas mandi. Adakah ia boleh menyebabkan asthma pada bayi saya?” Wa alaikum mus salam. Bedak serbuk atau bedak talkum yang digunakan untuk disapukan pada badan bayi adalah selamat, selagi puan menggunakannya dengan berhati-hati. Pastikan serbuk bedak tidak memasuki hidung anak puan. Jika tidak, ia boleh menyumbat pundi udara halus di paru-parunya dan menyebabkan alahan dan asthma. Jarang sekali serbuk bedak ini menyebabkan kesukaran bernafas dan meninggal dunia. Ia hanya berlaku apabila bayi tersebut bermain dengan bedak itu sehingga muka mereka diliputi dalam serbuk bedak. Ada yang mendakwa serbuk bedak boleh boleh …
Read More »Halalkah Produk Makanan Tambahan Yang Diambil Selepas Melahirkan Anak?
“Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya baru melahirkan anak. Perlukah saya mengambil makanan tambahan untuk saya kerana saya meragui kebanyakan produk yang dijual di farmasi dan on line. Mohon pencerahan.” Sekiranya seorang ibu menjaga pemakanan yang baik dan seimbang, mengambil vitamin dan makanan tambahan mungkin tidak perlu. Walau bagaimanapun, dengan tuntutan dan tekanan hidup selepas melahirkan anak, ramai wanita yang tidak dapat memastikan pemakanan mereka benar-benar berkhasiat . Oleh itu, ramai wanita yang mengambil multivitamin dan makanan tambahan memastikan mereka mendapat semua nutrien yang diperlukan. Namun begitu, harus berhati-hati kerana ada pengeluar multivitamin …
Read More »Ada Ketumbuhan dalam Payudara
“Assalamu alaikum doctor, sata berumur 30 tahun dan ibu saya meninggal dunia di usia 45 tahun akibat kanser payudara. Baru-baru ini ketika mandi, saya memeriksa payudara saya dan mendapati payudara saya ada ketulan. Saya sangat takut kerana kawan-kawan saya mengatakan bahawa jika ibu mengalami kanser payudara, anak perempuannya juga boleh mengalami masalah yang sama. Adakah ketulan ini bahaya, doctor. Mohon penjelasan” Ramai wanita yang merasa risau apabila mendapati ada ketulan atau ketumbuhan di dalam payu dara mereka. Bukan semua ketumbuhan di dalam payu dara merupakan kanser payu dara. Kebanyakan ketumbuhan ini adalah ketumbuhan biasa yang bukan berbentuk kanser. Penyebab utama …
Read More »Meningkatkan daya tahan ibu dan anak
“Assalamu alaikum doktor, saya mengalami alahan yang kuat pada makanan dan habuk. Saya kerap demam, selsema dan sakit. Anak saya yang berusia 2 tahun juga selalu demam dan sakit. Banyak kali saya membawanya berjumpa doctor, tetapi beliau tetap mengalami masalah yang sama, iaitu demam dan selsema. Adakah daya tahan kami tidak kuat, doctor?”. Walalaikum mus salam. Daya tahan seorang ibu sangat berkait rapat dengan bayinya. Hubungan emosi dan fizikal, sama ada memeluk anak, memberi makan dan menguruskan fizikal anak, sangat mempengaruhi daya tahan anak yang dijaganya. Bagi ibu yang baru melahirkan anak, saya amat menggalakkan mereka memberikan …
Read More »Susu Ibu Cepat Kering
“Assalamu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak dua bulan. Masalah saya ialah anak saya kerap menyusu, sehingga kering air susu saya. Bagaimana saya menambah semua susu saya. Mohon pencerahan.” Wa alaikum mus salam. Saya kerap menerima aduan yang mengatakan bahawa dari wanita yang sedang menyusukan bayi mereka dan mengatakan susu semakin kering. Kekeringan susu ibu bukanlah suatu yang normal dan ia tidak juga berlaku secara semula jadi. Ia selalu berlaku pada awal tempuh pantang setelah melahirkan anak. Ia hanya bersifat sementara. Susu ibu selalunya akan bertamah jika dia tidak segera menghentikan penyusuan ibu. Saya menasihatkan …
Read More »Makanan Tambahan dan Produk Herba juga ada kesan sampingan
“Doktor, merujuk pada posting doctor, adakah suplemen yang berbentuk herba atau makanan tambahan yang selamat? Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Tidak semua suplemen herba dan makanan tambahan adalah selamat. Jika puan tidak pasti tentang keselamatan sesuatu makanan tambahan atau herba, bertanyalah dengan doktor puan, ahli farmasi, atau pakar diet. Jika puan memngalami apa-apa penyakit dan sedang mendapatkan rawatan doctor, beritahu doktor yang merawat puan bahawa puan ingin menggunakan makanan tambahan atau herba jika puan menggabungkan suplemen herba atau makanan tambahan dengan dengan ubat-ubat doctor. Adalah tidak selamat jika puan meninggalkan rawatan dan ubat-ubatan …
Read More »Perbezaan antara suplemen (makanan tambahan) dengan ubat
“As salamu alaikum, doktor. Saya ingin bertanya, apa perbezaan antara ubat dengan suplemen? Adakah produk suplemen yang dijual di pasaran boleh merawat penyakit? Adakah suplemen selamat digunakan? Mohon pencerahan” Di Amerika Syarikat makanan tambahan (dietary supplement) ditakrifkan sebagai bahan yang boleh dimakan atau diminum, sama ada dalam bentuk vitamin, mineral , herba, asid amino, atau campuran dari bahan-bahan ini. Ia dipasarkan dalam bentuk pil , kapsul , tablet, atau bentuk cecair. Perlu diingat ia hanya menambah keperluan pemakanan dan dan tidak boleh dianggap sebagai pengganti untuk makanan. Di Amerika Syarikat pasaran bagi suplemen sangat …
Read More »Kemurungan boleh membunuh diri
Ramai yang tidak mengetahui bahawa kemurungan adalah suatu penyakit jiwa yang berbahaya. Ia menjadikan seseorang mengalami perasan yang rendah. Ia harus dirawat segera sebelum ia menjadi agresif, boleh mencederakan orang lain malah boleh membunuh diri. Kemurungan berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan hormone serotonin dalam otak. Ia terlibat dalam proses pemikiran dan mengawal emosi. Apabila berlaku ketidakseimbangan bahan kimia tersebut, otak tidak lagi mampu menyelaraskan proses pemikiran dan emosi dengan baik sehingga menjejaskan proses pengeluaran kata-kata, ingatan dan daya tindak seseorang manusia yang akhirnya menyebabkan kemurungan. Faktor luaran yang memulakan masalah kemurungan ialah tekanan hidup, kurang yakin pada diri sendiri, pengalaman trauma …
Read More »Rawatan Kanser Pangkal Rahim Tahap 3
“Asalamualaikum Doktor. Saya ingin tanya masalah ibu saya yang disahkan mengalami kanser servik tahap 3. Apakah rawatan yang sesuai untuk penyakitnya tersebut memandangkan usianya telah menjangkau 64 tahun. Mohon cadangan Dr ke hospital mana saya perlu merujuk berkenaan penyakit kanser servik ini.. Terima kasih atas perhatian Dr. Wassalam” Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan simpati dengan masalah ibu puan. Semoga ALLAH permudahkan usaha puan agar dia diberikan yang terbaik. Maaf jika penerangan saya sangat “direct to the point” dan menyinggung perasaan puan. Kanser pangkal rahem atau kanser servik adalah antara kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita yang berusia 50an. …
Read More »Rawatan Kanser Payudara Peringkat Satu
“Saya ingin tanya doktor, kanser payu dara tahap pertama apa ubatnya, perlu ke membuat pemebedahan buang kanser payu dara” Assalamua alikum. Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur menjadi sel yang bahaya dan mudah merebak. Ia boleh menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Dan menyebabkan kematian. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar susu atau saluran kelenjar susu. Sementara ketumbuhan yang tidak berbahaya dinamakan tumor, terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal yang tidak bahaya dan tidak merebak. Seorang …
Read More »Keputihan akibat penyakit kelamin boleh menyebabkan sukar hamil
“Assalamu alaikum doctor, saya berumur 24 tahun, sudah 3 tahun berkahwin dan belum mempunyai cahaya mata. Saya akui sebelum ini saya dan suami agak liar dan kami sering bertukar pasangan. Saya tidak pasti sama ada ia adalah punca saya mengalami keputihan yang teruk setiap hari. Saya juga telah membuat pemeriksaan doctor dan doctor memberitahu saya bahawa keputihan yang saya alami tidak ada kaitan dengan keputihan. Mohon pencerahan, doctor” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan. Memang benar keputihan tidak ada kaitan dengan sukar untuk hamil, tetapi ia boleh berlaku secara tidak langsung. Keputihan yang …
Read More »Rasa Kebas pada Kaki dan Masalah Kencing
“As salamu alaikum doktor. Saya ingin bertanya satu soalan. Kebelakangan ini saya merasa kebas, bermula dari bahagian tapak kaki dan semakin lama naik sehingga ke bahagian bawah pinggang. saya tidak merasa sakit. Tetapi apabila saya pakai seluar, saya boleh merasa kebas apabila seluar yang saya pakai bergesel dengan bulu kaki saya khususnya. Saya juga kebelakangan ini merasa agak sukar untuk membuang air kecil. untuk pengetahuan dr, saya masih belum ke klinik untuk membuat sebarang pemeriksaan. saya mengesyaki antara sebabnya adalah motorsikal saya yang tempat duduknya sangat keras. adakah perkara ini biasa ataupun apa nasihat dr untuk saya. terima kasih”. …
Read More »Sakit tulang dada di kalangan wanita muda
“Assalamu alaikum. Maaf jika saya mengganggu doctor. Saya berusia 19 tahun, masih gadis. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada disebelah tengah dada, lebih tepat lagi di tulang dada. Bila saya Tarik nafas, saya berasa sakit sehingga sukar bernafas. Ia dating sesakli sehingga mengganggu pelajaran saya. Saya sangat bimbang. Apabila saya ke klinik, doctor hanya memberitahu bahawa saya hanya mengalami sakit tulang dada. Boleh saya tahu apa yang dimaksudkan oleh beliau ? Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan kerisauan saudari. Namun tidak perlu dirisaukan. Jika betul apa yang didiagnosakan oleh doctor itu, saya percaya yang dimaksudkan ialah penyakit …
Read More »Kencing sakit minum caffeine
“Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai masalah yang saya sedang hadapi sehingga hari ini. Sejak bulan Julai 2013 lepas, saya mengalami masalah sakit ketika kencing dan kencing berbau. Pada mulanya, saya beranggapan “stress induced” sahaja kerana ia berlaku dalam beberapa minggu sebelum final exam. Warnanya kekuningan emas dan saya juga merupakan pengambil caffeine yang tegar ia bagi membolehkan saya berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran. Jumlah maksimum caffeine yang saya ambil ada dua sachet setiap hari dan sekurang-kurangnya satu sachet. Tetapi saya masih mengabaikan symptom saya hadapi ini namun ia tetap membuatkan fikiran saya risau mengenai kebarangkalian penyakit yang saya hadapi.” …
Read More »Rasa kerap mahu kencing walaupun bukan diabetik
“Salam doctor, saya nak tanya berkaitan dengan masalah kencing kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Saya telah buat pemeriksaan air kencing dan ujian darah di hospital dan doktor mengesahkan buah pinggang saya normal dan pemeriksaan ultrasound pun normal. Doktor cuma menasihatkan supaya menjalani latihan pundi kencing saja. Saya belum berkahwin. Saya mohon penerangan doctor.” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Pada kebiasaannya, apabila pundi kencing menjadi penuh, seorang itu akan merasa untuk membuang air kecil atau kencing. Walau bagaimana pun, seseorang itu dikatakan mengalami masalah jika beliau mengalami rasa selalu …
Read More »Mengapa Isteri Suka Dipeluk
Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut. Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh …
Read More »Haemoglobin rendah dan sakit kepala akibat terhentak
“Assalamualaikum doctor. Saya mempunyai masalah selalu berasa pening, penglihatan kabur dan gelap mata, rasa gelisah dan kadangkala daya ingatan berkurang jika saya melakukan banyak kerja ataupun banyak berfikir. Saya menghadapi masalah ini sejak dua tahun lepas. Untuk makluman doctor, sebelum ini saya pernah terjatuh dalam bilik air dan belakang kepala terhentak. Pemeriksaan doctor hanya ada kesan bengkak sedikit akibat jatuh. Saya ingin bertanyakan doktor apakah kaedah pemeriksaan yang perlu saya lakukan. Saya rasa tidak sanggup berterusan menahan kesakitan ini. Doktor di klinik dan hospital hanya memberitahu saya hanya sakit kepala biasa. Saya pernah membuat pemeriksaan keseluruhan …
Read More »ALLAH menguji dengan sakit sendi, maka jangan berputus asa.
“Salam. Saya berusia 35 tahun dari Melaka, wanita yang belum berkahwin. Saya disahkan menghidap penyakit artritis lebih sepuluh tahun semenjak saya berada di universiti. Semua sendi jari saya mengeras dan membengkak dan rasa sakit. Buat masa ini, pihak hospital membekalkan saya ubat tahan sakit dan vitamin. Mohon pendapat doctor.” Wa alaikumsalam. Saya mengucapkan tahniah kerana saudari telah bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan. Saya percaya banyak ganjaran yang menanti saudari. Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Baqarah:153 “Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar.” Saya percaya dan yakin, hanya ALLAH SWT yang …
Read More »ENDOMETRIOSIS BOLEH BERLAKU PADA WANITA YANG BELUM BERKAHWIN
Endometriosis adalah satu penyakit biasa berlaku di kalangan wanita, termasuk wanita yang belum berkahwin. Malangnya mereka tidak mengetahui. Ramai wanita muda yang menderita dalam diam sebab mereka tidak mengetahui bahawa masalah yang mereka alami untuk sekian lama sebenarnya adalah tanda awal endometriosis. Antara tanda mengalami endometriosis adalah sakit teruk di bahagian dalam perut, kesakitan semasa atau selepas hubungan kelamin, sakit semasa kedatangan haid, selalunya mengalami pendarahan haid yang banyak, pendarahan haid yang sedikit di antara tempoh haid dan mengalami masalah sukar hamil. Kesakitan ketika kedatangan haid dan kitaran haid yang tidak menentu, biasanya tidak merisaukan wanita-wanita muda ini. Namun apabila …
Read More »Serangan Sakit Jantung boleh berlaku pada Wanita Muda
Dua tahun lepas seorang wanita berusia 40an berjumpa saya kerana mengalami sakit dada. Wanita ini mempunyai sejarah keluarga di mana bapanya meninggal dunia akibat sakit jantung. Abangnya juga mengalami masalah yang sama, dan telah menjalani pembedahan pintasan saluran darah di jantung awal tahun lepas. Sebelum ini doctor memberitahunya dia mungkin mengalami gastrik. Namun pemeriksaan OGDS telah dilakukan dan tiada luka pada permukaan dalam perutnya. “Doktor, mungkinkah saya mengalami sakit jantung?” Saya diam dan kemudian menjawab, “mungkin”. Saya tidak mahu merisaukan beliau tetapi harus berterus terang agar beliau lebih berjaga-jaga. “Bolehkah usia macam saya ada penyakit itu? Lagi pun ada doktor …
Read More »Bagaimana Mengenali Istihadah
Masih ramai wanita terutamanya remaja yang masih keliru dalam membezakan antara darah haid dengan istihadah. Jadi, bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua jenis darah ini? Berikut adalah empat keadaan istihadah: 1. Darah yang keluar kurang daripada had masa minimum haid iaitu sehari semalam. 2. Darah yang keluar melebihi had masa maksimum haid iaitu 15 hari. 3. Keluar darah sebelum umur minimum haid iaitu sebelum berumur 9 tahun. 4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maksimum nifas iaitu 60 hari. http://www.telagabiru.net.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=263:apa-itu-istihadah&catid=42:artikal&Itemid=367 Wa allahu a’lam.
Read More »PENGALAMAN PESAKIT ENDOMETRIOSIS YANG HAMPIR KEHILANGAN NYAWA
JANGAN ambil mudah sekiranya anda sakit pinggang, sakit kepala dan perut ketika datang haid. Selama ini saya tidak pernah menghadapi apa- apa masalah seperti senggugut ketika kedatangan haid. Pada tahun 2008 saya dimasukkan ke hospital kerana berasa sakit di bahagian kanan perut tetapi selepas beberapa ujian dilakukan dikatakan tiada apa-apa berlaku. Segala-galanya normal. Pada Oktober tahun yang sama sekali lagi saya berasa sakit dan melakukan beberapa ujian termasuk ultrabunyi pelvis tetapi jawapan yang sama saya terima. ‘Normal’. Setahun selepas itu, saya melakukan sekali ultrabunyi pelvis. Selepas mendengar ceramah masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita, saya mula sedar- ada sesuatu …
Read More »Ketulan Fibroadenoma pada payudara
“As salam mu alaikum doctor, saya berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami ketulan pada payudara kiri saya berukuran sebesar biji kacang kuda semenjak saya masih belajar lagi. Saya telah membuat pemeriksaan doctor, dan doctor tidak membuat melakukan apa-apa. Doktor juga tidak memberikan ubat kerana ia tidak menyebabkan rasa sakit. Doktor hanya pesan, jika ia besar, maka harus dibuang dengan melakukan pembedahan. Saya takut dengan pembedahan kerana akan merosakkan payudara saya. Pertanyaan saya ialah apakah ketulan ini boleh menyebabkan kanser payudara?. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Saya harap saudari tidak bersusah hati dengan masalah yang saudari hadapi. Saya …
Read More »Hati-hati dengan ubat dijual di jalanan yang ada steroid.
Kementerian Kesihatan Msia (KKM) mengharamkan ubat herba yang dijual secara meluas di toko-toko ubat yang mengandungi steroid. Antara tanda-tanda ubat itu mengandungi steroid ialah ubat itu dapat melegakan sakit-sakit sendi dan ketegangan otot serta merta. Setelah memakannya beberapa hari, berat badan bertambah dan muka menjadi tembam. Ia sangat bahaya pada ginjal dan menyebabkan tulang menjadi reput. Saya pernah melihat seorang wanita brumur 50an yang mengalami patah tulang punggung, hanya keraa jatuh dari kerusi yang dia duduki. Bila x ray dilakukan, dia diagnosa mengalami fracture of neck of femur akibat masalah osteophorosis dipercayai akibat mengambil ubat herba bagi mengurangkan sakit lutut. Ubat …
Read More »Kitaran Haid Tidak Menentu Akibat Majun
“Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai masalah tidak didatangi haid selepas berhenti makan ubat rancang kehamilan ( sejenis makjun ). Saya didatangi haid pada bulan 12.7.2013 dan pada bulan Ogos, saya tidak didatangai haid. Saya sudah membuat ujian UPT tetapi negatif. Selepas itu pada 15.09.2013 saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor dan meminta ‘ubat turun haid’ kerana saya tidak selesa dengan badan saya yang sakit-sakit, mungkin disebabkan oleh perubahan hormon. Selepas makan ubat itu sebanyak 5 biji dan 5 hari saya didatangi haid selama 8 hari. Selepas pada itu saya masih lagi tidak didatangi haid sehingga 30.10.2013. Boleh saya …
Read More »Tidak sedar tangan masuk dalam minyak panas
“Assalamualaikum doctor, saya ingin bertanya soalan berkaitan seorang rakan saya yang sering pening dan kerap tidak sedarkan diri tetapi masih boleh berdiri. Baru-baru ini beliau telah memasukkan tangannya ke dalam minyak panas ketika sedang memasak di dapur. Tangannya melecur teruk dan telah dibawa ke klinik. Saya mohon penjelasan dari doktor berkaitan keadaan ini. Terima kasih”. Wa alaikum mus salam. Apa yang berlaku pada rakan puan sebenarnya adalah sejenis penyakit sawan, tetapi bukanlah penyakit sawan yang biasa. Dalam penyakit sawan biasa, selalunya pesakit akan mengalami tubuh yang kejang atau menggigil dan mata ke atas. Orang …
Read More »Hilangan ingatan selepas hubungan intim
“Assalamu alaikum, doctor. Saya berumur 48 tahun. Saya mengalami masalah di mana pada suatu malam saya mengalami sakit kepala dan telah menelan ponstan. Keesokkan paginya suami saya mengajak saya melakukan hubungan intim dan saya menikmatinya. Satu tertidur selepas itu. Apabila bangun saya agak keliru. Saya tidak perasaan sama ada hari masih pagi atau sudah petang. (Suaminya saya memberitahu masa itu tengah hari). Saya duduk di atas katil, tetapi saya tidak ingat apa yang berlaku dan sedang berlaku. Apakah saya mengalami maslah serius?” Wa alaikum mus salam. Melakukan hubungan intim, boleh menyebabkan beberapa kesan yang agak tidak baik, …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
