“Assalamu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak dua bulan. Masalah saya ialah anak saya kerap menyusu, sehingga kering air susu saya. Bagaimana saya menambah semua susu saya. Mohon pencerahan.”
Wa alaikum mus salam.
Saya kerap menerima aduan yang mengatakan bahawa dari wanita yang sedang menyusukan bayi mereka dan mengatakan susu semakin kering.
Kekeringan susu ibu bukanlah suatu yang normal dan ia tidak juga berlaku secara semula jadi. Ia selalu berlaku pada awal tempuh pantang setelah melahirkan anak. Ia hanya bersifat sementara. Susu ibu selalunya akan bertamah jika dia tidak segera menghentikan penyusuan ibu.
Saya menasihatkan puan agar meneruskan penyusuan dan memberikannya dengan lebih kerap. Susu puan akan berkurangan apabila puan kurang menyusukan bayi atau mengurangkan masa penyusuan dan puan berada kedudukan yang tidak betul ketika menyusukan bayi puan.
Semakin kerap bayi puan menyusu semakin cepat payudara puan dikosongkan, ini akan merangsangkan pengeluaran susu yang lebih banyak.
Jangan menghadkan penyusuan bayi puan, biarlah dia menyusu sehingga puan dan melepaskan putting.
Bayi yang baru lahir biasanya memerlukan penyususan sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali sehari dan akan mengambil masa selama 30 hingga 40 minit untuk setiap penyusuan.
Saya juga menasihatkan puan mengelakkan beberapa ubatan seperti ubat selsema dan ubat penenang atau pil perancang kehamilan. Minum air secukupnya, elakkan minum kopi atau minuman berkafein, tinggalkan rokok (jika merokok) dan dapatkan rehat yang cukup.
Wallahu a’lam