Rasa kerap mahu kencing walaupun bukan diabetik

water-bath

 

 

“Salam doctor, saya nak tanya berkaitan dengan masalah kencing kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Saya telah buat pemeriksaan air kencing dan ujian darah di hospital dan doktor mengesahkan buah pinggang saya normal dan pemeriksaan ultrasound pun normal. Doktor cuma menasihatkan supaya menjalani latihan pundi kencing saja. Saya belum berkahwin. Saya mohon penerangan doctor.”

 

 

Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami.

 

Pada kebiasaannya, apabila pundi kencing menjadi penuh, seorang itu akan merasa untuk membuang air kecil atau kencing.

 

Walau bagaimana pun, seseorang itu dikatakan mengalami masalah jika beliau mengalami rasa selalu mahu kencing walaupun pundi kencingnya belum penuh. Ini dapat dikesan apabila beliau kerap rasa mahu buang air kecil, atau terkencing sebelum sampai ke bilik air atau air kencing yang sedikit tetapi kerap.

 

Oleh itu, saya percaya puan mengalami masalah yang dikatakan “overactive bladder”.

 

Keadaan ini hanya dapat disahkan dengan beberapa ujian urology, setelah mendapati beberapa pemeriksaan kesihatan beliau adalah normal.

 

Ada beberapa ubat yang boleh digunakan untuk mengurangkan rasa mahu terkencing, termasuklah psychotherapy.

 

Bagi wanita yang telah mengalami menopause, saya mencadangkan menggunakan Ekstrak Kacip Fatimah yang mengandungi phytoestrogen yang membantu mengurangkan rasa mahu kencing.

 

Wallahu a’lam.

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!