Hilangan ingatan selepas hubungan intim

 seks3

“Assalamu alaikum, doctor. Saya berumur 48 tahun. Saya mengalami masalah di mana pada suatu malam saya mengalami sakit kepala dan telah menelan ponstan. Keesokkan paginya suami saya mengajak saya melakukan hubungan intim dan saya menikmatinya. Satu tertidur selepas itu. Apabila bangun saya agak keliru. Saya tidak perasaan sama ada hari masih pagi atau sudah petang. (Suaminya saya memberitahu masa itu tengah hari). Saya duduk di atas katil, tetapi saya tidak ingat apa yang berlaku dan sedang berlaku. Apakah saya mengalami maslah serius?”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Melakukan hubungan intim, boleh menyebabkan beberapa kesan yang agak tidak baik, terutama jika sudah meningkat umur dan melakukan dengan perlakuan yang agak lasak.

 

Ia sering berlaku pada suami atau isteri, bergantung kepada masalah kesihatan yang dialaminya. Jika mengalami penyakit kronik yang serius, melakukan hubungan intim secara lasak, boleh menyebabkan keletihan melampau, sakit kepala, dan kehilangan ingatan buat sementara.

 

Masalah yang puan alami adalah Total Global Amnesia (TGA), iaitu suatu keadaan di mana pesakit kehilangan ingatan buat sementara, biasanya berlaku pada pesakit berusia 50 tahun ke atas.

 

TGA selalunya berlaku pada orang melakukan kerja-kerja yang agak lasak seperti senaman lasak, terjun ke dalam air yang sejuk atau air panas, atau selepas mendapat kenikmatan seks.

 

Jadi tidak hairanlah melakukan hubungan intim bersama suami atau isteri, boleh mendapat kehilangan ingatan yang sementara.

 

Selalunya ia berlaku pada pesakit yang sedia ada menghidap migraine. Dalam kebanyakan kes, TGA berlaku sekali dalam seumur hidup, tetapi ia boleh berulang.

 

Jika berlaku secara berulang atau menyebabkan puan mengalami rasa kebas pada saraf anggota, eloklah membuat pemeriksaan doctor.

 

Doktor akan mencadangkan puan menjalani pemeriksaan CT scan otak bagi memastikan puan tidak diserang stroke yang menyebabkan pendarahan dalam otak.

 

Ekstrak Kacip Fatimah membantu wanita mengatasi masalah kewanitaan.

https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!