“Assalamualaikum doktor. Saya berumur berumur 36 tahun. Masalah saya ialah apabila selesai saya bersama suami saya (mengadakan hubungan intim), saya perasan ada lendiran bercampur darah cair. Perlukah saya berjumpa doctor?”
Wa alaikum mus salam.
Pendarahan selepas melakukan hubungan intim dengan suami adalah suatu yang tidak normal.
Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan Pap smear bagi mengetahui masalah sebenar punca pendarahan itu.
Punca-punca pendarahan seperti ini ialah:
1. Kanser pangkal rahem (Cervical cancer)
2. radang pada pangkal rahem (Cervical dysplasia dan
Cervicitis)
3. Luka lelasan pada faraj akibat perlakuan seks yang
ganas
4. Kurang lendiran syahwat semasa hubungan intim itu akibat kurang ransangan syahwat oleh suami.
5. Kekeringan pada faraj akibat menopause
6. Pendarahan dari rahem akibat kanser rahem
7. Pendarahan akibat pengamalan pil perancang atau pil hormone
8. Radang pada faraj (vaginitis)
Jadi saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan doctor dan Pap smear. Ini kerana ada kalanya pendarahan bersama suami adalah suatu yang tidak merbahaya, tetapi boleh jadi sesuatu yang sangat bahaya.
Jika pap smear mengesahkan puan tidak mengalami penyakit yang serius dan hanya luka biasa, saya mencadangkan puan mengambil Ekstrak Kacip Fatimah sebagai suplemen untuk merawat luka pada faraj dan rahem.
Boleh mendapatkannya dengan PM di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah.
Wallahu a’lam.
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my
Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:
