Menjaga Luka Pembedahan Caesarean

 

“Salam doctor, apa yang boleh membantu untuk cepat sembuh dari luka pembedahan Caesarean? Ubat apa yg perlu diambil. Terima kasih, doctor”

Wa alaikum mus salam.

Saya ucapkan tahniah kerana puan telah selamat menjalani pembedahan Cesarean yang besar. Puan mula menjalani tanggungjawab yang besar, iaitu selain menanggung tanggungjawab sebagai seorang ibu, puan juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga luka yang puan alami.

Nasihat pertama saya ialah ialah cuba elakkan dari mengangkat barang-barang berat, selain dari bayi puan.

Mengangkat benda berat akan mengganggu proses penyembuhan luka puan kerana ia akan regangkan luka dan melonggarkan ikatan jahitan di situ.

Jahitan pada luka pembedahan Ceserean bukan saja terdapat pada kulit tetapi juga pada otot abdomen dan otot rahem. Dengan mengangkat benda-benda berat selepas pembedahan Cesarean akan melambatkan proses penyembuhan.

Bersenam secara sederhana digalakkan tetapi jangan mulakan apa-apa rutin mengembalikan kecergasan selepas bersalin atau senaman ‘sit-up’ terlalu awal. Saya menasihatkan agar puan menunggu sekurang-kurangnya sehingga empat hingga enam minggu untuk melakukan senaman.

Namun begitu saya mencadangkan puan melakukan senaman ringan seperti berjalan-jalan di sekeliling rumah. Senaman ringan ini akan mengurangkan rasa sakit dan membantu meningkatkan peredaran darah dalam tubuh. Secara tidak langsung, ia membantu untuk meredakan bengkak pada luka di abdomen puan.

Luka pembedahan Ceserean mungkin menyebabkan rasa gatal. Ini dapat dikurangkan jika puan memastikan luka puan bersih dan kering.

Saya mencadangkan beberapa langkah untuk menjaga luka Caeserean.

1. Cuci luka ketika puan mandi dengan sabun mandi yang mengandungi antiseptic seperti sabun mandi dettol.

2. Setelah luka menjadi kering dan berkeping (selalunya selepas tiga minggu), boleh gunakan pelembab setelah mandi dan urut luka dengan lembut menggunakan gerakan melingkar.

3. Pastikan luka puan tidak berdarah dan bengkak, atau mengeluarkan lendiran jernih atau nanah.

4. Puan boleh mengamalkan vitamin C dan E, serta Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) keluaran UTM. EKF dapat mempercepatkan penyembuhan luka pada rahem yang cedera ketika pembedahan Ceserean.

Wallahu a’lam.

[IKLAN]

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!