Diabetes mellitus adalah salah satu masalah penyakit metabolik yang biasa di kalangan rakyat Malaysia.
Dianggarkan seorang dari lima orang rakyat Malaysia yang menghidap masalah diabetes.
Dalam jangka masa yang panjang, antara 10-15 tahun, peningkatan gula dalam tubuh akan merosakkan saluran darah dalam tubuh.
Gabungan peningkatan gula dan kolestrol dalam darah meningkatkan risiko untuk mengalami serangan jantung dan stroke.
Vitamin C diketahui sangat bermanfaat membantu mengawal tahap gula dan kolestrol. Cuma berapa banyak yang diperlukan?
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam tahun 2007, sekumpulan pesakit diabetes diberikan vitamin C 500mg dan 1000mg secara rawak selama enam minggu.
Kemudian bacaan fasting blood sugar (FBS), Triglyceride (TG), Total cholesterol (TC), Low Density Lipoprotein (LDL), High Density Lipoprotein (HDL), glycated haemoglobin (HbA1c) dan serum insulin dilakukan, sebelum dan selepas pengambilan vitamin C.
Keputusannya, terdapat perubahan yang ketara iaitu penurunan FBS, TG, LDL, HbA1c dan serum insulin pada kumpulan pesakit diabetes yang diberikan 1000 mg vitamin C.
Pesakit diabetes yang mengambil 500 mg vitamin C, tidak menunjukkan perubahan yang ketara.
Kesimpulannya pengawalan gula di kalangan pesakit diabetes adalah penting. Selain dari ubat yang diberikan, penjagaan makanan dan senaman sangat membantu kawalan gula. Pengambilan suplemen 1000 mg vitamin C sangat ketara dalam membantu mengawal tahap gula dan kolestrol bagi pesakit diabetes. Dengan ini dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan serangan stroke.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
Rujukan:
Afkhami-Ardekani M, Shojaoddiny-Ardekani A. Effect of vitamin C on blood glucose, serum lipids & serum insulin in type 2 diabetes patients. Indian J Med Res. 2007 Nov;126(5):471-4. PMID: 18160753.
[IKLAN]
Klik gambar di bawah ini untuk mendapatkan Non Acidic Vitamin C 1000MG With Bioflavonoids keluaran dari Nutriforte.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :