Kanser payudara adalah masalah kesihatan yang besar di Amerika, dianggarkan melibatkan satu pertiga dari jumlah kematian wanita yang berkaitan dengan kanser. Antara langkah yang dicadangkan untuk mengelak kanser payudara adalah melalui mengubah cara pemakanan (dietary modification) yang banyak dibuktikan melalui kajian klinikal dan epidemiologi.
Pengambilan vitamin E juga dicadangkan bagi merendahkan risiko mendapat kanser payudara.
Kajian yang dilakukan pada haiwan di makmal menunjukkan vitamin E merendahkan kebarangkalian mendapat kanser pada tisu mammary (payudara) haiwan tersebut.
Oleh kerana dalam kajian lain, kesan pengambilan vitamin E terhadap kanser payudara tidak memberikan keputusan yang tetap, maka fokus penyelidikan sepatutnya difokuskan kepada interaksi vitamin E sebagai antioksida bersama nutrient lain, dan masa yang diambil untuk mendapat kesan positif dan kepada siapa yang lebih sesuai (selepas atau sebelum meopause) untuk mencegah kanser payudara.
Sebagai kesimpulan, dalam artikel ini menyebut:
- Bukti yang mengatakan bahawa pengambilan vitamin E dapat mencegah pembentukan kanser payudara sangat kuat secara teori dan kajian terhadap haiwan dalam makmal. Cuma ia tidak dapat dibuktikan secara konsisten dalam kajian epidemiologi.
- Ini disebabkan oleh kajian ini melibatkan jumlah sampel yang tidak mencukupi dan cara kajian dilakukan tidak mengikut tepat menyebabkan keputusan kajian itu diterjemah secara tidak tepat.
- Dalam banyak kajian epidemiologi yang dijalankan menumpukan kepada peranan vitamin E (antioksida) secara individu, sedangkan dalam tubuh, peranan antioksida sebagai sistem pertahanan tubuh adalah kompleks. Setiap antoksida yang berbeza berinteraksi sesama sendiri dan kombinasi antara antioksida-antioksida ini sepatutnya dijadikan focus, bukan mengambil setiap antioksida (contohnya vitamin E) sebagai kajian asas.
- Namun begitu, kajian vitamin E sebagai suplemen mencegah penyakit kanser payudara harus diteruskan dengan mengambil kira dos, jangka masa lama diberikan dan kepada siapa harus diberikan (sebelum atau sesudah menopause).
Rujukan: Kimmick GG, Bell RA, Bostick RM. Vitamin E and breast cancer: a review. Nutr Cancer. 1997;27(2):109-17.
Prof Gretchen Genevieve Kimmick adalah Professor of Medicine, Member of the Duke Cancer Institute USA.
Semoga bermanfaat.
[IKLAN]
Klik gambar di bawah untuk mendapatkan Natrieo Tri.E (Vitamin E) Tocotrienols keluaran dari Sime Darby yang mempunyai sumber antioksidan yang tinggi.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link