Wanita

TANDA-TANDA MENGALAMI FIBROID

“As salammu alaikum. Doktor, saya berumur 34 tahun dan baru berkahwin.  Sebelum ini saya mengalami masalah senggugut yang agak kuat, sehingga terpaksa mengambil MC untuk berehat di rumah.  Adakah saya mengalami masalah fibroid? Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Tidak semua wanita yang mempunyai masalah fibroid menunjukkan tanda-tanda mereka mengalami fibroid. Wanita yang mengalami fibroid juga menunjukkan tanda-tanda yang berbeza berbanding dengan wanita yang lain. Ada wanita yang menunjukkan tanda-tanda yang kuat dan ada wanita yang menunjukkan tanda-tanda yang sederhana. Secara amnya, antara wanita yang mungkin mengalami fibroid ialah: 1. Wanita yang berumur antara 30 hingga 50 tahun. 2. Wanita …

Read More »

Ruam di sekeliling puting

As Salam mu alaikum doktor.. Saya rasa ada bintik-bintik kecil dan ruam di bahagian tepi puting pada kedua-dua belah dan meneybabkan puting rasa pedih. Saya berumur 30 tahun dan sudah mempunyai dua orang anak. Saya bimbang jika itu tanda-tanda awal kanser payudara. Saya berharap doktor memberikan pencerahan. Jazakillah. Wa alaikum mus salam. Ruam dan bintik-bintik kecil di sekeliling puting payudara, adalah masalah yang biasa berlaku pada wanita, terutamanya wanita yang menyusukan anak. Selalunya masalah ini tidak serius. Ia berpunca dari masalah iritasi pada kulit, sama ada disebabkan oleh penggunaan bra yang ketat, bra yang lembap atau penggunaan bra yang kasar …

Read More »

Wanita juga boleh diserang penyakit jantung

Setiap seorang daripada tiga orang wanita di dunia dijangka akan mengalami masalah jantung dalam hidup mereka. Ini bermakna bahawa pembunuh nombor satu wanita di dunia bukan lagi kanser payudara atau kanser pangkal rahim, tetapi penyakit jantung. Fakta ini mungkin mengejutkan ramai orang kerana selalunya penyakit jantung hanya dialami oleh orang lelaki sahaja. Namun tiada yang menyangka bahawa tanda-tanda yang dihadapi oleh orang wanita juga sebenarnya menandakan mereka sering mengalami serangan sakit jantung. Simptom sakit jantung di kalangan wanita mungkin berbeza sedikit dengan lelaki. Antaranya ialah sakit atau rasa tidak selesa pada bahagian dada, dan sakit pada lengan kiri atau belakang. …

Read More »

Hubungan intim selepas pembedahan ceserean

“Assalam mu alaikum, doktor. Saya melahirkan anak enam bulan yang lepas secara pembedahan caesarean. Masalah saya ialah saya cuba mengelak setiap kali suami saya membuat permintaan melakukan hubungan intim. Ini kerana saya belum yakin dengan luka pembedahan yang saya alami. Bilakah luka pembedahan akan sembuh dan bilakah masa yang saya boleh melakukan hubungan intim bersama suami? Mohon pencerahan dari doctor” Wa alaikum mus salam. Luka pembedahan caesarean biasanya akan sembuh antara sebulan dan dua bulan selepas melahirkan anak. Ini bergantung kepada individu. Wanita yang mempunyai tubuh badan yang besar dan berat badan yang berlebihan mengambil masa lebih lama untuk sembuh. …

Read More »

Bahayakah pembedahan tukar lutut besi?

“Assalamu alaikum, doctor. Baru-baru ini ibu saya yang berumur 63 tahun yang telah mengalami sakit lutut yang lama (lebih 10 tahun) telah dinasihatkan oleh doctor untuk melakukan pembedahan lutut bagi menggantikan sendi lutut beliau rosak dan tidaak boleh dibengkokkan lagi. Saya sangat risau dan memohon pandangan doctor. Adakah pembedahan ini sesuai  untuk ibu saya?” Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan simpati atas ujian yang menimpa ibu saudara. Ini adalah satu ujian berat bagi beliau dan ganjaran bagi mereka yang telah berjaya diuji. Sendi-sendi manusia di selaputi oleh tulang rawan pada permukaannya. Sendi juga diselaputi oleh selaput synovium dan mempunyai cecair …

Read More »

Lendiran Faraj dan keputihan yang berlebihan

  “Assalamu alaikum doktor. Saya mengalami masalah yang memalukan. Saya seorang gadis berumur 23 tahun dan mengalami masalah keluar lendiran dari faraj saya secara berlebihan. Saya sering menukarkan panti saya sebanyak 3-4 kali sehari kerana masalah ini. Adakah ia suatu penyakit, doctor?”     Walaikum mus salam.   Mengalami lendir yang keluar daripada faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan, suatu yang lazim dialami oleh wanita. Selalunya ia tidak bahaya, normal dan bukan disebabkan penyakit.   Walau bagaimana jika ia keluar secara tidak terkawal dan dirawat dengan baik, ia boleh menambahkan risiko jangkitan kulat, bakteria dan tidak mustahil boleh menyebabkan kanser …

Read More »

Hubungan intim selepas pembedahan Ceserean

“Assalam mu alaikum, doktor. Saya melahirkan anak enam bulan yang lepas secara pembedahan caesarean. Masalah saya ialah saya cuba mengelak setiap kali suami saya membuat permintaan melakukan hubungan intim. Ini kerana saya belum yakin dengan luka pembedahan yang saya alami. Bilakah luka pembedahan akan sembuh dan bilakah masa yang saya boleh melakukan hubungan intim bersama suami? Mohon pencerahan dari doctor”.   Wa alaikum mus salam. Luka pembedahan caesarean biasanya akan sembuh antara sebulan dan dua bulan selepas melahirkan anak. Ini bergantung kepada individu. Wanita yang mempunyai tubuh badan yang besar dan berat badan yang berlebihan mengambil masa lebih lama untuk …

Read More »

Bagaimana mengetahui darah haid terlalu banyak?

“Assalamualikum doktor. Ibu saya berumur 55 tahun. Kitaran haid beliau mengambil masa sehingga 10 hari untuk haid dan sangat banyak terutama 3 hari pertama. Hal ini telah berlarutan selama 3 bulan sehingga kini. Mohon pandangan. Terima kasih kerana doktor dapat menjawab persoalan saya. Sekian.” Wa alaikum mus salam. Ramai wanita yang mengalami masalah kedatangan haid yang banyak pada beberapa hari pertama dalam kitaran haid mereka. Ini adalah suatu yang tidak perlu dirisaukan. Sebanyak 90% darah dari kitaran haid, dikeluarkan pada beberapa hari pertama haid. Jadi sukar untuk menentukan sama ada haid yang keluar sangat banyak atau tidak, bergantung pada persepsi …

Read More »

PENDARAHAN YANG BANYAK SETIAP BULAN

“Assalamu alaikum. Saya berumur 48 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Anak yang bungsu berumur 15 tahun. Masalah saya ialah saya mengalami pendarahan haid yang banyak setiap bulan. Saya terpaksa menukarkan melebihi 5 tuala wanita ketika haid. Adakalanya darah yang keluar berketul-ketul. Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan, doktor”. Waalaikumussalam. Pendarahan yang puan alami dikira sebagai banyak. Ia amat membimbangkan kerana berlaku pada setiap bulan. Jika berlarutan, dibimbangi puan akan mengalami kekurangan darah yang serius. Pendarahan yang banyak berlaku setiap bulan dinamakan “menorrhagia”. Banyak punca berlakunya masalah ini. Antara puncanya ialah: 1. ‘Ketidakseimbangan Hormone’ berlaku di kalangan wanita berumur akhir 20an …

Read More »

Pengalaman seorang pesakit SLE

“Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin berkongsi pengalaman dan cerita. Setahun yang lepas, adik perempuan saya mengalami ‘penyakit misteri’ dan dikatakan buatan orang. Ini kerana adik saya menolak pinangan orang. Beberapa hari selepas itu, adik saya   mengalami demam yang agak kuat. Beliau tidak boleh bangun dan dihantar ke hospital. Doktor tidak dapat mengenalpasti punca sebenar punca demam adik saya. Beliau disuruh pulang. Keadaannya bertambah baik.   Selang beberapa hari, adik saya demam semula. Dia tidak mampu bergerak untuk beberapa minggu dan terpaksa berhenti kerja.   Dia tidak boleh berjalan, dan terpaksa merangkak ke bilik air. Saya sangat sedih dan menagis melihat …

Read More »

KESAN JANGKITAN KEPUTIHAN PADA SUAMI

“ Assalamualaikum doctor. Baru-baru ini saya ada melakukan pemeriksaan papsmear dan doktor memberitahu bahawa saya mengalami jangkitan fungal candida. Beliau memberikan saya ubat antibiotik tapi saya takut ubat itu tidak berkesan.Jika fungal itu masih berada di situ, adakah ia akan membahayakan diri saya? Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Jangkitan candida akan menyebabkan puan mengalami lendiran yang agak berbau busuk dan lendiran faraj itu berbentuk seperti susu basi dari faraj. Ia menyebabkan kegatalan pada faraj dan sekitar kemaluan. Ia berpunca kerana puan telah mengalami jangkitan fungal pada faraj yang disebut sebagai Vaginal Candidiasis, atau thrush, adalah disebabkan oleh fungus jenis Candida albicans. Lendiran …

Read More »

Ikat Peranakan boleh sebabkan menopause?

Assalamu’alaikum doc. Saya berusia 34 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 8 dan 5 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kesihatan saya. Saya telah menjalani proses mengikat peranakan (BTL) pada tahun 2010 kerana mempunyai risiko ketika melahirkan anak. Sebelum ini saya mempunyai kitaran haid yg baik & teratur setiap bulan. Soalan saya: 1- apakah risiko apabila sesorang wanita melakukan BTL? Adakah ia akan menyebabkan sesorang cepat menapause? 2-Jadual kitaran haid saya sepatutnya 1hb Okt namun sehingga kini saya belum didatangi haid & tiada simptom didatangi haid biasa saya hadapi seperti senggugut, kembung perut atau sakit di bahagian pinggang. 3-Sejak akhir-akhir …

Read More »

Pendarahan Pada Puting Payudara

“Assalamu alaikum, doctor. Saya berumur 28 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ini saya menyedari terdapat cecair yang keluar dari puting payudara saya. Apa yang memeranjatkan saya ialah cecair itu bercampur darah. Adakah ia tanda awal kanser payudara? Saya sangat takut doctor”   Wa alaikum mus salam. Saya menasihatkan saudari melakukan pemeriksaan doctor secepat mungkin. Jika saudari mahu kelesesaan, carilah doctor wanita muslimah yang berpengalaman. Semasa pemeriksaan doctor akan memastikan sama ada yang keluar dari puting itu air atau darah. Doktor akan memicit sekeliling puting dan melihat sama ada puting payudara puan berdarah lagi. Biasanya ia berpunca daripada jangkitan, atau kecederaan. …

Read More »

Jangan mudah berputus asa jika belum lagi hamil

Bagaimanakah kehidupan pasangan suami isteri tanpa anak? Kita sering dengar seseorang itu memberi jawapan ‘tiada rezeki’ apabila ditanya mengapa belum dikurniakan anak selepas beberapa tahun berkahwin. Sebaik-baiknya, ikhtiar dengan segera mendapatkan nasihat atau jalani pemeriksaan pakar sakit puan jika seorang wanita itu telah bawah 35 tahun ke atas dan masih gagal untuk hamil selepas enam bulan mencuba. Bagi wanita yang berusia 30an ke atas pula, tempuh masa selama setahun berkahwin sudah cukup untuk mereka menunggu dan segera mendapatkan rawatan. Hanya dengan cara menghadiri kaunseling dan pemeriksaan doctor, seseorang wanita akan mengetahui sama ada dirinya menghadapi masalah sukar hamil atau ketidaksuburan …

Read More »

Bolehkah bidan mendiagnosa “peranakan jatuh”?

“Assalamu alaikum, doktor.  Saya berumur 45 tahun dan mempunyai lima orang anak. Saya mengalami masalah apabila mengalami rasa tidak selesa di bahagian kemaluan seolah-olah peranakan saya mahu keluar. Bidang kampung yang mengurut saya mengatakan bahawa rahem saya telah jatuh. Saya sangat bimbang..”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami masalah yang puan hadapi. Sebenarnya yang dimaksudkan sebagai “Peranakan Jatuh” dikenali sebagai “prolaps uterus” hanya dapat disahkan dengan  pemeriksaan doctor. Ramai wanita yang mengalami masalah ini selepas bersalin. Oleh kerana ia hanya dalam tahap permulaan, ini tidak perlu dibimbangkan. Mungkin jika seorang wanita itu mengalami jatuh peranakan yang teruk, maka ia …

Read More »

Amalan mencuci faraj (Douching)

          “Salam doktor. Bolehkah saya mengamalkan  vaginal douching kerana saya mengalami keputihan yang melampau, sehingga berbau dan kegatalan. Jika tidak boleh, adakah ubat untuk membantu saya mengurangkan keputihan?”    Wa alaikum mus salam. Douching sudah menjadi amalan biasa kebanyakan wanita di Malaysia, kerana mereka tidak menyedari bahaya melakukan amalan ini.   Di Amerika Syarikat dianggarkan seramai 30% wanita di sana mengamalkan “vaginal douche” iaitu membasuh faraj dengan memasukkan air yang dicampurkan dengan ubat-ubatan herba, bahan kimia, atau cuka kerana merasakan ‘dia mereka kotor’.   Mereka mengalami perasaan ini apabila mengalami keputihan yang melampau, menyebabkan faraj mereka …

Read More »

Najis anak saya normal?

  “Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai anak lelaki berumur satu  tahun. Masalahnya setiap kali anak saya membuang air besar saya dapati najis anak saya berwarna coklat kehitaman. Sebelum ini najisnya berwarna kekuningan. Ini membuatkan saya risau”    Wa alaikum mus salam. Saya berharap puan tidak terlalu risau dengan warna najis anak puan dan harus lebih memantau keadaan kesihatan anak puan secara keseluruhan. Kebiasaannya jika anak puan boleh mengeluarkan najis berwarna coklat, hijau atau kuning gelap, ia adalah normal. Tidak perlu puan risaukan. Warna najis bergantung kepada makanan yang diberikan kepadanya. Walau bagaimana pun jika anak puan mengeluarkan warna merah, hitam …

Read More »

Pendarahan Haid yang banyak dan tidak menentu

  “Assalamu alaikum, saya  berusia 40 tahun dan ibu kepada lima orang anak. Saya amat risau kerana selepas melahirkan anak bongsu pada dua tahun lalu, haid saya semakin banyak dan berketul-ketul. Adakah ini bererti saya mengalami penyakit barah rahim? Untuk pengetahuan doktor, pemeriksaan pap smear saya pada tahun 2009 disahkan normal.”   Wa alaikum mus salam.   Cara terbaik bagi masalah puan yang mengalami masalah kitaran darah haid yang banyak atau menoragia dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan awal.   Doktor bertanyakan tentang sejarah perubatan puan sejarah keluarga, pekerjaan, sejarah aktiviti seksual, gangguan emosi, perubahan kitaran haid yang puan alami. …

Read More »

Buah belimbing untuk pesakit kencing kotor

    Buah bilimbing di kenali sebagai Star Fruit, atau Averrhoa Carambola, kaya dengan antioksida, mineral potassium, dan vitamin C. Ia mempunyai kandungan gula, mineral sodium dan asid yang kurang.   (rujuk: Shui G, Leong LP (2004). “Analysis of polyphenolic antoxidants in star fruit using liquid chromatography and mass spectrometry”. Journal of Chromatography 1022 (1–2): 67–75.)   Selain itu belimbing mampu membunuh kuman bakteria seperti Averrhoa E. coli, Klebsiella spp., Staphylococcus aureus, dan Pseudomonas aeruginosa. Kajian ini telah dilakukan oleh saintis Thailand pada 2002.   (rujuk: Sripanidkulchai B, Tattawasart U, Laupattarakasem P, Wongpanich V (2002). “Anti-inflammatory and bactericidal properties of …

Read More »

Pendarahan selepas haid

“Salam doktor. Saya mengalami pendarahan yang tidak banyak berwarna merah gelap, sebaik saja haid haid tamat selepas dua hari selama beberapa hari. Minggu lepas saya sudah pergi berjumpa doctor dan diberitahu bahawa saya mengalami perubahan hormon. Pemeriksaan UPT negatif, dan pemeriksaan ultrasound tidak menunjukkan saya hamil. Doktor itu memberikan “ubat henti darah”.  Apabila saya makan ubat itu, pendarahan berhenti. Selepas beberapa hari, pendarahan berlaku semula. Adakah saya keguguran?” Wa alaikum mus salam. Puan telah melakukan pemeriksaan UPT dan ultrasound dan menunjukkan bahawa puan tidak hamil. Jadi mustahil berlaku keguguran pada wanita yang tidak hamil. Darah yang keluar sebenarnya adalah darah …

Read More »

Lendiran kental dari kemaluan

Salam doctor, Saya telah mengamalkan EKF sejak bulan Januari 2013, dan menunjukkan perubahan positif. Kitaran haid saya lebih baik dan teratur.  Saya mempunyai satu pertanyaan. Kali terakhir saya mengalami haid pada 15/5/2013. Soalan saya ialah  pada 1 dan 2 Jun saya mendapati ada lendir yang kental dan panjang keluar dari faraj saya bersama dengan sejalur darah warna pink dan kemudiaannya coklat. Ia hanya berlaku selama 2 hari saja. Setelah sebulan berlaku, pada 9.6.2013, perkara yang sama berlaku  semula. Soalan saya adakah keadaan itu merbahaya kepada saya? Saya belum lagi pergi ke klinik untuk pemeriksaan.. Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum …

Read More »

Sakit pinggang selepas bius spinal anesthesia

    “Salam doktor. Saya melahirkan nak pada awal Februari lalu secara pembedahan Ceserean kerana extended breech presentation. Saya telah dibius secara spinal. Masalah saya adalah sehingga kini saya masih alami sakit belakang yang agak teruk. Ia menggangu tidur dan saya terpaksa meminta bantuan suami untuk duduk dari posisi baring. Ia berlaku sesekali. Saya harap dapat penjelasan doktor doctor. Terima kasih”   Ramai wanita yang telah melahirkan anak secara ceserean dan diberikan bius spinal, mengadu mengalami masalah yang sama seperti yang dicerita oleh wanita di atas.   Terasa sakit menyucuk-cucuk pada tempat yang disuntik dengan jarum bius spinal, hingga kadang …

Read More »

Adakah Ovarian Cyst Merbahaya?

 “Doktor adakah ovarian cyst merbahaya dan dianggap sebagai kanser?” Kehadiran cyst pada ovari setiap bulan adalah normal bagi semua wanita. Semua wanita yang sihat dan subur akan menghasilkan cyst pada ovary mereka. Ovarian cyst seperti ini disebut ‘functional ovarian cyst.’ Cyst ini mengandungi ovum atau telur/benih perempuan, dan cyst ini akan pecah untuk mengeluarkan ovum itu apabila mencapai saiz lebih kurang 20mm, atau 2cm diameter. Apabila ovum telah keluar dari ovarian cyst yang pecah ini, menyebabkan tiada lagi ovarian cyst. Pada kitaran haid yang berikutnya, ovarian cyst yang baru pula akan muncul, membesar dan mempunyai peranan yang sama . Secara …

Read More »

Kegatalan pada faraj (Candidiasis) harus segera dirawat kerana boleh menjangkiti suami

  “Doktor saya mengalami kegatalan yang kronik pada alat kelamin saya. Adakah ini jangkitan penyakit kelamin?”   “Sudah berapa lama berlaku dan adakah saudara sudah berkahwin?”   “Sudah doktor. Baru saja. Awal tahun ini kami bernikah.”   “Maaf bertanya. Saya tidak mengenali saudara, jadi jangan marah kalau saya bertanya dan tolong berterus terang. Pernah melakukan hubungan seksual dengan wanita-wanita lain selain isteri saudara?”   “Iskh, doktor ni. Mana saya pernah lakukan semua itu.”   “Saudara marah ke? Kalau marah dan tidak berterus terang, saya tidak boleh bantu..”   “Saya tidak marah tapi terkejut. Saya juga bimbang isteri saya menuduh perkara …

Read More »

Adakah cervical cysts merbahaya dan sebahagian kanser?

  “Salam. Kawan saya belom berkahwin. Pada tahun 2011 dia telah melakukan pembedahan buang cyst pada pangkal rahim. Sehingga sekarang dia merasa sakit pada luka pembedahan itu. Adakah ia normal dan sesuai tidak dia amalkan EKF ini?” Jawaban: Sebenarnya apa yang dimaksudkan cyst di pangkal rahem atau “cervical cysts” adalah kelompang yang mengandungi lendiran mucus yang berada pada pangkat rahem (cervix). Kadang kala ia disebut  “nabothian cyst”. Jawapan:  Ia bukan sebahagian dari kanser pangkal rahem. Cervical cysts selalunya dijumpai secara tidak sengaja ketika pemeriksaan pelvis.  Selalunya ia tidak memberikan tanda dan tidak memerlukan pembedahan yang major. Namun begitu jika terdapat …

Read More »

Apakah saya mengalami menopause?

  Assalamualikum, Dr. Zubaidi ,   Saya berumur 45 tahun dan belum berkahwin . Situasi saya pernah menjalani major operation sebanyak 3 kali berkaitan dgn perut iaitu endometriosis , hernia dan yg terakhir usus bocor pada penghujung tahun 2011. Sejak dari itu saya hanya didatangi haid pada Jan 2012 selepas itu pada bulan Mac , Jun 2012 dgn pengeluaran haid yg byk . Seterusnya bulan Sept jumlah yg sedikit , Nov 2012 terlalu sedikit saja . Sejak dari itu saya tidak didatangi haid sehingga skrg sedangkan sebelum pembedahan pada 2011 putaran haid saya adalah normal . Tidak pernah mengalami masalah sengugut. …

Read More »

PENDARAHAN SELEPAS HAID

PENDARAHAN SELEPAS HAID Salam doctor, saya ingin bertanyakan satu soalan. Saya adalah seorang pelajar luar negara. Saya mengalami pendarahan selepas haid hampir setiap bulan semenjak lima tahun yang lalu.Kebaisaannya pendarahan itu berlaku dalam tempoh dua tiga hari selepas saya habis haid dan belanjutan sehingga 5-7 hari. Saya sudah berjumpa doktor di negara yang saya belajar tetapi hanya mentertawakn saya dan katanya itu hanya ovulation spotting. Tetapi ape yang merungsingkan saya ialah cecair yang keluar itu agak lama, kadang-kadang berwaran hitam dan keluar dengan cecair seperti air kencing, kadang kala ia keluar bersama-sama dengann lendir yang terdapat darah tetapi tidak begitu …

Read More »

Bahaya menggunakan Sauna selepas bersenam

  “Assalamu alaikum. Saya nak tanya dan minta pendapat doktor. Saya sedang mulakan aktiviti jogging setiap hari.selepas  joging dlm 10 minutes sy akan sauna dalam gym.Bolehkah kita ber-sauna setiap hari.Mohon pendapat doctor,terima kasih doctor”.   Ramai orang yang berpendapat bahawa sauna boleh mengurangkan berat badan. Apatah lagi jika sauna dilakukan selepas senaman kardio yang mengeluarkan peluh. Sudah tentu mesin penimbang berat badan akan menunjukkan pengurangan yang mendadak.   Tetapi adakah kita benar-benar kehilangan berat badan? Adakah yang hilang itu hanya kandungan air dalam badan atau lapisan lemak?   Sauna sebenarnya boleh memberikan kebaikan dan boleh mendatangkan keburukan.   Bayangkan puan …

Read More »

RAHEM JATUH ATAU RAHEM TURUN (PROLAPS RAHEM)

RAHEM JATUH ATAU RAHEM TURUN (PROLAPS RAHEM)     Soalan : “Nenek saya berusia 70 tahun. Dia tidak mengalami penyakit kronik. Dalam beberapa bulan kebelakangan, beliau perasan ada ketulan keluar dari faraj. Mulanya kecil dan jika dia berbaring ketulan tersebut hilang. Ketulan ini lebih ketara semasa mencangkung untuk buang air besar tetapi tidak sakit. Masalahnya, kadang-kala dia berasa tidak selesa atau ngilu pada bahagian belakang. Mulanya, dia berasa amat malu untuk memberitahu kami masalah yang dialaminya. Dalam seminggu dua ini, ketulan tersebut tidak masuk semula ke dalam faraj. Ini membuatkan nenek berasa tidak selesa sebab ketulan itu berada di antara …

Read More »

Kesan Positif Kacip Fatimah terhadap PCOS

  “ Saya sudah mendirikan rumahtangga selama 8 bulan. Baru-baru ini saya disahkan mengidap policycstic ovarian disease pd kedua-dua belah ovary. Bolehkah saya dirawat?”     Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah penyakit hormon melibat sistem reproduktif wanita, kerap berlaku di kalangan wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka. Punca sebenarnya PCOS masih lagi tidak jelas, namun ramai pakar perubatan memberitahu bahawa penyakit PCOS ini berkaitan dengan penyakit keturunan yang bermula dari masalah genetic. (x-linked dominant). (Lihat: Clinical gynecologic endocrinology and infertility Speroff L, Fritz MA. 7th ed. Philadelphia: Lippincott Williams and Wilkins; 2004. pp. 470–83). Bagaimana diagnose PCOS diberikan …

Read More »

Merawat Jerawat dengan Pil Perancang

  “Sebagai  seorang gadis yang mengalami masalah jerawat, saya telah diberitahu oleh seorang kawan agar mengamalkan pil perancang. Persoalannya, saya belum berkahwin dan saya risau jika pil perancang akan menyebabkan saya mandul nanti. Apakah nasihat doktor?”.   JAWAPAN   Masalah jerawat disebabkan oleh pengeluaran sebum daripada kelenjar di kulit muka dan tubuh badan kita. Sebum ini akan menyekat liang roma. Liang roma yang tersumbat amat senang untuk dijangkiti bakteria. Ini menyebabkan proses keradangan dan seterusnya menjadi jerawat.   Pil perancang memang boleh membantu kerana pil ini akan mengurangkan penghasilan sebum. Pada masa sama, para doktor sering menyarankan agar pesakit menjaga …

Read More »

Pendarahan haid yang banyak

SAYA amat risau kerana selepas melahirkan anak bongsu pada dua tahun lalu, haid saya semakin banyak dan berketul-ketul. Adakah ini bererti saya mengalami penyakit barah rahim?   Dr Zubaidi: saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Masalah haid yang berpanjangan atau berlanjutan memang membimbangkan wanita Islam apabila tidak dapat bersolat dengan sempurna. Darah yang keluar melebihi tempuh 15 hari, dinamakan sebagai darah istihadah di mana puan harus soalat dan berpuasa, jika berada di bulan Ramadhan. Saya menasihatkan puan agar berjumpa dengan doctor untuk melakukan pemeriksaan. Keadaan puan dinamakan menoragia dan terdapat pelbagai punca. Di hospital selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan …

Read More »

Pendarahan selepas Pap smear

As salam Dr…saya telah berusia 37 tahun telah berkahwin selama 15 tahun. Saya telah pergi ke hospital dan telah membuat pap smear dan semasa prosedur tu terdapat darah dan luka di ‘os ‘apabila pap smear dilakukan dan dr telah melakukan ‘burn’di kawasan luka tersebut dan berhenti sekejap pendarahan itu.dan terus sambung kerja pada hari yang sama.malam itu pula terjadi pendarahan sehingga la sekarang apa tandatu dr …adakah kanser takut la saya ..tolong saya dr…Minta dijauhkan nauzubillah.. Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah puan. Namun janganlah terlalu memikirkan perkara yang belum berlaku kerana ia belum ditakdirkan. Ia akan menyebabkan puan berasa …

Read More »

Kesan Ketoconazole pada Wanita Hamil dan Menyusukan Anak

  As salam mu alaikum doktor, saya mengalami penyakit gatal dan telah mendapatkan rawatan dari doktor. Saya diberi ubat fungazol (ketoconazole 200mg).Masalahnya saya tidak sedar yang saya telah hamil 7 miggu kerana sering mengalami period yang tidak teratur. Adakah pengambilan ubat ini memberi kesan kepada kandungan saya.   Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Namun apa yang telah berlaku (puan mengambil ubat ketoconazole) tanpa menyedarinya  adalah suatu takdir, yang tidak dapat puan lakukan apa-apa lagi. Cuma saya mengharapkan puan banyak berdoa agar ia tidak memeberikan apa-apa kemudaratan pada anak yang puan hamilkan.   Ketoconazole sebenarnya dikategorikan dalam …

Read More »

Lapisan Endometrium dalam Rahem Menebal

  As salam mu alaikum doktor, saya baru melakukan proses D&C yang pertama pada 19/1/13 ketika usia kandungan 10 minggu. Namun begitu setelah 2 minggu darah masih keluar dan doctor telah melakukan D&C untuk kali ke 2 kerana doktor beritahu ada darah beku tidak keluar. Seminggu selepas itu saya datang untuk melakukan pemeriksaan ultrasound tapi doktor memberitahu bahawa rahem saya masih tebal. Apakah risiko yang akan saya hadapi dan bagaimana cara utk pulihkan rahim?     Wa alaikum mus salam.. Saya tertanya-tanya berapa ketebalan lapisan endometrium dalam rahem yang puan maksudkan. Ini kerana ketebalan lapisan endometrium dalam rahem yang normal …

Read More »

Peluang hamil selepas Tubectomy

“Assalammualaikum doctor, 6 tahun yang lalu saya telah melahirkan 3 cahaya mata hasil perkongsian saya bersama dengan bekas suami melalui pembedahan cesaerean, iaitu pada tahun 2004, 2005 dan 2006. Selepas itu doktor telah mengikat tali rahim (saluran fallopian) saya supaya tidak hamil lagi. Apakah saya mempunyai harapan untuk hamil semula? Ini kerana umur saya masih muda dalam lingkungan 30. Saya berhasrat untuk hamil dua orang cahaya mata lagi untuk bakal suami baru saya, biarpun saya tahu risikonya tinggi. Terima kasih.” Komplikasi Pembedahan Cesarean Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya telah membaca email puan dan bersimpati dengan masalah …

Read More »
error: Content is protected !!