Bahayakah pembedahan tukar lutut besi?

“Assalamu alaikum, doctor. Baru-baru ini ibu saya yang berumur 63 tahun yang telah mengalami sakit lutut yang lama (lebih 10 tahun) telah dinasihatkan oleh doctor untuk melakukan pembedahan lutut bagi menggantikan sendi lutut beliau rosak dan tidaak boleh dibengkokkan lagi. Saya sangat risau dan memohon pandangan doctor. Adakah pembedahan ini sesuai  untuk ibu saya?”

Wa alaikum mus salam.

Saya mengucapkan simpati atas ujian yang menimpa ibu saudara. Ini adalah satu ujian berat bagi beliau dan ganjaran bagi mereka yang telah berjaya diuji.

Sendi-sendi manusia di selaputi oleh tulang rawan pada permukaannya. Sendi juga diselaputi oleh selaput synovium dan mempunyai cecair synovium yang memudahkan pergerakan sendi.

Sendi boleh menjadi rosak disebabkan oleh penyakit seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis , avascular necrosis atau kecacatan dari lahir.

Kerosakan sendi ini menyebabkan kesakitan yang amat sangat sehingga pesakit tidak menggunakan sendi tersebut dan tidak sanggup untuk bergerak.

Doktor pakar orthopaedic  selalu menyarankan pesakit menukar sendi tersebut. Matlamat utama penukaran sendi besi adalah untuk mengurangkan sakit pada sendi yang rosak. Pemeriksaan fizikal , xray lutut dan beberapa ujian makmal dapat menentukan tahap sendi yang rosak.

Oleh itu penukaran sendi besi adalah rawatan terakhir jika pesakit masih mengalami sakit yang tidak dapat dikurangkan oleh kaedah ubat ubat penahan sakit atau fisioterapi.

Antara sendi yang biasa ditukarkan dengan sendi besi ialah sendi lutut , sendi pinggul , sendi bahu dan sendi siku. Sendi-sendi lain seperti sendi pergelangan kaki , sendi tangan dan sendi jari  belum lagi dapat dilakukan dengan baik.

Pesakit yang telah melakukan pembedahan penukaran sendi harus muka berjalan perlahan-lahan dan menggunakan sendi besi tersebut secepat mungkin selepas pembedahan. Kadang kala pesakit memerlukan bantuan tongkat dan sanak saudara membantu mereka untuk bergerak.

Selalunya mereka akan mengalami kesakitan disebabkan oleh penggunaan otot yang lemah dan lama tidak digunakan. Insya- ALLAH, lama kelamaan keadaan ini akan bertambah baik dengan latihan senaman selepas beberapa bulan.

Latihan senaman dan berjalan perlahan-lahan amat penting untuk mempercepatkan proses pemulihan.

Penukaran sendi besi pada warga tua boleh bertahan lebih dari sepuluh tahun. Ia akan memberikan kehidupan yang lebih baik kerena mereka tidak lagi merasa sakit dan boleh berjalan tanpa bantuan dari sanak saudara.

Wallahu a’lam.

 

 

 

 

Olivie Plus 30x adalah minyak zaitun asli extra virgin yang didatangkan khas dari Morocco.

Satu Sudu Olivie Plus 30x memberikan Tiga Puluh Kali Manfaat (antioksidan) berbanding minyak zaitun extra virgin biasa.

Analisis juga menunjukkan yang Olivie Plus 30x yang dikeluarkan oleh Atlas Olive Oils mempunyai kandungan yang kaya dengan polyphenols (polifenol) semulajadi dan secara spesifiknya Hydroxytyrosol yang mempunyai 30 kali ganda berbanding minyak zaitun extra virgin biasa. Ianya banyak memberi manfaat kesihatan dari segi luaran dan dalaman.

 

Boleh dapatkan Olivie Plus 30x di S I N I

Leave a Reply

error: Content is protected !!