“Doktor adakah ovarian cyst merbahaya dan dianggap sebagai kanser?”
Kehadiran cyst pada ovari setiap bulan adalah normal bagi semua wanita. Semua wanita yang sihat dan subur akan menghasilkan cyst pada ovary mereka.
Ovarian cyst seperti ini disebut ‘functional ovarian cyst.’ Cyst ini mengandungi ovum atau telur/benih perempuan, dan cyst ini akan pecah untuk mengeluarkan ovum itu apabila mencapai saiz lebih kurang 20mm, atau 2cm diameter.
Apabila ovum telah keluar dari ovarian cyst yang pecah ini, menyebabkan tiada lagi ovarian cyst. Pada kitaran haid yang berikutnya, ovarian cyst yang baru pula akan muncul, membesar dan mempunyai peranan yang sama .
Secara amnya, apabila saiz ovarian melebihi 20mm atau 2cm diameter dan tidak pecah, maka ia akan memberikan masalah.
“Adakah wanita yang memgalami ovarian cyst dapat dikenalpasti?”
Sebenarnya tiada tanda-tanda awal bagi seorang wanita yang menunjukkan seorang wanita itu mengalami ovarian cyst.
Apabila saiz ovarian cyst yang sangat besar dan pecah, boleh menyebabkan pesakit akan mengalami sakit perut yang kuat secara tiba-tiba, sehingga menyebabkan muntah dan mungkin pitam atau pengsan.
Jika ovarian cyst membesar secara perlahan-lahan, pesakit merasai dirinya menjadi ‘gemuk’ kerana pakaian yang biasa dipakai semakin ketat, atau berasa senak di bahagian bawah perut. Ada pesakit yang menyangka beliau hamil.
Apabila menjalani pemeriksaan ultrasound, baru diketahui bahawa pesakit mempunyai ovarian cyst.
Selalunya ovaraian cyst boleh datang bersama masalah kitaran haid yang tidak teratur, sakit ketika haid (senggugut) atau ketika melakukan hubungan kelamin. Namun ada juga pesakit yang tidak mengalami masalah ini, hanya masalah ovarian cyst saja.
Apabila saiz ovarian cyst membesar, ia memberikan tekanan pada pundi kencing sehingga menyebabkan pesakit rasa kerap untuk kencing atau mengalami masalah kencing yang tidak lawas (kencing berulang-ulang).
Setakat ini belum ada cara yang spesifik untuk mencegah pertumbuhan ovarian cyst. Namun ada beberapa kajian menunjukkan bahawa ovarian cyst yang kurang dari 30mm atau 3 cm diameter, boleh dirawat dengan baik apabila mengamalkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah.
Pesakit ovarian cyst digalakkan melakukan pemeriksaan ultrasound secara berkala, antara enam bulan atau setahun sekali bagi memantau saiz ovarian cyst itu.
Cara terbaik ialah berbincang dengan doctor pakar mengenai perubahan ini supaya rawatan susulan boleh dijalankan sewajarnya.
Selalunya doctor akan mencadangkan pembedahan laparoskopi iaitu pembedahan yang dilakukan tanpa memotong abdomen dengan luka yang besar.
Cukup dengan hanya melalui luka kecil pada pusat untuk memasukkan kamera dan dua lagi lubang kecil untuk memasukkan peralatan pembedahan.
Bagi mereka yang belum bersedia untuk melakukan pembedahan dan saiz ovarian cyst kurang dari 30mm, boleh mengamalkan Ekstrak Kacip Fatimah.
“Adakah ovarian cyst boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil?”
Ada beberapa jenis ovarian cyst yang menyebabkan seorang wanita sukar untuk hamil. Antaranya ialah ‘endometriosis’ dan ‘polycystic ovarian cyst’.
Saya ada menulis mengenai ”Cyst dan kesuburan” https://drzubaidi.com/blog/?p=2058
Dan “Cyst ketika Hamil”
https://drzubaidi.com/blog/?p=2065
Semoga ia dapat dimanfaatkan.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini
MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER
Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi
One comment
Pingback: Awas Wanita Kerap Kencing, Anda Mungkin Ada Ketumbuhan Ovari! | Amizah Azid