“Assalamu alaikum, doktor. Saya berumur 45 tahun dan mempunyai lima orang anak. Saya mengalami masalah apabila mengalami rasa tidak selesa di bahagian kemaluan seolah-olah peranakan saya mahu keluar. Bidang kampung yang mengurut saya mengatakan bahawa rahem saya telah jatuh. Saya sangat bimbang..”
Wa alaikum mus salam. Saya memahami masalah yang puan hadapi.
Sebenarnya yang dimaksudkan sebagai “Peranakan Jatuh” dikenali sebagai “prolaps uterus” hanya dapat disahkan dengan pemeriksaan doctor.
Ramai wanita yang mengalami masalah ini selepas bersalin. Oleh kerana ia hanya dalam tahap permulaan, ini tidak perlu dibimbangkan.
Mungkin jika seorang wanita itu mengalami jatuh peranakan yang teruk, maka ia dapat dilihat pada faraj, sebagai satu bentuk daging yang menonjol keluar dari pintu kemaluan.
Jadi mustahil jika seorang bidan dapat memberitahu seorang wanita mengalami masalah ini hanya dengan urutan di abdomen, tanpa melakukan pemeriksaan yang lebih sempurna.
Kejatuhan peranakan di peringkat awal hanya dapat didiagnosa oleh doctor dengan cara memasukkan jari ke faraj atau menggunakan alat speculum.
Masalah ini berlaku apabila otot dalam pelvis tidak lagi dapat kuat, selalunya berlaku pada wanita yang hamil banyak kali, hamil bayi bersaiz besar, batuk berpanjangan dan mempunyai pekerjaan mengangkat barang berat.
Untuk pengetahuan puan, ia tidak dapat dirawat dengan ubat-ubatan atau berurut.
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz