Pendarahan selepas Pap smear

pap_smear

As salam Dr…saya telah berusia 37 tahun telah berkahwin selama 15 tahun. Saya telah pergi ke hospital dan telah membuat pap smear dan semasa prosedur tu terdapat darah dan luka di ‘os ‘apabila pap smear dilakukan dan dr telah melakukan ‘burn’di kawasan luka tersebut dan berhenti sekejap pendarahan itu.dan terus sambung kerja pada hari yang sama.malam itu pula terjadi pendarahan sehingga la sekarang apa tandatu dr …adakah kanser takut la saya ..tolong saya dr…Minta dijauhkan nauzubillah..

Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah puan. Namun janganlah terlalu memikirkan perkara yang belum berlaku kerana ia belum ditakdirkan. Ia akan menyebabkan puan berasa susah hati. Banyaklah berdoa semua apa yang puan fikirkan itu tidak akan menjadi kenyataan.

Saya tidak menafikan bahawa pendarahan selepas melakukan Pap smear bukanlah suatu yang biasa berlaku. Apatah lagi jika pendarahan itu akan teruk sehingga terpaksa melakukan prosedur cauterization.

 

spatula
Namun begitu pendarahan boleh berlaku kerana ketika prosedur pap smear, sedikit sel diambil dari permukaan pangkal rahem menggunakan spatula plastik atau berus kecil.

Walau pun prosedur ini tidak sakit, namun pengambil sel secara scraping boleh menyebabkan pendarahan tetapi ia selalunya minimal dan berhenti dengan sendirinya.

Bagi wanita yang mengamalkan pil perancang kehamilan, pendarahan lebih mudah berlaku kerana pil-pil hormone itu menyebabkan pangkal rahem menjadi lebih lembut dan sensitive.

Ia juga boleh menandakan bahawa seorang wanita itu mengalami jangkitan penyakit kelamin, jika dia mengamalkan seks bebas dan selalu bertukar pasangan.

Antara jangkitan kuman itu ialah trichomonoiasis, chlamydia, atau gonorrhea, yang menyebabkan pangkal rahem menjadi lebih mudah berdarah.
Pendarahan di pangkal rahem juga boleh menandakan seseorang wanita itu mungkin mengalami kanser pangkal rahem (cervical cancer).

Namun nasihat saya ialah janganlah terlalu risau. Tunggu sehingga keputusan pap smear diberikan pada puan. Banyakkanlah berdoa dan bersedekah.

Buat masa sekarang anggaplah pendarahan itu disebabkan lukan kecil akibat pap smear.

Puan boleh email saya jika keputusan Pap smear puan telah keluar. Saya doakan keputusan puan nanti adalah NORMAL.

Wallahu a’lam.

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini

MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER

Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!