PERGERAKAN SPERMA MEMPENGARUHI PERSENYAWAAN YANG MENGHASILKAN JANIN
Sperma adalah benih lelaki yang bergerak (berenang) menuju benih perempuan (ovum). Oleh itu cara sperma berenang akan mempengaruhi sama ada persenyawaan akan berlaku atau tidak. Jadi bukan saja bilangan sperma yang sedikit menjadi masalah, tetapi juga pergerakan sperma juga amat penting.
Sperma boleh berenang ke hadapan, atau berenang secara lambat, atau berenang berpusing-pusing (tidak dalam garis lurus) atau tidak bergerak langsung. Hanya sperma yang bergerak ke hadapan dengan kadar yang laju saja akan dapat bertemu dengan ovum.
Oleh itu pergerakan sperma dapat dikelaskan kepada beberapa kategori.
Kelas A: sperma yang berenang ke hadapan dengan cepat dalam garis lurus seperti peluru berpandu.
Kelas B: sperma yang berenang ke hadapan tetapi dalam garis melengkung atau bergelombang.
Kelas C: sperma yang berenang ke hadapan dalam garis lurus tetapi perlahan.
Kelas D: sperma yang tidak bergerak sama sekali.
Sperma kelas B, C dan D adalah diklasifikasi sebagai sperma yang berkualiti rendah. Kelas D adalah kualiti sperma yang paling teruk.
Seorang lelaki mungkin menghasilkan semua kelas A dan B atau C atau D dalam pada masa yang sama. Walaupun menghasilkan sperma berkualiti kelas A, bilangan sperm akelas A ini haruslah sekurang-kurangnya 50% dari jumlah bilangan sperma yang ada.
Lelaki yang menghasilkan kurang dari 50% sperma berkualiti tinggi, juga sukar untuk menghamilkan isteri.
Istilah yang diberikan untuk masalah ini ialah asthenozoospermia iaitu jumlah sperma yang hidup dan bergerak secara aktif, dalam waktu 1 jam setelah ejakulasi kurang dari 50%.
Banyak punca bagi masalah ini. Buatlah pemeriksaan doctor bagi mengetahui puncanya.
Secara amnya kualiti sperma yang baik dikaitkan dengan gaya hidup yang baik, termasuk pengurusan stress, beriadah dan pengamalan makanan yang sihat yang mengandungi nutrisi yang tertentu.