Produk Pilihan

pergerakan sperma mempengaruhi persenyawaan

PERGERAKAN SPERMA MEMPENGARUHI PERSENYAWAAN YANG MENGHASILKAN JANIN     Sperma adalah benih lelaki yang bergerak (berenang) menuju benih perempuan (ovum). Oleh itu cara sperma berenang akan mempengaruhi sama ada persenyawaan akan berlaku atau tidak. Jadi bukan saja bilangan sperma yang sedikit menjadi masalah, tetapi juga pergerakan sperma juga amat penting. Sperma boleh berenang ke hadapan, atau berenang secara lambat, atau berenang berpusing-pusing (tidak dalam garis lurus) atau tidak bergerak langsung. Hanya sperma yang bergerak ke hadapan dengan kadar yang laju saja akan dapat bertemu dengan ovum. Oleh itu pergerakan sperma dapat dikelaskan kepada beberapa kategori. Kelas A: sperma yang berenang …

Read More »

Keletihan yang melampau

KELETIHAN YANG MELAMPAU   “Salam doktor, saya berumur awal 40an, dan telah melakukan pemeriksaan kesihatan. Doktor memberitahu saya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Namun yang menjadi tanda tanya, ialah saya mengalami masalah kepenatan dan keletihan yang luar biasa, walaupun saya hanya bekerja sebagai pengurus sebuah bank. Berat saya hanya 78kg dan tinggi saya 175cm. Saya rasa sering mengantuk, mudah lupa dan kerap rasa letih seperti baru lepas berman futsal. Mohon bantuan doktor untuk mengatasi masalah saya ini.”     WA ALAIKUM MUS SALAM.   Mungkin tuan mengalami masalah yang dinamakan ‘sindrom keletihan kronik’ atau Chronic Fatigue Syndrome (CFS). Ia adalah …

Read More »

CoQ10 Meningkatkan Tenaga

  SUPLEMEN CoQ10  MENINGKATKAN TENAGA    Jika mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk, mungkin kita kekurangan CoQ10 dalam tubuh kita. Coenzyme Q10 (juga disebut sebagai CoQ10 atau Q10 saja) adalah suplemen yang baik untuk mereka yang mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk. Salah satu kebaikan pengamalan suplemen CoQ10 adalah menghasilkan tenaga. Jantung adalah salah satu organ yang berkerja berterusan 24 jam tanpa berhenti. Jadi otot-otot jantung (myocardium) memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi dengan baik. Bekalan tenaga ini diberikan oleh “mitokondria” yang berada dalam sel-sel otot jantung. Tanpa bekalan tenaga yang mencukupi, jantung akan bekerja dengan tidak sempurna …

Read More »

PERLUKAH HENTIKAN PENGAMBILAN UBAT STATIN?

“Assalamualaikum Dr, Saya sudah 5 tahun lebih kurang ambil simvastatin 20mg. Pemeriksaan darah akhir saya bulan oktober 2015 bacaan cholesterol 5.3. Bolehkah saya terus berhenti ambil simvastatin ni dan gantikan dengan sakanjabeen. Tak bahaya? Terimakasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Simvastatin perlu diambil dalam jangka masa yang pendek kerana kesan sampingannya yang agak kuat. Ia tidak seharusnya diambil dalam jangka masa yang panjang atau untuk seumur hidup. Pengambilan simvastatin untuk jangka masa yang panjang hanya sesuai jika pesakit pernah mengalami sumbatan pada saluran darah koronari di jantung, atau pernah diserang sakit jantung; dalam masa yang sama mempunyai bacaan HDL yang rendah dan …

Read More »

Ekstrak Bawang Putih untuk turunkan kolestrole

EKSTRAK BAWANG PUTIH UNTUK TURUNKAN KOLESTROL   Kesan bawang putih pada metabolisme lipid telah dikaji dalam eksperimen yang menggunakan beberapa ekor tikus jantan yang diberikan makan diet yang mengandungi  15% lemak haiwan.  Ekstrak bawang putih telah ditambah pada kadar 2% daripada diet. Plasma glukosa  tidak diubah dalam kajian ini.   Setelah empat bulan, tikus yang diberi makan diet yang mengandungi  lemak haiwan didapati menunjukkan peningkatan tahap jumlah keseluruhan kolesterol (total cholestrole) dan peningkatan  tahap kolestrol jahat, (trigliceride) berbanding dengan tikus yang diberikan ekstrak bawang putih, walaupun mengambil diet yang sama.   Tikus yang diberikan ekstrak bawang putih didapati mengalami penurunan tahap …

Read More »

KESAN CAHAYA ULTRAVIOLET PADA KULIT

Kesan penuaan pada kulit muka adalah berpunca dari radiasi cahaya ultraviolet dan jumlah sel-sel melanin pada kulit seseorang yang semakin berkurangan. Kesan cahaya matahari juga boleh merosakkan DNA dalam sel-sel kulit secara lansung. Radiasi ultra ungu ini menyebabkan kerosakan pada kolagen kulit dan mengganggu penghasilannya dalam lapisan kulit. Walau bagaimana pun hal ini dapat dkurangkan jika seseorang itu mengambil anti oksidan yang boleh mencegah kesan penuaan kulit dan membantu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit seseorang. Ia harus diambil dalam bentuk pil dan sapuan.

Read More »

SUPLEMEN ANTIOKSIDA UNTUK KESIHATAN MUKA

  Pengambilan Vitamin C amat membantu mencegah masalah penuaan kulit akibat sinar matahari ini kerana Vitamin C adalah sejenis anti oksidan yang kuat. Ia melindungi sel-sel kulit dan tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang datang dari radiasi UV cahaya matahari.   Vitamin C juga membantu untuk mengaktifkan antioksidan yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E , Glutathion dan L Carnitine.   Apabila keanjalan kulit berkurangan, maka kulit akan menjadi berkedut, kusam, berjeragat, kendur dan kelihatan tua. Vitamin C membantu menjadikan kulit menjadi lebih licin, tegang , cerah, berseri, mengurangkan kesan –kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit akibat terdedah …

Read More »

MINUM AIR UNTUK KESIHATAN KULIT

Minum air secukupnya adalah satu faktor yang amat penting untuk mengekalkan keremajaan kulit. Semakin meningkat usia seseorang, semakin berkurangan kebolehan kulit untuk menyimpan air dan mengekalkan kelembapan. Walaupun kita bekerja dalam pejabat berhawa dingin, kehilangan air banyak berlaku akibat kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih mudah kering. Kesannya, kulit akan kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut serta bergaris halus yang lebih nyata. Minumlah air mineral yang akan membantu kesegaran kulit dan elakkan pengambilan air bersoda dan bergas. Kurangkan pengambilan kopi dan teh berlebihan yang menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering. Saya juga mencadangkan sapuan DOCLAB KOREAN AMPULES sebagai …

Read More »

KESAN RADIASI ULTRAVIOLET PADA KULIT

KESAN RADIASI ULTRAVIOLET PADA KULIT Bila berada di luar rumah, radiasi ultraviolet, mempengaruhi  kesihatan kulit wajah kita.   Kulit  berfungsi melindungi tubuh dari radiasi  UV.  Jika  kulit terdedah pada jangka masa yang lama, ia akan menyebabkan kulit tidak mempunyai daya tahan diserang penyakit, dan mempercepatkan proses penuaan.   Radiasi UV dari  cahaya matahari akan merosakkan kulit, akhirnya menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut.  Masalah penuaan kulit ini boleh dilihat sebagai kedutan, garis halus, kulit mengendur (sagging and laxity), tona kulit tidak sekata, masalah jeragat (pigmentasi), kulit kelihatan kasar dan berkuping, kulit menipis dan mengendur, kekeringan kulit, kedutan kasar (deep …

Read More »

HYALURONIC ACID SEBAGAI DANDANAN ASAS

HYALURONIC ACID SEBAGAI DANDANAN ASAS Dandanan muka yang sempurna bermula dengan  kulit yang sihat. Oleh itu, penting memilih produk penjagaan kulit yang tepat dan sesuai  untuk mendapat kulit wajah yang sihat adalah penting. Bagi wanita yang agak sibuk, dan tidak sempat menggunakan produk penjagaan kulit setiap hari secara berterusan, mereka perlu menggunakan produk yang sempurna dan sangat asas. Ini akan menjadikan kulit akan kelihatan, lebih sihat, lembut, kering dan tidak berjerawat, walaupun tidak menggunakan sebarang make-up. Saya mencangkan produk kecantikan yang mempunyai bahan  Hyaluronic Acid yang berfungsi secara efektif untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit, mencerahkan kulit dan mengurangkan kesan hitam …

Read More »

Hari terbaik untuk melakukan hubungan intim

Telur ovum tidak hidup lama, hanya 1-2 hari sahaja. Dan ALLAh hanya mencipta satu telur ovum dalam setiap kitaran haid. Sementara sperma pula hidup lebih lama antara 3-5 hari dan ALLAh mencipta berjuta-juta apabila dilepaskan ke dalam faraj isteri. Apabila seorang suami melakukan hubungan intim bersama isteri, pada masa 3 hari sebelum hari subur, atau 2 hari selepas hari subur, maka seorang isteri mem[unyai peluang yang cerah untuk hamil. Saya menasihatkan bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap selama 28 hari agar melakukan hubungan intim bersama suami pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 kitaran haid untuk …

Read More »

Cara menggunakan cuka kurma dam epal

      Banyak pertanyaan mengenai penggunaan cuka kurma dan epal, yang sedang laris dijual di pasaran. Saya menasihatkan agar berhati-hati terutama pesakit diabetis dan gastrik.   Ini kerana bahan utama dalam cuka kurma dan epal adalah ialah acetic acid  (CH3COOH) dan air.   Kurma dan epal yang manis mengandungi banyak glucose, fructose dan sucrose yang akan ditukarkan melalui proses penapaian menggunakan yeast atau bacteria untuk menjadi ethanol (sejenis alkohol) dan karbon dioksida.   Penapaian kali kedua dilakukan untuk menghasilkan acetic acid dari bahan ethanol ini.   Cuka yang bagus ialah cuka yang dihasilkan secara perlahan dan menjalani proses penapaian …

Read More »

Tongkat Ali Herba Lelaki Melayu

Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumia dalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia.   Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah,hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.   Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.   Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak(penggalak seks). Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap,disentri, bengkak, …

Read More »

Pembedahan ‘Knee Replacement Surgery’

Ramai di kalangan orang Melayu yang agak spektikal bila disebut ‘pembedahan ganti lutut’. Saya boleh faham perasaan sebegitu. Kita sanggup menderita menanggung kesakitan pada sendi lutut ketika sedang tidur daripada menjalani pembedahan. Pembedahan ganti lutut adalah pembedahan yang sangat mengerikan. Pada zaman sekarang, sakit sendi lutut bukan saja dialami oleh orang tua, tetapi juga orang muda yang aktif bersukan, wanita yang berumur dan individu yang obese. Penyakit lutut, yang dikenali sebagai osteoarthritis adalah penyakit degeneratif (penyakit akibat sendi semakin lusuh) yang melibatkan struktur dalam sendi iaitu tulang rawan cartilage dan ligament yang berada dalam sendi. Apabila tulang rawan cartilage semakin …

Read More »

Suplemen Glucosamine dan Chondroitin untuk pesakit arthritis lutut

Seorang rakan FB, seorang wanita berusia 50an mengadu bahawa dia mengalami alahan pada ubat penahan sakit NSAID. Dia sekarang mengalami sakit sendi lutut yang keterlaluan. Setiap pagi dia mengalami masalah untuk membengkokkan sendi lututnya. Doktor yang memeriksa beliau mengatakan beliau mengalami arthritis lutut, osteoarthritis (OA). Dia bertanyakan kepada saya tentang pilihan yang beliau ada untuk mengurangkan rasa sakit sendi lututnya setiap pagi. Penyakit osteoarthritis  selalunya berlaku akibat peningkatan umur. Oleh itu ia selalu disebut sebagai penyakit “degenerative”, dan mula dikesan apabila seseorang mengalami sakit (pada sendi atau pada tulang belakang), rasa sukar menggerakkan sendi (“stiff joints”) atau mengalami kecederaan sendi …

Read More »
error: Content is protected !!