BACAAN SEL DARAH MERAH TINGGI
Assalamualaikum doc yang dihormati. Saya skrg ditahan di hospital kerana sel darah putih mencecah 100 yang asal normalnya 8-10. Skrg untuk langkah seterusnya saya dinasihati untuk menjalani mengambil sumsum tulang untuk pastikan adakah saya menghidap kanser darah. Perasaan Saya sekarang buntu sedih kosong. Saya baru bersalin lapan bulan yang dan anak saya full bf.Tolong nasihatkan saya.
WALAIKUMUSALAM.
1. Saya percaya puan akan dirawat dengan baik di hospital.
2. Bacaan sel darah merah mencecah 100 ribu adalah bacaan yang agak tinggi. Sementara bacaan 100 sahaja adalah bacaan yang rendah.
3. Untuk pengesahan seseorang itu menghidap penyakit berkaitan darah (contohnya leukemia), doktor memerlukan beberapa bukti dari laporan makmal.
4. Namun cara terbaik ialah dengan memeriksa darah dalam tulang sum-sum itu sendiri.
5. Cuma jangan terlalu bersedih. Mungkin peningkatan selsel darah putih bersifat sementara akibat jangkitan kuman.
6.Saya cadangkan pun menjaga pemakanan dengan lebih baik. Kurangkan makanan yang berasaskan refined carbohydrate. Ambil banyak makanan yang mengandungi oemga 3, vitamin C dan E.
7. Berbincanglah dengan doktor pakar yang merawat untuk rawatan yang sempurna selepas keputusan diketahui.
8. Boleh mendapat nasihat dari beberapa doktor lain jika puan masih keliru dan tidak berpuashati dengan jawaban yang diberikan.
Semoga bermanfaat.
Mohon mengunjungi :
–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD
MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD