“Assalamu alaikum, saya berusia 40 tahun dan ibu kepada lima orang anak. Saya amat risau kerana selepas melahirkan anak bongsu pada dua tahun lalu, haid saya semakin banyak dan berketul-ketul. Adakah ini bererti saya mengalami penyakit barah rahim? Untuk pengetahuan doktor, pemeriksaan pap smear saya pada tahun 2009 disahkan normal.”
Wa alaikum mus salam.
Cara terbaik bagi masalah puan yang mengalami masalah kitaran darah haid yang banyak atau menoragia dinasihatkan berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan awal.
Doktor bertanyakan tentang sejarah perubatan puan sejarah keluarga, pekerjaan, sejarah aktiviti seksual, gangguan emosi, perubahan kitaran haid yang puan alami. Selepas ini doctor akan melakukan beberapapemerksaan dan ujian.
Oleh kerana puan kehilangan darah yang banyak, doctor akan melakukan ujian untuk memantau aras hemoglobin (sel darah merah) dalam badan. Jika terlalu rendah, mungkin puan akan dimasukkan darah secara intravenous.
Selain itu beberapa ujian lain yang menguji aras bebarapa hormone dalam darah dilakukan, termasuk ujian fungsi tiroid dan prolactin.
Doktor juga akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat imej sistem reproduksi puan seperti rahem dan ovary. Dengan ini doctor dapat mengesan jika terdapat masalah seperti fibroid serta ovari, dan dapat mengukur ketebalan dinding Rahim.
Bagi memantau penyakit barah rahem, wanita yang berusia lebih dari 40 tahun, mereka disyorkan menjalani ujian histeroskopi dan mengambil sampel pada dinding rahem.
Namun begitu kebanyakan pendarahan seperti ini hanya disebabkan oleh gangguan ketidak seimbangan hormone.
Selepas pemeriksaan dan ujian, barulah doctor dapat memberikan diagnosa yang tepat dan rawatan yang betul.
Apa sebenarnya berlaku?
Apabila wanita menjejaki usia melebihi 40 tahun, kelompang benih benih telur (folikel) tidak dapat membesar dengan baik untu mencapai peringkat ovulasi. Ini akan menyebabkan dinding rahem (endometrium) dirangsang terlalu lama dan menebal.
Apabila dinding dalam rahem (endometrium) terlalu tebal, ia akan luruh tanpa mengikut hari yang sepatutnya haid dan menyebakan kedatangan haid yang banyak.
Rawatan yang biasa diberikan untuk wanita berusia 40 tahun ke atas ialah rawatan yang memasukkan ubat hormone menggunakan alat yang dimasukkan rongga rahem (Mirena). Ia hanya sesuai untuk wanita yang tidak mahu hamil lagi kerana ia menyebabkan kemandulan tetapi sangat berkesan menghentikan pendarahan yang banyak.
Bagi golongan remaja, kaedah rawatan ialah menggunakan hormon pil pencegah kehamilan yang perlu diambil selama 21 hari. Pil ini juga boleh diambil dalam masa antara 4-6 bulan.
Lazimnya, jika tidak berkesan dan pesakit mengalami pendarahan yang banyak, doctor akan melakukan pembedahan histerektomi iaitu pembedahan pembuangan rahim.
Untuk membaiki kitaran haid, saya mencadangkan mengamalkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM.
Wallahu a’lam.
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah: