Hubungan intim selepas pembedahan Ceserean

“Assalam mu alaikum, doktor. Saya melahirkan anak enam bulan yang lepas secara pembedahan caesarean. Masalah saya ialah saya cuba mengelak setiap kali suami saya membuat permintaan melakukan hubungan intim. Ini kerana saya belum yakin dengan luka pembedahan yang saya alami. Bilakah luka pembedahan akan sembuh dan bilakah masa yang saya boleh melakukan hubungan intim bersama suami? Mohon pencerahan dari doctor”.

 

Wa alaikum mus salam.

Luka pembedahan caesarean biasanya akan sembuh antara sebulan dan dua bulan selepas melahirkan anak. Ini bergantung kepada individu. Wanita yang mempunyai tubuh badan yang besar dan berat badan yang berlebihan mengambil masa lebih lama untuk sembuh. Begitu juga jika wanita itu mengalami masalah kronik semasa hamil seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

 

Secara amnya lakukan hubungan intim bersama suami boleh dilakukan selepas 6-8 minggu selepas bersalin.

 

Namun begitu, sebagai muslimin hubungan intim antara suami dan isteri hanya boleh dilakukan setelah wanita itu telah habis tempuh nifas dan mandi wajib.

 

Jika permintaan suami puan tidak dapat dielakkan sebelum tempoh itu, puan boleh melayan kehendak syahwat suami tanpa melakukan persetubuhan.

 

Walau bagaimana pun, wanita yang baru melahirkan anak dan menyusukan bayi mereka, sering mengalami rasa keletihan kerana menguruskan bayi kecil pada waktu malam dan menyebabkan yang tidak cukup tidur.

 

Selain itu, mereka merasa bimbang luka caesarean akan terbuka atau berasa sakit.

 

Wanita yang menyusukan anak juga mengalami masalah kekeringan faraj kerana pengeluaran hormon prolaktin untuk penyusuan bayi.

 

Oleh itu, saya mencadangkan agar wanita mengambil posisi meniarap atau mengiring ketika melakukan hubungan intim dengan suami. Masalah kekeringan puan dapat dibantu buat sementara dengan penggunaan KY Jelly yang boleh dibeli dari farmasi.

 

Bagi mempercepatkan proses penyembuhan, saya juga mencadangkan agar wanita yang baru melahirkan sama ada secara normal atau pembedahan, mengamalkan pengambilan vitamin tambahan seperti kalsium, multi vitamin, vitamin E dan vitamin C.

 

Wallahu a’lam.

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!