Bolehkah Kelahiran Normal Selepas Pembedahan Cesarean?

cesarean

Ramai ibu yang hamil lebih suka menjalani kelahiran normal daripada kelahiran melalui proses pembedahan Cesarean. Oleh itu ramai yang tertanya-tanya apakah mereka boleh melahirkan anak secara normal, walaupun sebelum ini pernah menjalani pembedahan Caserean?

Pertanyaan kali ini datangnya dari seorang ibu yang menghadapi masalah yang serupa.

“Assalamualaikum doktor. Saya membaca artikel doktor mengenai pembedahan Caseraen, hanya ingin meminta pendapat. Anak pertama saya dilahirkan secara Caseraen kerana pintu rahim hanya buka 4 cm setelah 15 jam menunggu. Anak kedua juga lahir secara Caserean walaupun bukaan sudah 7cm disebabkan tahap Hb saya menurun kepada 4. Kedua-duanya dilakukan secara Emergency Caserean”

“Sekarang saya hamil anak ketiga (dah 8 weeks). Ada tak kebarangkalian saya bersalin secara normal?”

Saya tidak dapat memberikan jawapan sama ada ‘YA’ atau ‘TIDAK’. Ini kerana banyak faktor yang menyebabkan seseorang wanita itu terpaksa menjalani pembedahan Cesarean.

Ada keadaan di mana wanita itu terpaksa menjalani pembedahan itu walaupun dia boleh melahirkan secara normal. Sebagai contoh, bila anak di dalam kandungan berada dalam keadaan distress. Jika dibiarkan saja, anak itu boleh mati dalam kandungan. Maka pembedahan perlu dijalankan dengan segera walaupun wanita itu boleh melahirkannya secara normal.

Ada pula keadaan di mana wanita itu memang tidak boleh melahirkan anak secara normal untuk selama-lamanya. Jika dilakukan kelahiran normal, anak tidak dapat dilahirkan dan kemungkinan akan lemas ketika proses kelahiran. Sebagai contoh tulang punggung ibu yang kecil, menyebabkan faraj tidak boleh mengembang ketika proses kehamilan.

“Adik saya boleh melahirkan secara normal, tetapi saya pula terpaksa menjalani pembedahan Caserean. Mengapa?”

Kehamilan dan proses kelahiran adalah berbeza bagi setiap wanita. Ianya sukar diagak. Jadi walaupun kelahiran pertama memerlukan pembedahan Cesarean, tetapi kelahiran seterusnya mungkin tidak.

Jika kehamilan sekarang ini tidak mempunyai masalah dan kesihatan si ibu dalam keadaan baik, maka tidak ada masalah untuk mencuba melakukan kelahiran secara normal walaupun setelah menjalani pembedahan ceserean.

(Kelahiran yang normal ialah kelahiran bayi melalui saluran faraj tanpa dibantu dengan mana-mana perlatan forcep atau vacum).

Tiada seorang doktor boleh menjawabnya tanpa melihat rekod perubatan dan kelahiran wanita itu sebelum ini. Namun begitu saya boleh membantu memberikan beberapa panduan, bagaimana seseorang wanita itu boleh mencuba melakukan proses kelahiran secara normal walaupun sebelum ini menjalani pembedahan Casarean.

Namun sebelum itu berbincanglah dengan doktor yang merawat. Bertanyakan hasrat untuk mencuba kelahiran secara normal dan doktor akan memberikan nasihat.

Ramai doktor tidak mahu mengambil risiko, dan meneruskan saja proses kelahiran melalui pembedahan Caserean. Namun ada juga doktor yang cuba menunaikan permintaan wanita yang hamil, namun jika dalam proses kelahiran normal itu menghadapi masalah, pesakit akan ditolak ke bilik bedah untuk melakukan pembedahan Caserean.

Kejayaan melahirkan anak secara normal selepas pembedahan Cesarean bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya ialah :

  1. Pembedahan Cesarean yang terdahulu bukan disebabkan oleh masalah proses kelahiran yang lambat akibat rahem tidak mengecut.(dystocia)
  2. Kehamilan sekarang bukanlah mempunyai masalah yang sama dengan kelahiran yang lalu yang memerlukan pembedahan Cesarean (contohnya posisi songsang –kaki keluar dahulu)
  3. Pernah melakukan proses kelahiran secara normal sebelum ini
  4. Proses kelahiran kali ini telah bermula dan rahem mula mengecut dengan baik dan pangkal rahem untuk jalan kelahiran mula membuka.
  5. Ibu yang hamil berumur kurang dari 35 tahun

Sebagaimana yang saya terangkan, dalam tempuh percubaaan ini, doktor boleh menghentikan proses kelahiran secara normal ini dan melakukan pembedahan Cesarean jika doktor mendapati proses kelahiran secara normal ini membahayakan nyawa ibu atau anak.

”Tetapi mengapa doktor yang merawat saya kata saya tidak boleh lahir secara normal, sedangkan saya belum mencuba untuk kelahiran normal?”

Seperti mana yang saya terangkan juga, ramai doktor yang tidak mahu mengambil risiko. Doktor boleh menolak permintaan ibu yang hamil untuk melakukan kelahiran biasa jika merasakan ’percubaan’ untuk melahirkan secara normal mungkin membahayakan nyawa ibu dan anak.

Antara sebab permintaan itu ditolak ialah:

  1. Pembedahan Cesarean yang lepas disebabkan oleh percubaan melakukan proses kelahiran normal akibat rahem tidak mengecut. Keadaan ini dinamakan dystocia.
  2. Wanita hamil itu terlalu obese.
  3. Wanita itu berumur lebih 35 tahun
  4. Saiz bayi dalam kandungan yang besar melebihi 4.0kg
  5. Kehamilan melebihi 40 minggu

Sebenarnya banyak lagi sebab doktor tidak membenarkan mencuba kelahiran normal. Oleh itu berbincanglah dengan doktor yang merawat dan mintalah pandangan yang jujur dan terbuka.

Allahu a’lam.

Susunan Dr Zubaidi Hj Ahmad (010211)

16 comments

  1. Rezali bin Hj Abu Samah

    Assalammualaikum Dr, saya en Rezali dari Melaka. untuk pengetahuan Dr, Saya telah mempunyai 3 anak lelaki dan kesemuanya dilahairkan melalui prosedur Ceacerian.Kini isteri saya hamil lagi dan akan melalui prosedur yg serupa. soalan saya bolehkah isteri saya menjalani prosedur yang serupa pada usia kandungan 36 minggu. adakah ia berisiko. untuk pengetahuan Dr jika ia dilahirkan 36 minggu akan bersamaan tarikh lahir saya. Terima Kasih

  2. Rudiah Md Hanafiah

    Assalamualaikum Dr,

    Saya telah melahirkan anak secara cesarian pada Nov 2009 atas faktor ketinggian saya cuma 139cm dan berat baby pula 3.10 kg. Soalan saya, bolehkan saya melahirkan anak kedua pada Aug 2011 ini secara normal? Betulkan jika tinggi bwh 152cm mmg akan kena melahirkan anak secara cesarian?

    Sekian, terima kasih.

  3. Assalammualaikum Dr,
    Saya telah melahirkan anak saya yg sulung caeserian pd Mac 2010 selepas 8 jam menunggu selepas doc memecahkan air ketuban dan doc mengatakan kepala anak saya tak turun2..time doc seluk tangan untuk check bukaan,dia tak rasa lg kepala baby..so atas sbb tu saya dibedah.tp semasa pembedahan,doc mengatakan rahim saya tak kecut and saya byk tumpah darah..so saya nak tanya,adakah punca sebenar saya dibedah disebabkan oleh dystocia ataupun mmg disebabkan kepala baby tak turun2 coz at the first place saya tak dimaklumkan oleh doc yg saya akn dibedah atas sbb dystocia?sbb setelah saya baca artikel doc diatas,klu pembedahan dilakukan kerana disbbkan oleh dystocia,so utk kandungan kedua mungkin doc tak galakkan b’salin normal..

    sekian,terima kasih

  4. Salam Dr.

    Untuk pengetahuan Dr. saya mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan yang kedua-duanya dilahirkan secara ceasarian dan kini isteri saya mengandung anak ke 3 dan kandungan berusia 4 bln. Soalan saya bolehkan isteri saya bersalin secara normal untuk kelahiran ke-3 ini. Soalan seterusnya benarkan pendapat yang mengatakan jika telah menjalani proses kelahiran secara ceasarian sebanyak 3 kali, seseorang wanita itu tidak boleh hamil lagi…?

  5. Assalamualaikum Dr….

    Saya ingin merafa’kan kesyukuran kepada Allah kerana memberikan peluang yang amat bernilai kepada saya iaitu peluang melahirkan anak keempat dan ke dua secara normal setelah melahirkan dua orang anak secara caeserian.Anak sulung lahir secara ceasarian pada 28 jan 2004,anak ke dua secara normal pada 24 Jun 2005,anak ketiga secara cesarian pada 27 Julai 2007 dan alhamdulillah anak keempat secara normal pada 19 Mac 2010.Terima kasih kepada doktor Siti Fatimah yang banyak memberikan sokongan moral dan doa.Soalan saya,sekiranya saya hamil anak ke lima,adakah doktor akan bagi peluang untuk melahirkan secara normal sedangkan anak keempat dulu doktor telah berikan tarikh bedah 2 minggu awal,alhamdulillah saya melahirkan anak keempat dengan izin Allah 3 hari lebih awal daripada tarikh bedah?

    • Salam Ummu, 1st terima kasih coz sudi berkongsi pengalaman kt sini..dh lama sy nk cari org yg ada pengalaman dpt bersalin normal slps 2 kali ceaserian..nk tnya kt ummu berat bby anak yg ke4 tu lahir brpa kg ye? sy dh mempunyai 2 org anak lelaki lahir secara ceaserian then nk sgt klu bleh bersalin normal tuk anak ke3, tpi setakat ni tanya ngn dktr, kwn2, semua ckp klu dh buat ceaserian sbnyk 2x, utk kelahiran seterusnya mesti ceaser jg..n then bleh brsalin smpi 3org je..bleh tk sy nk tau lbih bnyk pengalaman ummu msa mengandung anak ke4 tu..tq.

    • sy tumpang syukur n gembira,sy harap sgt sy dpt bsalin normal kali ini krn situasi kita sama,anak ptama saya lahir ceaser, ke2 scr normal, ke3 ceaser,skrg sy hamil anak ke4 8mggu, besarnya harapan n doa sy kpd Allah utk lahirkan anak ini secara normal, sempurna n selamat..

  6. salam,
    sekarang saya hamil pada usia kandungan 34/52.. kalau boleh saya nak bersalin secara normal.. saya nak tanya pada usia kandungan sekarang bolehkah saya baby bergerak sebelum usia kandungan 36/52 dalam posisi cephalic??

  7. salam, saya melahirkan ank ke2 secara pembedahan pada bln mei 2010, sekarang saya disahkan mengandung ank ke3, saya risau apakah risiko kalu sy mengandung sebab menurut org kata, kalu bersalin secara pembedahan kena tgu 3 thn baru boleh mengandung balik..jadi saya serba salah nak meneruskan kandungan ini…

    • salam….

      Saudari Nurliana,terimala anugerah daripada Allah itu…apa yang diberikan adalah terbaik untuk kita…saya juga pernah mengalami pengalaman semasa mengandungkan anak ke 2 walaupun baru 6 bulan melahirkan anak pertama secara penbedahan…alhamdulillah dengan nasihat doktor selamat saya melahirkan anak ke 2 secara normal.

  8. saya bersalin kedua-anak saya melalui kaedah pembedahan,untuk kandungan anak ketiga nanti,belehkah saya hendak bersalin melalui pembedahan lagi?

  9. salam,saya telah melahirkan anak pertama saya pada 12/7/2010 secara ceaserean, kerana doktor telah mengesahkan kandungan saya mengalami masalah oligohydroamniaos(kekurangan cecair amniotik).ketika itu kandungan berusia 34 minggu. jadi bolehkah saya melahirkan anak yang seterusnya secara normal. apakah risikonya?

  10. salam doktor..saya nak bertanya..sekarang saya mengandung buat kali kedua dan untuk kandungan kali ini adala bayi kembar. semasa kelahiran anak pertama saya bersalin secara caserean, anak pertama lahir pada 25.9.2010.Untuk kandungan kali ini due adalah 3.9.2012. Bolehkah saya lahirkan bayi kembar ini secara normal @ akan caserean sekali lagi kerana bayi kembar?

  11. assalamualaikum Dr,
    buat pengetahuan Dr sy telah melahirkan anak sulung sy secara caesarean pada 10 Ogos 2011 & sebab yg dinyatakan adalah ‘slow progress’.sebenarnya pd 9hb ogos pd pukul lebih kurang 11.50pg air ketuban sy telah pecah dirumah & suami terus brgegas menghantar sy ke hospital selepas itu walaupun sy tidak merasa sakit sedikitpun.sampai di hospital & selepas membuat pemeriksaan doktor katakan bahawa jalan telah buka 3cm & doktor sudah dpt merasakan rambut & kepala bayi selepas itu sy terus di masok kan ke dlm labour room & sy masih tidak merasa sebarang kesakitan pun.sy dimasuk kan ubat utk mempercepatkan pembukaan jalan,pada jam 6.30ptg perut sy mulai sakit & spt yg disebut² mungkin itu contraction kerana ia berlaku lebih kurang 5-10 minit sekali..tetapi pintu rahim sy masih terbuka 3cm masa itu sehingga lah saya diberikan sekali lagi ubat itu pada jam pebih kurang 8mlm..selepas itu perut sy makin memulas ttp kontaksinya tidak teratur.sehingga ke 12mlm pintu rahim sy masih terbuka 3cm tp sakitnya makin menjadi²..akhirnya pada jam 2pg doktor membuat keputusan utk melakukan caesarean ke atas saya & sy diberikan ubat bius separuh badan ketika itu.semasa pembedahan doktor memberitahu bahawa bayi saya sudah terbelit tali pusat.soalan saya doktor:
    i)adakah perut sy sakit disebabkan ubat yg diberikan?
    ii)bayi sy terbelit tali pusat,memang tidak ada cara ke utk mengetahui perkembangan & keadaan bayi dlm kandungan ketika itu?
    iii)mengapakah pintu rahim sy masih tidak terbuka selepas lebih 12 jam air ketuban pecah?
    iv)pada pengetahuan doktor,berdasarkan kejadian silam sy ini bolehkah sy bersalin secara normal selepas ini?
    v)perlukah sy segera ke hospital apabila air ketuban sy telah pecah?
    vi)bolehkah sy mengambil suntikan epidural utk melahirkan anak secara normal & apakah risikonya?

  12. akum, Saya siti nuralia mempunyai anak 6 org 4 orang c-zer dan 2 normaladakah kehamilan yang kelima memudaratkan kesihatan saya dan bayi dlm kandungan dan apa risiko untuk kehamilan yang ke tujuh ini?

    Sekian

  13. salam;

    saya ingin sekadar berkongsi pengalaman. saya melahirkan anak sulung pd julai 2008 melalui kaedah czerian di hosp kerajaan kerana heart beat bb semakin slow dan bb telah berak didalam. setelah anak berusia 4bulan, sekali lagi sy hamil dan anak kedua lahir pada bulan june 2009 dgn perbezaan pertama dan kedua 11 bulan 1 minggu. alhamdulillah, sy berjaya melahirkan anak kedua secara normal.

    selepas kehamilan yg rapat, sy merancang menggunakan iud dan skang, sy sedang berusaha mencuba utk hamil kali ke3 setelah hampir setahun iud dibuka.

Leave a Reply

error: Content is protected !!