ADAKAH CYST SAYA BOLEH BERTUKAR MENJADI KANSER?

“Salam, doktor. Saya berusia 22 tahun dan belum berkahwin. Saya telah menjalani pemeriksaan pada bahagian pelvis, ujian darah dan juga imbasan ultrabunyi (ultrasound) abdomen. Doktor memberitahu yang saya mempunyai ovarian cyst. Adakah cyst ini bahaya ? Mohon pencerahan”.

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Puan jangan terlalu bimbang.

 

Ovarian cyst atau bahasa kita disebut sista pada ovari adalah gelembung yang mengandungi cecair pada kilang ovari. Ramai yang menyangka ia adalah kanser ovari. Sebenarnya tidak.
Kebanyakan ovarian cyst ini bukanlah ketumbuhan kanser. Berita yang menggembirakan hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan.

 

Walau bagaimanapun, sebahagian daripada ovarian cyst memerlukan rawatan kerana tidak hilang dengan sendirinya. Malahan, terdapat beberapa kes terpencil yang telah berlaku ovarian cyst boleh bertukar menjadi kanser.

 

Biasanya ovarian cyst tidak menimbulkan gejala. Antara gejala yang biasa adalah berasa sesak atau bengkak dalam abdomen dan berat badan boleh bertambah.

 

Terdapat sebahagian penghidap mengalami gejala seperti:

1. Sakit pada sebelah kanan atau kiri atau di kedua-dua belah pelvis dan
2. Merasa sakit semasa hubungan intim.
3. Kitaran haid yang tidak menentu
4. Ada yang mengalami masalah pertumbuhan bulu roma yang agak banyak sama ada di lengan, betis dan muka.

 

Bagi penghidap yang mempunyai ovarian cyst yang besar mungkin berisiko mengalami gejala sakit teruk yang mencucuk dalam abdomen, demam, adakalanya disertai muntah. Ini mungkin disebabkan oleh ovarian cyst yang telah pecah dalam abdomen.

 

Jika ini berlaku, saya menasihatkan puan agar segera ke Jabatan Kecemasan di mana-mana hospital untuk mendapatkan rawatan.

 

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!