ADAKAH PEMERIKSAAN ULTRASOUND UNTUK KEHAMILAN SELAMAT?
“Salam. Saya selalu ke klinik untuk membuat pemeriksaan untuk kehamilan saya. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound, setiap kali saya ke sana. Adakah pemeriksaan ultrasound itu bahaya?”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Pemeriksaan ultrasound telah digunakan dalam pemeriksaan ibu hamil beberapa dekad, dan sehingga tiada bukti yang mendapati pemeriksaan ini boleh menyebabkan kecacatan atau komplikasi kehamilan.
Banyak kajian yang menunjukkan pemeriksaan ultrasound boleh menyebabkan pertambahan atau pengurang berat badan, kanser pada kanak-kanak, masalah disleksia atau pendengaran.
Secara peribadi saya berpendapat pemeriksaan ultrasound harus dilakukan oleh seorang doktor yang berpengalaman dan menggunakan mesin ultrasound yang baik.
Ini kerana tidak semua doktor dapat melakukan pemeriksaan dengan baik, terutamanya dalam kes yang agak kompleks, apatalah lagi jika menggunakan mesin ultrasound yang “ketinggalan zaman”.
Ini akan mendatangkan kekeliruan pada pesakit kerana pengendali ultrasound yang tidak berpengalaman mungkin tidak dapat menilai imej imbasan yang dilihatnya.
Tidak hairanlah jika adainsiden di mana satu kehamilan diperiksa dan mendapati bayi dalam kandungan adalah lelaki, tetapi apabila dilahirkan ia adalah seorang bayi perempuan.
Saya mencadangkan jika ada sebarang kekeliruan, dapatkan pemeriksaan semula dari doktor lain yang lebih berpengalaman dan menggunakan mesin ultrasound yang lebih baik.
Saya juga berpendapat bahawa pemeriksaan ultrasound semasa hamil hanya dilakukan jika HANYA PERLU, atas sebab perubatan yang jelas bagi memastikan bayi dalam rahem berada dalam keadaan yang sihat.
Wallahu a’lam.
[IKLAN]
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah: