MINUM TEH BOLEH MENINGKATKAN ANEMIA? “Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya mengalami anemia, tahap Hb saya 10.5 dan saya tidak hamil. Doktor tidak membenarkan saya minum teh secara berlebihan. Bolehkan minum the menyebabkan masalah anemia saya menjadi lebih teruk. Terima kasih, doctor” Kebanyakan masalah anemia adalah disebabkan kekurangan zat besi. Zat besi adalah penting bagi pembentukan haemoglobin yang berfungsi memegang oksigen dalam sel darah merah. Tahap haemoglobin yang rendah akan menyebabkan pesakit menjadi cepat letih dan wajah menjadi pucat. Dalam minuman teh ada sebatian tannin yang bersifat antioksida berpotensi memberikan manfaat kesihatan jantung dan mencegah kanser. Namun tannin juga mengganggu proses penyerapan …
Read More »Wanita
GARAM MUSUH DALAM SELIMUT
GARAM MUSUH DALAM SELIMUT FB LIVE 14 DEC 2020 GARAM (MINERAL) ADALAH SEBAHAGIAN DARI NUTRIEN Makanan kita terbahagi kepada dua kumpulan besar, iaitu makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien adalah protein, lemak dan karbohidrat. Tugas besar mereka adalah menyediakan bekalan tenaga. Selain itu makronutrien seperti protein juga membekalkan bahan untuk pembinaan struktur dalam tubuh. Micronutrients pula terdiri dari vitamin, enzim, antioksida dan mineral. Ia dinamakan mikronutrien kerana kita tidak nampak mikronutrien ini dengan mata kasar, tidak seperti mana kita mengambil nasi (karbohidrat), minyak (lemak) dan daging (protein). MakronutrienKarbohidrat, Lemak dan Protein. Air juga dianggap sebagai makronutrienMikronutrienMineral, Vitamin, Antioksida dan Enzim Mikronutrien berada …
Read More »TEKNIK MEMASAK BOLEH MENINGKATKAN KALORI DALAM MAKANAN
TEKNIK MEMASAK BOLEH MENINGKATKAN KALORI DALAM MAKANAN Ketika menjalani diet yang ketat, kita cuba memilih makanan yang tidak mengandungi kalori yang terlalu tinggi. Tetapi kita mungkin tidak tahu bahawa proses memasak yang kita lakukan boleh mempengaruhi jumlah kalori makanan kita? Apakah teknik memasak yang akan membuat kalori makanan menjadi tinggi? Apakah semua makanan yang dimasak akan mengalami peningkatan kalori? Teknik memasak boleh menyebabkan lebih banyak kalori makanan. Sebagai contoh, dalam 100 gram ayam mentah, terdapat 120 kalori manakala kalori dalam daging yang telah siap untuk dimakan boleh meningkat sehingga 300 kalori bergantung pada teknik memasak, sama ada dengan cara menggoreng, …
Read More »BERAPA TINGGI ANAK KITA BILA DEWASA?
BERAPA TINGGI ANAK KITA BILA DEWASA? Tiada cara yang terbukti bagi menganggarkan ketinggian anak kita apabila mereka besar nanti. Namun ada beberapa formula yang boleh digunakan sebagai panduan yang diberikan oleh pakar paediatrik dari Amerika Syarikat, Dr Jay L. Hoecker. Cara pertama: • Tambahkan ketinggian ibu dan ayah dalam sentimeter. • Tambahkan 13 sentimeter (anak lelaki) dan kurangkan 13 sentimeter (anak perempuan). • Bahagi dua untuk mendapat anggaran ketinggian anak kita bila dewasa. Cara lain adalah dengan menggandakan dua kali ketinggian anak kita pada usia dua tahun (jika lelaki) atau pada usia 18 bulan (jika perempuan). Walau bagaimanapun, kita kena …
Read More »DOKTOR, MANA YANG LEBIH BAIK ‘WHOLE GRAIN’ ATAU ‘MULTIGRAIN’?
DOKTOR, MANA YANG LEBIH BAIK ‘WHOLE GRAIN’ ATAU ‘MULTIGRAIN’? Assalamualaikum. Doktor saya keliru dengan perkataan “Whole Grain” dan “Multigrain”. Makanan yang manakah lebih baik? Adakah yang dilabelkan sebagai “whole grain” atau “multi grain”. Terima kasih. Walaikumusalam. Perkataan “Multigrain” dan “whole grain” adalah dua perkataan yang berbeza. Biasa kita baca dalam pek makanan yang kita beli di pasaraya terutama di bahagian ‘makanan yang sihat’. Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza. Whole grain bermakna makanan kita mengalami pemprosesan yang minima. Ia masih lagi mengandungi kesemua bahagian dalam bijiran seperti ‘bran, germ dan endosperm’. Contohnya beras rebus (parboiled rice). Ia adalah pilihan …
Read More »PERLUKAH SAYA MEMBERIKAN ANAK SAYA SUPLEMEN MULTI VITAMIN?
Kanak-kanak tidak memerlukan pengambilan sebarang suplemen vitamin termasuk multivitamin untuk tumbesaran, jika mereka mendapat cukup nutrien dari makanan yang mereka makan. Ini kerana makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan (sayur-sayuran dan buah-buahan) menyediakan sumber nutrient yang terbaik dan semulajadi termasuk vitamin dan mineral. Namun begitu untuk menyediakan tubuh anak kita dengan sistem immuniti yang kuat, mereka harus mendapatkan nutrient yang mencukupi, terutama kanak-kanak yang terlalu memilih makanan seperti tidak suka memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Untuk makluman, kebanyakan nutrient yang membantu membangunkan sistem immuniti, diperolehi dari makanan yang kita makan terutamanya dari sumber tumbuh-tumbuhan. Jadi mereka mungkin memerlukan sedikit nutrient (terutamanya vitamin dan …
Read More »BILA MADU BOLEH MENJADI RACUN?
BILA MADU BOLEH MENJADI RACUN? Madu mempunyai kandungan air, antara 10-20%. Dalam madu yang tulen juga terdapat bakteria baik yang boleh melakukan proses penapaian (fermentasi). Saya mencadangkan agar madu tidak disimpan dalam petisejuk. Jika terlalu banyak air dalam madu, ia menyebabkan madu akan tersejat dan gula dalam madu (fruktosa dan glukosa) akan mendak. Pemendakan ini menyebabkan madu kelihatannya seperti ada dua lapisan cecair. Jika hendak disimpan, letakkan dalam bahagian yang kurang sejuk. Contohnya di bahagian paling bawah di mana kita menyimpan sayur-sayuran. Oleh itu ia harus disimpan di tempat yang kering dan tidak terlalu panas. Ramai yang bimbang proses fermentasi …
Read More »KITA RESAH KETIKA DIUJI?
Kita sentiasa menghadapi dugaan dalam kehidupan kita dan ia tidak akan pergi dengan mudah kerana setiap manusia yang hidup akan diduga. Kita tidak mampu menentukan dan mengawal apa yang bakal terjadi pada peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita. Sebagai hambaNYA, apa yang perlu kita lakukan? 1. Percayalah kita mampu mengubah CARA kita menghadapi dugaan itu. Terima takdir yang ditetapkan ALLAH dengan hati yang terbuka. Ingatlah ianya adalah dugaan yang telah dijanjikan untuk setiap manusia. Ini bahagian kita. Dugaan ini adalah dugaan yang bersesuaian dengan kemampuan kita. Jadi kita mampu menghdapinya. Ada orang yang menerima dugaan yang lebih besar kerana mereka …
Read More »SUP AYAM SANGAT BAIK UNTUK PESAKIT DEMAM SELSEMA
SUP AYAM SANGAT BAIK UNTUK PESAKIT DEMAM SELSEMA . . Sup ayam yang panas adalah hidangan yang boleh dibuat dengan mudah di rumah dan sangat baik diberikan kepada anak yang mengalami demam dan selsema. . Saya mencadangkan agar tidak perlu gunakan minyak untuk menumis bahan-bahan tumisan. Hanya masukkan bahan tumisan dalam air yang medidih dalam periuk, bersama ayam yang telah dipotong dan herba-herba yang lain. Potongan daging ayam sendiri akan menghasilkan minyak yang berkhasiat di dalam sup itu. . Dalam 2000, para saintis di University of Nebraska Medical Center mengkaji kesan tindakbalas sup ayam kepada kesan keradangan (inflammatory response). Mereka …
Read More »BAHAYAKAH POLIP?
Polip adalah ketumbuhan abnormal yang boleh berlaku di mana saja dalam tubuh kita. Ia boleh tumbuh sendiri atau berkelompok. Ada beberapa polip yang tidak bahaya dan ada juga yang bersifat ganas, dan boleh berubah menjadi kanser. Secara mudah, terdapat dua jenis polip, hiperplastik dan adenoma. Jenis hiperplastik umumnya tidak berisiko untuk kanser. Sementara jenis adenoma pada usus besar pula boleh berubah menjadi kanser. Namun tidak semua kes polip adenoma menjadi kanser walaupun berada dalam usus besar. Oleh setiap kes polip harus diperiksa di bawah mikroskop. Pemeriksaan ini dapat untuk membezakan antara polip hiperplastik dan adenomatosa. Kebanyakan polip muncul di dalam …
Read More »MENJAGA PUNDI KENCING SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
MENJAGA PUNDI KENCING SELEPAS MELAHIRKAN ANAK Masalah pundi kencing semasa hamil, melahirkan anak dan semasa dalam pantang kerap berlaku. Dianggarkan 20% wanita yang sedang dalam pantang (selepas melahirkan anak) mengalami masalah ini. Semasa hamil, terdapat peningkatan hormon progestrone dalam tubuh yang menyebabkan otot pada pundi kencing akan lebih rehat dan mengendur. Ia berlanjutan sehingga masa selepas melahirkan anak dan beberapa minggu dalam masa pantang. Masalah pundi kencing yang tidak berfungsi sebaiknya ini lebih mudah berlaku pada ibu yang pertama kali hamil dan melahirkan anak, mempunyai masalah punding kencing sepanjang kehamilan atau mengalami masalah kesukaran melahirkan anak. Penggunaan teknik tambah semasa …
Read More »TUBUH KITA MEMERLUKAN AIR
“Doktor saya bukan tidak suka minum air. Saya tidak suka pergi bilik air banyak kali” tanya seorang peserta dalam sebuah perkongsian yang dianjurkan oleh Olive House. Kita semua sedar, kita memerlukan air untuk tubuh kita. Namun masalah buang kecil yang terlalu kerap akibat minum iar yang menyebabkan kita terpaksa menghadkan pengambilan air seharian, sehinggakan kadang kala tidak mencukupi. Secara amnya tubuh kehilangan antara 5-8 gelas air setiap hari. Ia perlu diganti dengan minum air kosong secukupnya. “Makcik suka banyak kali pergi ke bilik air atau pergi banyak kali ke hospital ?” saya tanya semula sambil …
Read More »MENGAPA SAYA MENGAMBIL MINYAK ZAITUN SETIAP HARI
MENGAPA SAYA MENGAMBIL MINYAK ZAITUN SETIAP HARI Ada rakan doktor yang bertanya saya, kenapa saya mengambil minyak zaitun sesudu pagi dan sesudu malam. Padahal mengambil minyak dalam makanan adalah sesuatu yang kontroversial dalam ilmu perubatan moden. Rakan saya seorang doktor berusia 50an. Mempunyai penyakit diabetes dan kolestrol yang tinggi. Satu saluran darah koronari pada jantung telah tersumbat. “Kau fikir bagaimana?” tanya saya semula. Biasalah rakan baik, kami ber-kau dan aku saja. “Entahlah. Sungguh pun kita ni doktor tapi kita juga diuji dengan penyakit. Sudah lama makan ubat tapi belum mencapai tahap kesihatan yang bagus” jawab beliau. “Jadi kau nak tahu …
Read More »KEKELIRUAN TERHADAP MINYAK ZAITUN
KEKELIRUAN TERHADAP MINYAK ZAITUN Baru-baru ini berdesup pertanyaan mengenai perkongsian seorang yang terkenal, katanya minyak zaitun tidak boleh diambil terus ke dalam mulut menggunakan sudu. Info itu pula bukan info yg didapati secara sahih, tetapi didengar dari seorang penceramah. Kononnya bahaya ambil minyak zaitun terus masuk ke dalam mulut, kerana boleh menyebabkan penyakit kegagalan ginjal. Saya cuma nak tanya, berapa org pesakit ginjal yg dikenalpasti akibat ambil minyak zaitun ke dalam mulut? Paling kurangkan laporan-laporan testimoni yang menyokong kenyataan ini iaitu pengakuan seorang mengalami penyakit ginjal selepas ambil minyak zaitun masuk ke dalam mulut. Kenapa yg lain ambil minyak zaitun tak …
Read More »KADAR METABOLISME RENDAH MENYEBABKAN KITA SUKAR KURUS DAN TIDAK SIHAT
Ramai yang mengadu mereka sukar menurunkan berat badan. Ada juga yang mengadu berat badan mereka tidak lagi menurun setelah kehilangan 5kg atau 10kg dari berat asal. Apa sebenarnya yang terjadi? Saya menjawab “Mungkin kadar metabolisme atau basal metabolic rate (BMR) telah menjadi rendah. Ini mungkin yang menyebabkan seseorang itu sukar untuk menurunkan berat badan.” Seperti mana yang kita tahu bahawa BMR adalah kadar penghasilan tenaga dalam badan kita ketika kita rehat dan tidur yang mana ia dikawal oleh enzim dan hormon. Ini bermakna ketika kita rehat dan tidur, tenaga dihasilkan dan digunakan dalam jumlah yang tetap bagi menggerakkan pernafasan (fungsi …
Read More »TIPS MELEGAKAN MASALAH SEMBELIT SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
Wanita yang baru melahirkan anak, kerap mengalami masalah sembelit untuk beberapa hari. Selalunya ketika masih berada di hospital, doctor akan memberikan enema bagi mengurangkan masalah ini. Enema adalah bahan selalunya berbentuk cecair yang dimasukkan ke dalam rectum (usus besar) untuk mengeluarkan najis. Jika semasa proses melahirkan anak, seorang wanita diberikan ubat tahan sakit atau suntikan bius pada tulang belakang, usus akan berfungsi dengan lebih perlahan dan ini menyebabkan lebih mudah mendapat masalah sembelit. Begitu juga jika mengambil pil zat besi (untuk menambahkan sel-sel darah merah) semasa hamil, ia boleh menyebabkan sembelit untuk beberapa lama. Koyakan yang teruk semasa melahirkan anak …
Read More »RASA KEBAS PADA JARI SEBELAH TANGAN KIRI
“Assalamualaikum doktor. Saya berusia 28 tahun. Saya mengalami masalah sakit tangan kiri sudah beberapa bulan. Saya sudah berjumpa dengan doktor di klinik swasta dan diberikan ubat sapu. Sakit ada hilang dan kemudian datang balik. Rasa sakit itu bukan seperti kebas tetapi lebih kepada rasa lenguh2 dan adakalanya terasa semut2 di pangkal tangan dan hujung jari. Saya juga kadangkala rasa sakit di bahagian dada kiri tetapi sakit itu tidak melibat keseluruhan bahagian dada. Sakit itu rasa seperti dicubit sedikit tetapi dalam jangka masa yang sangat singkat dalam beberapa saat sahaja. Saya tidak mengalami sesak nafas pun. Nafas seperti biasa juga. Saya …
Read More »Jangan Pandang Remeh Rasa Pening, Kebas dan Tidak Mampu Mengimbangkan Badan
JANGAN PANDANG REMEH RASA PENING, KEBAS DAN TIDAK MAMPU MENGIMBANGKAN BADAN 4 MEI 2019 Pernah dengar penyakit Multiple Sclerosis (MS)? Saya ada seorang pesakit 30an yang kerap mengadu pening dan lemah saraf. Bukan dia tak mampu memegang dengan kuat, tetapi deria rasa pegangan tangannya sangat lemah. Bila memegang barang dia akan terlepas sebab dia tidak merasa apa yang dia pegang. Tetapi apabila disuruh menggenggam, beliau dapat menggenggam dengan kuat. MS adalah masalah autoimmune yang kronik yang menyebabkan keradangan pada sistem saraf utama (otak). Sistem pertahanan tubuh menyerang tubuh terutama pada sarung saraf (myelin sheath) menyebabkan keradangan …
Read More »NEPHROTIC SYNDROME DI KALANGAN KANAK-KANAK
Nephrotic Syndrome adalah satu keadaan di mana ginjal pesakit membenarkan tubuh kehilangan protein melalui air kencing. Ini akan menyebabkan tahap protein dalam darah menjadi rendah, seterusnya menyebabkan pembengkakan (oedema) di sekitar mata, dan pergelangan kaki. Punca penyakit ini tidak diketahui dengan jelas, berkemungkinan akibat tindakbalas autoimmune. Rawatan yang diberikan oleh pakar nefrologi ialah prednisolone. Penggunaan ubat ini harus dipantau kerana ia memberikan beberapa kesan sampingan. Antaranya: 1, Peningkatan selera makan. 2. Pengumpulan lemak di bahagian perut dan muka (menjadi bulat). Kesan sampingan jangka panjang pula seperti: 1. selaput pada kanta mata …
Read More »cara menghilang bau faraj secara natural
CARA MENGHILANG BAU FARAJ SECARA NATURAL GAMBAR HIASAN Salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh wanita muda ialah masalah bau yang dikeluarkan dari faraj. Ini akan membuatkan seorang wanita itu akan rasa rendah diri dan tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan. Bau yang dikeluarkan dari faraj biasa tidak dapat dielakkan walaupun ia telah dicuci dengan sama ada dengan air bersih atau dengan pembersih (sabun) khas. Ini kerana faraj yang dibersihkan akan mengeluarkan lendiran yang akan menghasilkan bau semula setelah beberapa jam dibersihkan. Bau yang dikeluarkan sebenarnya adalah kombinasi dari lendiran dari dalam vagina, lendiran dari kelenjar peluh apocrine dan accrine, dan …
Read More »anak masuk wad hospital akibat jangkitan paru-paru
Assalamualaikum doktor. Saya nak bertanya doktor tentang ubat montelukast. Anak saya dalam tahun ini dah dua kali dimasukkan wad akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Adakah montelukast dapat menguatkan paru2 untuk mencegah dari terkena jangkitan lagi? Terima kasih, doktor. WALAIKUMUSALAM Montelukast adalah ubat sintetik dalam kelas “leukotriene receptor antagonists” (LTRAs) yang bertindak dengan menghalang berlakunya serangan asthma atau masalah selsema (allergic rhinitis). Jadi montelukast selalu digunakan untuk mencegah masalah yang berkaitan dengan paru-paru seperti pernafasan berbunyi (wheezing), sukar bernafas atau batuk akibat serangan asthma. Ini kerana montelukast digunakan untuk tujuan menghalang pengecutan otot …
Read More »KITA TIDAK MATI BILA KITA LAPAR
KITA TIDAK MATI BILA KITA LAPAR 16 OCT 2018 Berlapar bermakna kita tidak makan atau minum minuman yang berkalori sehingga menyebabkan tubuh kita mengalami penurunan gula. Penurunan gula ini (walaupun dalam tahap yang normal), akan memberikan isyarat pada otak agar segera mencari makanan atau minuman untuk meningkatkan gula. Ia berlaku apabila tidak tidak makan/minum selama 6 jam. Jika kita rasa lapar kurang dari enam jam, berkemungkinan kita sebenarnya tidak lapar. Ia bukanlah ‘lapar sebenarnya’. Saya mengistilahkan sebagai ‘pseudo-hungry sensation’ Rasa lapar dan isyarat yang dikeluarkan oleh otak hanya ‘peringatan ringan’. Ia bukanlah tanda berbahaya. Jika …
Read More »Kanser pangkal hidung dialami Datuk Lee Chong Wei
KANSER PANGKAL HIDUNG (NPC) DIALAMI DATUK LEE CHONG WEI Sebentar tadi (jam 12.00 tengahari pada 24 September 2018) radio BERNAMA menelefon saya untuk interviu secara live, berkaitan dengan penyakit NPC (Nasopharyangeal Cancer). Ini berkaitan dengan penyakit yang menimpa Datuk Lee Chong Wei. Saya tidak membicarakan tentang kes yang dialami beliau, cuma saya berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan penyakit ini secara am. Nasopharyngeal carcinoma (NPC) adalah kanser yang utama berlaku di kawasan nasopharynx (sebutan: nesofaring) yang terletak di belakang hidung di bahagian atas tekak. NPC banyak berlaku di kalangan penduduk Asia Tenggara. Di Malaysia, NPC adalah kanser yang keempat yang …
Read More »TAHAP POTASSIUM YANG TINGGI DALAM DARAH
Pisang adalah sumber potassium yang tinggi TAHAP POTASSIUM YANG TINGGI DALAM DARAH Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya mahu bertanya Doktor. Saya ada buat pemeriksaan darah pada bulan Ogos. Keputusan darah saya normal kecuali keputusan tahap pottasium saya tinggi dari julat yang normal iaitu antara 3-5. Tahap potassium saya 6. Saya risau sebab ada membaca kesan pottasium tinggi boleh menyebabkan lemah jantung (heart failure). Bagaimana cara utk turunkan tahap potassium saya Dr? Saya tidak merokok. Dalam result itu ada tulis red blood cell leakage. Bagaimana hendak merawatnya doctor. Saya sangat risau. Terima kasih. Walaikummussalam. Potassium adalah mineral yang penting agar tubuh kita …
Read More »Mengambil Asid Folik ketika Haid
“Assalammualaikum Dr Zubaidi. Bolehkah saya ambil asid folic semasa haid? Terima kasih”. WALAIKUMUSALAM Tiada halangan untuk mengambil vitamin B kompleks atau asid folik semasa haid. Malah ia bermanfaat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization (WHO)) menganggarkan sebanyak 470 juta wanita seluruh dunia yang mengalami masalah kekurangan darah merah (anemia) akibat kehilangan darah selepas pendarahan haid yang banyak. Pengambilan zat besi (iron) dan asid folik atau folate adalah penting sebagai vitamin yang digunakan oleh tubuh untuk membentuk dan mengekalkan tahap sel darah merah dalam tubuh. Oleh itu mengambil vitamin asid folik 5mg bersama zat …
Read More »ambil paracetamol ketika menyusukan anak
BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL PACETAMOL SEMASA MENYUSUKAN ANAK? “Assalamualaikum doktor.Saya ingin bertanya adakah ibu demam yang menyusu anak boleh mengambil paracetamol untuk redakan demam? Berapa biji yang selamat diambil ya doktor. Mohon pencerahan doctor sebab penerangan sebelum ini tidak cukup meyakinkan. Terima kasih” WALAIKUMUSALAM Paracetamol adalah ubat yang dapat menurunkan suhu badan ketika demam dengan selamat. Ia boleh diambil oleh kanak-kanak, orang dewasa, ibu yang hamil dan ibu yang menyusukan anak, mengikut dos yang diberikan. Nasihat saya adalah ambil paracetamol bila perlu, mengikut dos yang ditetapkan dan untuk jangka masa yang pendek saja. Dos yang biasa diberikan untuk orang dewasa sama …
Read More »KENAPA SAYA MENGANTUK WALAU MINUM KOPI SEBELUM TIDUR?
Setiap cawan kopi yg kita minum mempunyai kandungan kafein yg berbeza. Lebih penting lagi setiap individu mempunyai kedan kafein yg berbeza. Ramai yg minum kopi kerana untuk mendapat rasa segar kerana merangsang otak dan menyebabkan jantung berdegup laju. Tetapi tidak semua orang mendapat kesan yg sama. Sebagai contoh ada orang yg minum secawan kecil kopi pd waktu maghrib lalu tidak dapat tidur sepanjang malam, tetapi ada juga yg tiada masalah untuk tidur fgn nyenyak. Ini kerana terdapat satu gene PDSS2 yg mempengaruhi bagaimana kafein diproses dalam tubuh. Mereka yg ada gene ini akan memproses kafein dengan lebih perlahan dan lambat …
Read More »makan durian dengan selamat
MAKAN DURIAN DALAM KUANTITI KECIL Artikel di bawah adalah temubual wartawan Harian Kosmo bersama saya. PESAKIT kronik seperti jantung dan ginjal disarankan makan durian dalam kuantiti satu atau dua sudu kecil sahaja. MUSIM durian merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh Hartini @ Khaslin Dolah Mok Sim, 35, kerana ia merupakan buah kegemarannya sejak kecil. Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr. Zubaidi Ahmad berkata, durian mempunyai kandungan karbohidrat (gula) yang tinggi. Dua ulas biji durian mengandungi 60 hingga 80 kcal kalori yang bersamaan dengan setengah cawan nasi putih. Kalori tersebut bergantung kepada jenis baka …
Read More »AIR KELAPA MUDA BAGUS UNTUK WANITA HAMIL
Semua orang tahu bahawa air kelapa muda sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak mineral dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Rasa air kelapa muda sangat unik dan sedap diminum pada bila-bila masa, terutamanya pada masa cuaca panas. Kita akan berasa segar dan rasa haus akan hilang apabila kita meminum segelas air kelapa muda yang sejuk. Bagi wanita yang hamil , meminum air kelapa tidak memudaratkan ibu dan bayi. Malah ia sangat bagus untuk diminum pada bila-bila masa. Segelas air kelapa muda 100 ml mengandungi 19 kalori . Hampir 95% darinya adalah air 4% adalah …
Read More »Suplemen Vitamin C dan E Membantu Pesakit Endometriosis
SUPLEMEN VITAMIN E DAN C MEMBANTU PESAKIT ENDOMETRIOSIS Endometriosis adalah penyakit yang dihadapai oleh 10% dari wanita muda. Penyakit ini menyebabkan masalah kesuburan (sukar hamil) dan hampir 25% wanita yang mengalami rasa sakit di bahagian pelvis ketia kedatangan haid disebabkan oleh masalah ini. Tidak banyak diketahui tentang punca penyakit ini. Pakar perubtan dan saintis masih lagi berteka-teki jika ditanya tentang punca penyakit ini. Ada teori yang mengatakan bahawa penyakit ini berpunca dari darah haid (yang mengandungi sel-sel endometrium) yang naik ke atas masuk ke dalam kawasan pelvis. Sepatutnya darah haid keluar melalui faraj. Tetapi tidak berlaku dalam kes ini. Selalunya, …
Read More »LENDIR DI BELAKANG TEKAK DAN BADAN BERBAU
Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya menghidap penyakit allergic rhinitis. Saya mengalami masalah post nasal drip yang sangat busuk dan mengalir dari tekak ke dalam mulut sehingga menyebabkan mulut saya berbau. Saya juga ada masalah bau badan yang kuat. Ia bukan hanya di kawasan ketiak tetapi seluruh badan saya berbau. Peluh saya yang berbau dan kalau tidak berpeluh, ia OK saja. Adakah dengan makan supplement probiotik dapat membantu masalah diatas. Dan apakah supplement yang terbaik untuk rawat masalah saya? Terima kasih. Walaikumussalam. Tuan mengalami dua masalah kesihatan yang mungkin saling kait mengait atau mungkin ia berbeza antara satu sama lain. …
Read More »Pembedahan Buang Rahim Mengganggu Hubungan Suami Isteri?
PEMBEDAHAN BUANG RAHEM MENGGANGGU HUBUNGAN SUAMI ISTERI ? Assalamualaikum Doktor. Saya ada satu pertanyaan. Jika seorang wanita yang telah melakukan pembedahan buang rahim disebabkan oleh masalah fibroid, adakah ia boleh mendatangkan kesan jangka panjang, atau mnyebabkan penurunan hormone dan boleh menggangu hubungan suami isteri. Terima kasih. Jawapan: WA ALAIKUM MUS SALAM, Melakukan prosedur pembedahan pembuang rahem ada dua jenis: membuang rahem saja (total hysterectomy) membuang rahem bersama kedua-dua saluran fallopian dan kedua-dua ovari. (Total Abdominal Hysterectomy with Bilateral Salpingo-Oophorectomy atau TAHBSO ) Pembedahan membuang rahem adalah suatu keputusan besar kerana ia membuang sebahagian tubuh badan kita. Ia perlu difikirkan …
Read More »Salah Faham Terhadap Penggunaan Stevia
SALAH FAHAM TERHADAP PENGGUNAAN STEVIA 1. APA ITU PEMANIS STEVIA Stevia adalah pemanis tiruan natural atau semulajadi. Ia adalah daun tumbuhan spesis Stevia rebaudiana. Bahan aktif dalam tumbuhan ini adalah steviol glycosides. Terdapat dua jenis steviol glycoside yang banyak dalam daun ini iaitu stevioside dan rebaudioside. Ia tidak mengandungi sebarang kalori. Berbanding dengan aspartame, ia adalah pemanis tiruan sintetik yang juga tiada kalori. Jadi daun stevia ini digunakan secara terus (dengan meramaskan daun tersebut dan dicampurkan ke dalam minuman) atau menjalani proses pengekstrakan bagi mendapatkan patinya dan digunakan dalam bentuk serbuk atau cecair. Rasanya 100-200 kali lebih manis dari …
Read More »Tips melegakan masalah sembelit selepas melahirkan anak
TIPS MELEGAKAN MASALAH SEMBELIT SELEPAS MELAHIRKAN ANAK. Wanita yang baru melahirkan anak, kerap mengalami masalah sembelit untuk beberapa hari. Selalunya ketika masih berada di hospital, doctor akan memberikan enema bagi mengurangkan masalah ini. “Enema adalah bahan selalunya berbentuk cecair yang dimasukkan ke dalam rectum (usus besar) untuk mengeluarkan najis”. Jika semasa proses melahirkan anak, seorang wanita diberikan ubat tahan sakit atau suntikan bius pada tulang belakang, usus akan berfungsi dengan lebih perlahan dan ini menyebabkan lebih mudah mendapat masalah sembelit. Begitu juga jika mengambil pil zat besi (untuk menambahkan sel-sel darah merah) …
Read More »Merawat Luka Menggunakan Kream
KREAM MERAWAT LUKA “Salam Doctor. Saya nak tanya, sebenarnya boleh ke kita pakai gel ini lepas bsalin.. nak sembuh kan luka jahitan.. saya baca ramai suggest ini. sebab nanti luka cepat kering n tumbuh daging semula. n ada kata doctor mereka juga suggest macam tu. tapi masa saya nak beli. saya terbaca ini. dan dekat kotak n tube gel ini juga dah mention ada gelatin dari haiwan itu.. atau ada ubat lain utk sembuhkan luka jahitan. terima kasih. “ Wa alaikum mussalam. Cara penjagaan luka yang terbaik adalah dengan menjaga kebersihan luka tersebut. Oleh itu luka …
Read More »SUSU BADAN KELUAR WALAUPUN TIDAK HAMIL
“Assalamualaikum doktor, saya berumur 27 thun dan mempunyai anak seorang berumur 8 tahun. Saya ingin bertanya, pada baru-baru ini saya mengalami kelewatan haid dan melakukan pemeriksaan kehamilan melalui air kencing (UPT). Keputusannya negatif. Begitu juga dengan pemeriksaan ultrasound. tidak kelihatan kantung janin. Jadi saya tidak hamil. Yang menjadi kekeliruan saya adalah kedua belah payudara mengeluarkan lendiran seperti susu. Apakah seorang wanita yang tidak hamil, boleh mengeluarkan susu? Mohon penjelasan, terima kasih.” WA ALAIKUMMUSSALAM Pada kebiasaannya apabila seorang wanita tidak hamil, payudara mereka tidak akan mengeluarkan susu ibu. Namun ada beberapa wanita yang mengalami masalah ini. Tubuh wanita …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
