KITA RESAH KETIKA DIUJI?

Kita sentiasa menghadapi dugaan dalam kehidupan kita dan ia tidak akan pergi dengan mudah kerana setiap manusia yang hidup akan diduga. Kita tidak mampu menentukan dan mengawal apa yang bakal terjadi pada peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita. Sebagai hambaNYA, apa yang perlu kita lakukan?

1. Percayalah kita mampu mengubah CARA kita menghadapi dugaan itu. Terima takdir yang ditetapkan ALLAH dengan hati yang terbuka. Ingatlah ianya adalah dugaan yang telah dijanjikan untuk setiap manusia. Ini bahagian kita. Dugaan ini adalah dugaan yang bersesuaian dengan kemampuan kita. Jadi kita mampu menghdapinya. Ada orang yang menerima dugaan yang lebih besar kerana mereka mampu menerima dan menghadapinya.

2. Hadapi dugaan ini dengan IMAN, bukan dengan EMOSI. Tidak guna kita marah dan mengamuk atas suatu perkara yang telah ditetapkan olehNYA. Yang terjadi tetap telah terjadi. Kita ‘tidak mampu mengutip semula susu yang telah tumpah dari cawannya’. REDHA dan menerima takdir ini. SABAR dan mencari jalan untuk menghadapinya. SYUKUR kerana ada orang yang diuji dengan perkara yang sama tetapi dengan kadar yang lebih teruk.

3. KENALPASTI apa yang kita MAMPU LAKUKAN dan kenalpasti apa yang kita TIDAK MAMPU LAKUKAN. Ini masanya untuk bermuhasabah. Membuat refleksi diri. Melihat semula senarai keperluan dan kehendak kita. Senaraikan semula apa yang memanfaatkan kita di dunia dan apa yang memanfaatkan kita di akhirat. Cari kebahagian dalam diri, sumber kekuatan dan ketenangan.

4. Terima dengan SYUKUR. Kerana setiap apa yang diberikan adalah sesuatu yang terbaik yang tidak mampu dinilai oleh mata kasar. Pandangan kasar kita terlalu terhad dan tidak mampu menilai. Ibarat kita diberikan seketul emas di kala kita kelaparan. Sabar, berusaha sedikit dan kita akan mendapat lebih apa yang kita hajatkan.

Banyak lagi inspirasi dan motivasi yang bakal saya kongsikan agar ia bermanfaat untuk kita.

#inspirasidrzubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!