
DOKTOR, MANA YANG LEBIH BAIK ‘WHOLE GRAIN’ ATAU ‘MULTIGRAIN’?
Assalamualaikum. Doktor saya keliru dengan perkataan “Whole Grain” dan “Multigrain”. Makanan yang manakah lebih baik? Adakah yang dilabelkan sebagai “whole grain” atau “multi grain”. Terima kasih.
Walaikumusalam.
Perkataan “Multigrain” dan “whole grain” adalah dua perkataan yang berbeza. Biasa kita baca dalam pek makanan yang kita beli di pasaraya terutama di bahagian ‘makanan yang sihat’. Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza.
Whole grain bermakna makanan kita mengalami pemprosesan yang minima. Ia masih lagi mengandungi kesemua bahagian dalam bijiran seperti ‘bran, germ dan endosperm’. Contohnya beras rebus (parboiled rice). Ia adalah pilihan sihat kerana mengandungi nutrient (seperti vitamin, mineral dan fiber) dan phytonutrient yang hampir sama dengan bijiran yang belum diproses. Perkataan yang hampir sama dengan perkataan ‘whole grain’ adalah ‘whole wheat’, dan ‘whole oats’ yang merujuk kepada nama bijiran yang digunakan.
Sementara multigrain bermakna makanan yang mengandungi dua atau lebih bahagian yang terdapat dalam bijiran.
Untuk pengetahuan, seorang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 30 gram fiber untuk menjadikan pemakanan yang seimbang.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :
https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
