Salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh wanita muda ialah masalah bau yang dikeluarkan dari faraj. Ini akan membuatkan seorang wanita itu akan rasa rendah diri dan tidak mahu bergaul dengan rakan-rakan.
Bau yang dikeluarkan dari faraj biasa tidak dapat dielakkan walaupun ia telah dicuci dengan sama ada dengan air bersih atau dengan pembersih (sabun) khas. Ini kerana faraj yang dibersihkan akan mengeluarkan lendiran yang akan menghasilkan bau semula setelah beberapa jam dibersihkan.
Bau yang dikeluarkan sebenarnya adalah kombinasi dari lendiran dari dalam vagina, lendiran dari kelenjar peluh apocrine dan accrine, dan mungkin juga dari air kencing yang berbaki.
Bagi wanita yang mengalami masalah bau yang terlalu kuat, membuatkan wanita itu sendiri rasa tidak selesa. Saya kongsikan beberapa tips:
Pertama kebersihan faraj haruslah diutamakan dengan membersihkannya menggunakan air bersih atau pencuci yang bersesuaian. Setiap kali rasa tidak selesa, terus ke bilik air untuk membersihkannya. Bawalah sabun pembersih dalam botol kecil yang boleh disimpan dan dibawa dalam beg tangan.
Kedua jaga pemakanan. Elakkan makanan yang mengeluarkan bau yang buat seperti bawang mentah, bawang putih mentah, jering dan petai. Bau-bauan yang tidak wangi ini biasanya dikeluarkan melalui air kencing. Namun ia memberikan kesan pada bau faraj.
Ketiga ambil makanan yang mengandungi probiotik seperti yogurt, tempe, kimchi dan sebagainya. Ia membantu meningkatkan bilangan kuman-kuman baik dalam faraj, dengan ini mengurangkan pengeluarkan bau-bau yang tidak enak dari faraj.
Keempat jika masalah ini berlarutan, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan pada faraj yang menyebabkan keputihan yang berlebihan. Buat pemeriksaan doktor. Ia mungkin jangkitan kuman sama ada bakteria dan fungal.
Kelima ada beberapa herba yang digunakan dalam Perubatan Melayu Lama bagi merawat masalah ini.
1. Daun Kemangi. Ia mengandungi sebatian euganol yang mampu membunuh kuman dan mengelakkan bau faraj yang tidak enak. Ia sesuai untuk dimasukkan dalam makanan, dan tidak dijadikan sabun kerana dibimbangi akan menyebabkan faraj menjadi kering. Boleh amalkan dalam makanan setiap dua minggu.
2. Daun sirih. Ia juga mengandungi sebatian euganol. Ambil 10 helai daun sirih masukkan dalam 350 ml air dan rebuskan sehingga menjadi setengah. Biarkan ia sejuk. Gunakan sebagai cucian terutama pada waktu pagi dan malam.
3. Daun pandan. Ia mengandungi sebatian euganol dan minyak pati (essential oil) yang dapat membuat faraj menjadi lebih wangi. Tetapi cara menghilangkan bau pada faraj bukan dengan cara daun pandan yang digunakan untuk membasuh vagina, akan tetapi direbus dan dijadikan minuman. Ambil 10 lembar daun pandan yang sudah dicuci bersih lalu ditumbuk hingga halus. Tapis untuk diambil airnya. Campurkan sedikit garam dan satu sudu madu agar lebih sedap. Minumlah air daun pandan ini setiap hari sebelum tidur selama dua minggu atau sehingga bau yang tidak enak itu berkurangan. Setelah itu, boleh kurang pengambilannya 2-3 kali seminggu.
4. Lidah Buaya. Penggunaan daun lidah buaya ini selalu digunakan sebagai minuman. Caranya ialah tumbuk daun lidah buaya yang telah dicuci bersih sehingga halus. Tambahkan sedikit madu agar lebih sedap diminum. Minumlah setiap hari selama 2 minggu sebelum tidur. Jika masalah ini telah berkurangan, boleh diamalkan 2-3 kali dalam seminggu.
5. Kacip Fatimah. Ia juga dijadikan minuman. Ambil 2-3 inci akar Kacip Fatimah yang telah dibersihkan, kemudian direbuskan dalam 350ml sehingga airny menjadi separuh. Ambil satu atau dua sudu besar, dicampurkan dalam air kosong. Boleh campurkan sedikit madu untuk mengurangkan rasa pahit. Amalkan setiap malam sehingga keadaan bertambah baik. Kemudian amalkan 2-3 kali seminggu sehingga bau faraj yang tidak enak hilang.
Disclaimer – Semua info yang ada dalam artikel ini sebagai panduan saja. Pemeriksaan doktor penting bagi masalah yang berlarutan.