Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » HAID TIDAK DATANG SELEPAS SUNTIKAN PERANCANG KEHAMILAN

HAID TIDAK DATANG SELEPAS SUNTIKAN PERANCANG KEHAMILAN

HAID TIDAK DATANG SELEPAS SUNTIKAN PERANCANG KEHAMILAN

Assalamualaikum. Doktor saya bersalin normal dan merancang untuk mengambil suntikan depo tetapi saya mengambil suntikan tersebut sekali sahaja kerana orang sekeliling saya mengatakan depo itu agak berbahaya. Jadi saya pun menghentikan proses suntikan itu. Yang saya sangat risaukan kerana saya sudah 6/7 bulan tidak datang bulan. Sangat merisaukan kalau ia berbahaya dan menyebabkan kanser. Adakah ini normal atau saya perlu buat sesuatu? Apa yang perlu saya lakukan doktor? Terima kasih.

Walaikumusalam.

Suntikan perancang diberikan kepada wanita yang baru melahirkan anak adalah untuk memberikan perlindungan kehamilan, agar kehamilan yang berikutnya dapat dijarakkan. Namun masalah kitaran haid tidak menentu memberikan tekanan emosi kepada mereka. Malah ia juga memberikan kesan fisiologi yang menyebabkan mereka merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Salah satu kesan sampingan suntikan perancang keluarga adalah kitaran haid yang tidak menentu. Selalunya individu yang mendapatkan suntikan itu akan mengalami masalah ‘tidak datang haid’ antara 3-4 bulan. Namun ada yang melebihi 6 bulan. Jika melebihi setahun, saya mencadangkan puan buat pemeriksaan doktor.

Kitaran haid yang tidak menentu bukanlah tanda kanser rahim, tetapi hanya disebabkan masalah ketidakseimbangan hormon. Saya mencadangkan puan buat pemeriksaan doktor bagi menentukan puan tidak mengalami masalah kesihatan yang serius.

Tetapi itulah kesan sampingan yang sering dialami. Puan boleh menghentikan dulu suntikan tersebut dan mencuba kaedah pil perancang keluarga untuk menstabilkan semula kitaran haid dan mendapatkan semula kitaran haid yang normal.

Selain itu puan boleh amalkan Kacip Fatimah Phytoplus bersama vitamin E. Ia sangat membantu pesakit saya yang baru melahirkan anak untuk mempercepatkan hentinya darah nifas (agar ia tidak berpanjangan), membantu mengecutkan semula saiz rahim dan memberikan tenaga sepanjang hari berpantang.

Ia juga membantu wanita yang tidak mengalami darah haid dalam jangka masa yang lama.

Semoga ia menjawab soalan puan.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: