Advertorial
Home » Doktor Menjawab » JANGKITAN DENGGI ATAU DIABETES YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN GINJAL?

JANGKITAN DENGGI ATAU DIABETES YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN GINJAL?

JANGKITAN DENGGI ATAU DIABETES YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN GINJAL?

Assalaamualaikum. Maaf nk tnya. Ayah saya disahkan mendapat jangkitan denggi, kemudian dlm tempoh rawatan denggi tersebut, pada masa sama disahkan ada penyakit buah pinggang tahap 4. Apakah penyakit buah pinggang tu berpunca kuman denggi yg menyerang buah pinggang dia? Terima kasih.

Walaikumusalam.

Selalunya tahap gula yg tidak terkawal akibat diabetes yang menyebabkan kerosakan ginjal. Ia berlaku secara perlahan-lahan. Oleh itu ia dikatakan sebagai penyakit ginjal yang kronik (Chronic Kidney Disease). Ini biasa berlaku dikalangan pesakit diabetes selepas tempuh 5-10 tahun, bergantung pada kawalan gula.

Begitu juga jika ayah puan mengalami penyakit tekanan darah tinggi yang tidak dikawal dengan baik. Kerosakan ginjal juga boleh berlaku selepas 5-10 tahun.

Jika sebelum ini tiada masalah penyakit ginjal, pesakit mungkin mengalami kerosakan ginjal mengejut akibat komplikasi jangkitan denggi yang teruk. Pesakit selalunya mengalami juga tekanan darah rendah, kerosakan otot-otot (rhabdomyolysis), dan  sel-sel darah merah yang pecah (hemolysis). Keadaan ini dinamakan kegagalan ginjal yang akut (Acute renal failure). Selalunya pesakit dirawat di ICU. Keadaan ini sangat bahaya.

Secara mudah, jika semasa ayah puan dijangkiti virus denggi, puan tiada komplikasi yang teruk (tidak dirawat di ICU), saya percaya berkemungkinan kegagalan ginjal tahap 4 yang ayah puan alami akibat penyakit diabetes atau hipertensi  yang tidak dikawal dengan baik. Tetapi jangkitan denggi yang teruk boleh menyebabkan kerosakan ginjal dengan lebih cepat.

Semoga menjawab soalan.

#HealthDrZubaidi.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: