“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Maaf, saya malu nak bertanya dalam group wassap KELAB SIHAT. Saya pesakit endometriosis. Dulu ada fibroid. Tetapi rasanya fibroid sudah tiada selepas keguguran. Sekarang kalau datang bulan, lebih dari 15hari. Kadangkala sampai 20hari. Apa ubat yang sesuai ya, doktor? Kalau pergi ke KK pun, selagi tak serius memang dia tak layan. Nak tunggu sampai masuk hospital baru nak bertindak. Sekarang saya tidak selesa. Terima kasih atas pandangan doktor”.
WAALAIKUMUSSALAM.
Saya tidak bertanggungjawab atas layanan yang puan terima.
Nasihat saya jika puan sudah berumur 40 tahun, dan mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu ini, elok buat pemeriksaan ultrasound untuk mengesan fibroid. Fibroid tidak hilang dengan keguguran. Pemeriksaan ini juga mungkin membantu melihat keadaan endometriosis yang puan alami.
Doktor juga akan melihat keadaan struktur rahim puan. Selalunya jika mengalami masalah dinding rahim tebal, doktor akan buat DnC untuk membersihkan lapisan rahim yang menebal. Doktor juga akan melihat sampel samada ada kanser atau tidak.
Pemeriksaan Pap smear juga harus dilakukan untuk mengesan kanser rahim peringkat awal.
Itu antara langkah yang biasa dilakukan sebelum melakukan pemeriksaan yang lebih mendalam.
Sekian terima kasih.
#HealthDrZubaidi
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini
MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER
Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi