Salam Dr..
Saya mohon Dr dapat tolong saya bagaimanakah untuk saya mengetahui hari subur. Dari zaman remaja recycle period saya antara 35-45 hari.walaubagaimanapun, saya xpernah miss period. Saya telah berkahwin pada Feb 2012. Pada April 2012 doktor detect saya mengandung luar rahim.tiub sebelah kanan telah dibuang. selepas operation itu, period saya tidak datang 2-3 bulan.kadang2 saya terpaksa ambil ubat turun darah. Pada awal tahun 2013, saya mendapatkan rawatan di hospital pakar.doktor kata saya pcos melalui ujian darah. rahim saya pula jenis terbalik.lain2 semuanya ok. doktor beri rawatan dgn mkn ubat metaformin dan progyluton. dan baru2 ini saya diberikan clomid. Di sini saya berikan jadual period saya:
Bermula Jan, saya start makan progyluton. Start 25 Feb saya stop makan progyluton kerana doktor nak tgk cycle saya ok tak selepas mkn progyluton utk 2 cycle.
Bermula bulan 29 April, saya start makan metaformin dan progyluton semula.Doktor kata kena makan progyluton semula kerana period saya tidak teratur lagi.
3-8 Jan – normal period
1-6 Feb – normal period
1-7 Mac – normal period
14 -17 Mac – period yang sangat sedikit.
28 – 31 Mac – period yang sangat sedikit
19 – 27 Apr – normal period
9 – 12 Mei – period yang sangat sedikit.
21 – 28 Mei – normal period
4- 6 Jun – period yang sangat sedikit
18 – 25 Jun – normal period.
Berat saya 52kg,tinggi 148cm dan berumur 28 tahun.
Doktor, setiap hari pada awal pagi, saya akan minum segelas Nescafe.Adakah ini mempengaruhi hari subur saya atau mempengaruhi kesuburan saya?
Saya mohon sangat doktor dapat bantu saya. Segala budi baik doktor hanya Allah sahaja dapat membalasnya.
Wa alaikum mus salam Puan . Saya telah membaca email puan dan bersimpati. Saya percaya puan masih muda dan subur.
Umur baru 28 dan BMI puan hanya 23.7 (berat 52kg,tinggi 148cm). Puan baru berkahwin 17 bulan dan puan pernah hamil, walaupun kehamilan luar rahem.
Untuk pengetahuan puan kitaran haid yang normal antara 21 hingga 35 hari. Kitaran haid puan adalah 35-45 hari.
Pemeriksaan doctor puan mendapati puan:
- Puan telah dibuang saluran fallopian sebelah kanan kerana puan mengalami kehamilan luar rahem pada April 2012.
- Kitaran haid puan telah terganggu selepas pembedahan, dan puan pernah 2-3 bulan tidak dating haid. Ini bermakna puan mengalami masalah keseimbangan hormone. Pengambilan ‘ubat hormone turun darah’ telah memburukkan lagi ketidakseimbangan hormone yang puan alami.
- Apabila puan mengalami kitaran haid yang tidak menentu, bermakna puan mengalami masalah kesuburan, seterusnya HARI SUBUR tidak dapat dikira.
- Pada awal tahun 2013, puan didiagnosakan oleh doctor sebagai PCOS setelah menjalani pemeriksaan darah. (Mungkin doctor mendapati tahap hormone Progestrone puan berada dalam keadaan yang rendah).
- Puan juga mengalami rahem terbalik (retroverted uterus).
- Akhirnya doctor memberikan puan rawatan ubat metaformin dan progyluton, dan baru-baru ini puan telah diberikan ubat clomid.
- Sayang sekali menurut doctor bahawa “doktor kata kena makan progyluton semula kerana period saya tidak teratur lagi”.
- Puan juga minum setiap hari pada awal pagi, akan minum segelas Nescafe. Sudah tentu ia menggangu kesuburan puan.
Saya mendapati masalah puan agak kompleks. Saya mohon puan menghentikan pengambilan nescafe kerana nescafe mengandungi banyak caffeine yang boleh mengganggu kesuburan puan. Begitu juga jika puan mengambil minuman bergas dan berkarbonat. Ia harus ditinggalkan sepenuhnya.
Soal yang besar adalah kitaran haid puan yang tidak teratur, bermakna puan berada dalam keadaan tidak subur akibat ovary puan tidak dapat mematangkan telur ovum dan menetaskannya agar dapat dipersenyawakan.
Saya mendapati bahawa Clomid yang diberi, tidak dapat merangsangkan menetasan telur ovum dari ovary puan.
Cara terbaik ialah dengan melakukan suntikan hormone, dan kaedah IVF, namun kaedah ini lebih mahal dan menelan belanja ribuan ringgit, sekitar RM15K.
Bagi pesakit saya, mereka diberikan pilihan untuk meneruskan rawatan moden atau meilih rawatan alternative menggunakan Ekstrak Kacip Fatimah untuk memulihkan kitaran haid mereka.
Ekstrak kacip fatimah keluaran UTM ini sangat disyorkan kepada wanita yang mempunyai masalah dengan kitaran haid. Ia dihasilkan oleh penyelidik di Institute of Bioproduct Development, UTM. Ia dihasilkan secara ekstrak, menjadikannya bersih, berkualiti dan selamat digunakan. Ia mempunyai logo HALAL JAKIM dan nombor pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ia boleh diamalkan sebagai suplemen, kerana memberikan tenaga kepada wanita dan menggalakkan pembentukan sel darah merah. Ia juga meningkat syahwat terhadap suami supaya hubungan suami-isteri bertambah baik.
Jadi berbalik kepada pilihan puan, kerana saya mendapati puan telah mencuba rawatan moden dan tidak menunjukkan hasil yang positif. Puan boleh memilih langkah selanjutnya iaitu kaedah IVF atau mencuba pengamalan EKF.
Wallahu a’lam.
Dr Zubaidi Hj Ahmad
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah: