Antasida adalah ubat yang biasa digunakan untuk mengurangkan gejala-gejala gastritis seperti kembung perut dan pedih ulu hati.
Ia meneutralkan asid yang berada ada dalam perut yang dikeluarkan ketika kita makan. Dengan ini ia menghalang keradangan perut (gastritis) akibat terlalu banyak asid.
Antasid boleh dibeli tanpa preskripsi. Ia boleh diambil ketika perut kosong.
Sementara omeprazole adalah ubat yang menghalang pengeluaran asid dari dinding perut. Ia lebih berkesan untuk masalah GERD, Gastic Ulcer, atau masalah perut yang tidak dapat diatasi oleh antacid.
Omeperazole selalunya memerlukan preskripsi doktor. Ia diambil sebelum makan.
Oleh kerana cara kedua bertindak adalah berbeza, adakalanya doktor memberikan kedua-dua ubat ini serentak.
Selain dari mengambil ubat bagi melegakan perut, doktor juga akan menasihatkan untuk:
1. Menghindarkan makanan atau minuman yang memburukkan gejala seperti coklat, tomata, daun mint, kopi, dan alkohol.
2. Menghindarkan makanan berlemak yang memerlukankan masa yang lama untuk dicerna.
3. Berhenti merokok
4. Dapatkan rehat yang mencukupi, dan tangani stress dengan lebih baik.
Semoga bermanfaat.
Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan Dr Zubaidi selama 25 sebagai doktor perubatan am melalui media Telegram.
https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :