APA ITU CHOLESTEATOMA?

Cholesteatoma merupakan ketumbuhan akibat pengumpulan sel-sel kulit mati, lendir, atau kotoran telinga. Ia boleh membesar dan menghancurkan struktur tulang di kawasan telinga tengah.

Ia bukan merupakan kanser, yang terjadi di rongga tengah telinga dalam, tepat di belakang gendang telinga.

Ia terjadi kerana telinga yang sering mengalami jangkitan kuman seperti sinusitis atau otitis interna. Ia juga disebabkan fungsi saluran Eustachian yang kurang baik.

Cholesteatoma boleh menyebabkan pendengaran terganggu, kehilangan keseimbangan tubuh serta fungsi otot wajah terganggu. Jadi ia adalah situasi yang serius.

Gejala akibat cholesteatoma adalah :

1. Terdapat bau dari dalam telinga

2. Masalah pendengaran, dan rasa sakit pada dalam telinga

3. Menyebabkan vertigo, atau hilang keseimbangan badan.

4. Wajah menjadi herot akibat saraf muka terjejas.

Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan

pendengaran terjejas secara kekal, dan mudah mendapat jangkitan selaput otak (meningitis) kerana berhampiran dengan struktur otak.

Pemeriksaan dilakukan dengan otoscope dan disahkan dengan pemeriksaan CT scan. Pembedahan perlu dilakukan untuk membuang cholesteatoma.

Kewujudan cholesteatoma boleh berulang dan pemeriksaan rutin perlu dilakukan setelah pembedahan.

#HealthDrZubaidi

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini

MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER

Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!