MINUM KOPI SEMASA HAMIL

MINUM KOPI SEMASA HAMIL

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya peminat kopi dan sedang hamil. Bolehkah saya minum kopi? Terima kasih”

Walaikumusalam.

Sepertimana yang kita ketahui, kopi mengandungi kafein. Inilah yang boleh membahayakan kehamilan jika sekiranya seorang ibu yang sedang hamil minum kopi ketika hamil dengan terlalu kerap.

Kopi bersifat asid, oleh itu menyebabkan mudah rasa loya dan muntah.

Kafein juga merupakan bahan perangsang dan diuretik (penyebab mudah rasa mahu kencing kerana pundi kencing cepat penuh).

Elok ambil kopi selepas ambil sedikit makanan. Pengambilan kopi haruslah dihadkan kepada satu atau dua cawan kopi sehari. Dos kafein yang dicadangkan adalah kurang dari 200mg.

Pengambilan kopi yang terlalu banyak boleh memudarat ibu yang sedang hamil.

  1. Mengalami insomnia iaitu sukar untuk tidur. Elakkan kopi selepas pukul 6 petang
  2. Mengganggu penghadaman kerana kopi bersifat asid.
  3. Mengalami tekanan darah tinggi ketika hamil.
  4. Mengalami sakit kepala.
  5. Mengalami anemia kerana kafein menghalang penyerapan zat besi.
  6. Mengalami keguguran di awal kehamilan.
  7. Menyebabkan kelahiran pramatang.
  8. Kafein boleh melintas masuk ke dalam uri boleh memberi kesan kepada corak tidur dan pergerakan bayi dalam rahim. Ini sekaligus menyebabkan janin akan terus terjaga.

Jadi saya lebih suka menasihati ibu yang hamil agar mengelakkan pengambilan kopi (kafein) ketika mereka sedang hamil.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Ikuti perkongsian  pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.

https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!