Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » ASMA DI KALANGAN KANAK-KANAK

ASMA DI KALANGAN KANAK-KANAK

ASMA DI KALANGAN KANAK-KANAK

 

Dianggarkan sepuluh hingga lima belas peratus di kalangan kanak-kanak menghidap penyakit asma. Namun semakin ramai yang mengalami penyakit ini.

Asma boleh terjadi kepada kanak-kanak yang tiada sejarah asma di kalangan ahli keluarga. Kanak-kanak yang ada faktor genetik, selalunya ada masalah lain yang dialami bersama seperti eczema, alergik rhinitis dan acute sinusitis.

Antara faktor pencetus asma di kalangan kanak-kanak adalah:

1. Jangkitan virus pada sistem pernafasan.

2. Asap rokok.

3. Perubahan cuaca.

4. Alahan pada habuk seperti house dust mile, kulat dan binatang peliharaan.

5. Senaman yang agresif.

6. Bau dari minyak wangi, bau cat dan habuk lantai.

7. Alahan makanan dan perasa tambahan makanan.

 

Ubat sintetik untuk asma yang selalu diberikan doktor terbahagi kepada 3 jenis:

a) Ubat Pencegah

Ubat ini dapat mengelakkan serangan asma dengan mengawal radang di sistem pernafasan. Ia bertindak dengan mengurangkan bengkak dan pembentukan lendir di sistem pernafasan.

b) Ubat Pelaga

Ubat ini bertindak dengan mengendurkan otot-otot pernafasan dan ini seterusnya akan membuka salur pernafasan yang sempit. Contoh Salbutamol.

c) Ubat Kawalan

Ubat ini bertindak mengendurkan otot pernafasan dan mengekalkan salur pernafasan dalam keadaan terbuka buat masa yang lama. Ia digunakan untuk kes serangan asma yang teruk. Contoh Cortocosteroid.

Dapatkan nasihat dari pegawai farmasi berkaitan dengan ubat-ubatan yang diberikan.

Apa yang perlu dilakukan untuk mengawal asma adalah dengan mengetahui faktor pencetus asma. Dengan itu ia dapat dielakkan.

Pastikan anak-anak minum air kosong yang secukupnya. Berikan suplemen vitamin C, vitamin D dan Zink, mengikut dos yang dicadangkan. Elakkan terlalu aktif di tengah panas atau berada lama di kolam renang.

Menurut perubatan moden, asma hanya boleh dikawal tetapi tidak boleh disembuhkan. Sebahagian kanak-kanak pulih semasa usia meningkat remaja, manakala sebahagiannya mendapat gejala yang lebih teruk.

Ramai kanak-kanak akan bebas daripada asma, walau bagaimanapun ada gejala asma yang menyerang kembali di kemudian hari.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: