
PENGIRAAN AIR TUBAN KETIKA HAMIL
“Assalamualaikum doktor, semalam pagi saya ada buat pemeriksaan perut di klinik kerajaan. Dan bacaan air ketuban saya adalah 7. Adakah itu normal? Sebab klinik masih belum berikan apa-apa keputusan untuk saya refer hospital atau tidak. Kandungan saya 36 minggu 5 hari. Mohon nasihat sebab saya risaukan kandungan saya.”
Air Tuban juga dikenali sebagai amniotic fluid. Semasa hamil, isipadu air tuban semakin bertambah. Doktor akan memeriksa isipadu air tuban ini menggunakan teknik Amniotic Fluid Index.
Amniotic Fluid Index (AFI) diukur dengan membahagikan rahem kepada empat bahagian. Bahagian kanan dan kiri dipisahkan oleh linea nigra iaitu tanda pada tengah-tengah abdomen. Bahagian atas dan bawah pula dibahagikan oleh satu garisan khayalan pada umbilicus (pusat).
Pemeriksaan ini menggunakan ultrasound. Bahagian yang mengandungi bacaan maksima air tuban diambil dari setiap bahagian dan dicampurkan keempat-empat bacaan ini. Jumlah bacaan ini dinamakan bacaan AFI bagi wanita yang hamil itu.
Bacaan AFI antara 7-25 dianggap sebagai normal. Bacaan purata AFI adalah 14 pada usia kehamilan antara 14 hingga 35 minggu. Ketika pemeriksaan bahagian yang dikira seharusnya mempunyai 2-8cm air tuban.
Bacaan AFI kurang dari 5cm dianggap Oligohydramnios (kekurangan air tuban), bacaan lebih dari 25cm dianggap Polyhydramnios (berlebihan air tuban).
Walau bagaimana pengiraan AFI dikatakan bukanlah cara untuk mendiagnosa sesuatu masalah kehamilan. Ini kerana banyak kes di mana kehamilan yang normal dikatakan sebagai kehamilan yang bermasalah. Selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan yang lebih lanjut terhadap kesihatan ibu dan bayi dalam rahem sepanjang kehamilan.
Jadi jangan terlalu risau. Bertanyalah pada doctor yang membuat pemeriksaan.
Semoga bermanfaat.
Rujukan: Anne Marie Coady, Twining’s Textbook of Fetal Abnormalities (Third Edition), 2015
#HealthDrZubaidi
KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI
Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :