AIR KETUBAN BANYAK

“Assalamualaikum Dr. Saya sedang hamil 30 minggu. Baru-baru ini doktor memberitahu yang air ketuban saya banyak. Saya sangat terkejut. Apakah kesan sampingan kepada bayi dan ibu sekiranya air ketuban banyak dan adakah cara lain untuk mengurangkan air ketuban ini. Mohon pencerahan. Terima kasih.”

WA ALAIKUM MUS SALAM.

Puan jangan terlalu risau dan banyakkan berdoa.

Kandungan air ketuban dalam rahem sukar diketahui dengan tepat walaupun dengan melakukan pemeriksaan ultrasound. Pengiraan kasar ini mungkin tidak tepat.

Puan kena faham bahawa jumlah air ketuban maksimum pada usia kehamilan kira-kira 32 minggu. Oleh itu, air ketuban puan nampak banyak, padahal ia adalah normal.

Ada juga berlaku apabila air ketuban terlalu banyak. Keadaan ini dinamakan “polihidramnios”. Kedudukan bayi akan menjadi tidak stabil, sama ada songsang, atau melintang.

Keduanya, berat badan puan akan bertambah secara mendadak dan puan mudah mengalami sakit belakang.

Ketiganya, risiko melahirkan anak secara pramatang adalah tinggi,

Keempat, jika bayi dalam keadaan bahaya, akibat tali pusat tersimpul, berkemungkinan akan menjalani pembedahan caesarean.

Inilah antara beberapa masalah yang boleh timbul sekiranya air ketuban banyak. Malangnya air ketuban tidak dapat dikurangkan semasa hamil.

Jadi banyaklah berdoa agar kehamilan puan selamat. Nasihat saya, puan tidak perlu risau. Semoga ALLAH permudahkan kehamilan puan.

#HealthDrZubaidi

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!