
PENAMBAHAN OMEGA-3 KETIKA HAMIL
Kelahiran pramatang (bayi dilahirkan sebelum minggu ke-37 kehamilan) adalah faktor utama kecacatan atau kematian bayi yang disedari dalam lima tahun pertama kehidupan mereka.
Ini bermakna adakalanya apabila dilahirkan, bayi didapati sihat dan normal. Apabila mereka meningkat usia, baru disedari mereka mengalami masalah kecacatan (yang tidak disedari) semenjak lahir.
Pengambilan ikan dan minyak ikan yang mengandungi omega-3 (terutamanya docosahexaenoic acid (DHA) dan eicosapentaenoic acid (EPA)) mampu mengurangkan bilangan kelahiran bayi pramatang dan meningkatkan kesihatan anak dan ibu.
Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu-ibu hamil tidak memakan ikan dengan begitu kerap.
Dengan menggalakkan ibu hamil memakan ikan berlemak atau mengambil suplemen omega-3 mampu meningkatkan kesihatan anak dan ibu.
Antara manfaatnya.
1. Mengelakkan kelahiran pramatang
Para penyelidik mencari bukti-bukti kajian pada Ogos 2018 dan telah menjumpai 70 kajian rawak terkawal (RCTs; kajian dengan kaedah ini memberi keputusan yang paling meyakinkan) yang melibatkan 19,927 wanita.
Para penyelidik menjumpai insiden kelahiran pramatang (sebelum 37 minggu) dan sangat pramatang (sebelum 34 minggu) adalah rendah dalam kalangan ibu yang mengambil suplemen omega-3 berbanding tidak mengambil omega-3.
2. Mengelakkan kelahiran bayi yang kurang berat badannya
Bilangan bayi lahir dengan kurang berat badan juga lebih rendah.
3. Mengelakkan insiden meninggal dunia ketika dilahirkan atau sakit sehingga masuk ke neonatal ICU
Risiko bayi meninggal dunia atau sangat sakit dan memerlukan kemasukan ke unit rawatan rapi neonatal juga rendah.
4. Mengurangkan insiden kemurungan (meroyan) selepas melahirkan anak
Ia mengurangkan insiden kemurungan postnatal di kalangan wanita yang baru melahirkan anak.
Jadi amalan yang diberikan oleh pakar O&G swasta yang memberikan suplemen Omega-3 bersama asid folik benar-benar memberikan manfaat pada wanita hamil.
Rujukan:
Penambahan asid lemak omega-3 ketika hamil
Diterbitkan:
15 November 2018, the Cochrane Database of Systematic Reviews.
Penulis: Middleton P, Gomersall JC, Gould JF, Shepherd E, Olsen SF, Makrides M