Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Wanita » TIP MENGAWAL PEMAKANAN SEPANJANG SYAWAL

TIP MENGAWAL PEMAKANAN SEPANJANG SYAWAL

TIP MENGAWAL PEMAKANAN SEPANJANG SYAWAL

Sebagai informasi, kita memerlukan sebanyak lebih kurang 2,000 kalori setiap hari untuk mengekalkan keperluan tenaga (bergantung kepada umur, jantina, berat badan dan pergerakan fizikal).

Di bawah dikongsikan beberapa tips yang boleh membantu anda untuk kekal sihat semasa hari raya Aidilfitri:

1.  Seperti biasa selalunya terdapat pelbagai jenis juadah yang dihidangkan di atas meja semasa hari raya Aidilfitri seperti rendang, ketupat, rendang, dan pelbagai jenis kuih muih.  Cara terbaik adalah dengan melihat semua jenis makanan yang terhidang dahulu. Kemudian memilih makanan apa yang ingin kita makan mengikut keperluan kalori. Jika kita makan tiga kali sehari dan sedikit kudapan waktu petang, kita mungkin dapat mengira bilangan kalori yang maksima kita ambil adalah antara 500-600 kCal setiap hidangan.

Jangan terlalu gopoh memilih makanan. Dengan mengambil makanan yang tidak berlebihan, kita memberikan peluang untuk sistem penghadaman kita memulakan fungsi setelah berehat selama sebulan.

Di bawah dibawakan contah hidangan yang mempunyai nilai kalori 500 kCal.

1. Lemang bersama rendang daging

2. Nasi impit bersama kuah kacang dan sayur lodeh

3. Sate ayam Bersama nasi impit dan kuah kacang

4. Nasi dagang

5. Kuih Muih

2.  Rasa kerap lapar dapat dikurangkan dengan pengambilan air yang mencukupi. Pilih air kosong atau minuman tanpa gula seperti kopi kosong atau the kosong. Boleh letakkan stevia iaitu pemanis natural tanpa kalori. Elakkan minuman berkarbonat kerana ia akan menyebabkan peningkatan gula yang mendadak dan menyebabkan gangguan terhadap penghadaman.

3.  Mengambil kekacang seperti kacang almond atau kacang kuda sebagai kudapan petang sangat baik untuk kesihatan. Ia akan memberikan tenaga, fiber dan menjadi sumber minyak sihat. Bila lapar, ambil beberapa biji kurma untuk sangat digalakkan kerana ia mempunyai nilai Indeks Glisemik yang sederhana dan mempunyai banyak fiber.

4. Pastikan pengambilan buah-buahan seperti sebiji pisang, jambu batu, atau epal yang mengandungi banyak fiber. Tambah sedikit ulaman atau sayur-sayuran yang ditumis.

5. Ambil minyak sihat seperti minyak zaitun, buah avocado dan kekacang seperti kacang badam dan walnut. Minyak sihat akan membantu mengurangkan rasa cepat lapar.

Jadi bergembira dan nikmatilah juadah yang ada. Cuma pastikan jangan makan berlebihan sehingga kita berasa letih dan mengantuk selepas makan. Yang penting kita bersederhana.

Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf, ayat 71: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”

Manakala dalam hadis daripada Miqdam bin Ma’di, Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah anak Adam memenuhi bekas yang lebih buruk dari perut. Cukuplah bagi anak Adam memakan beberapa suapan untuk menegakkan belakangnya. Namun jika dia mesti (melebihkannya), hendaklah sepertiga perutnya (diisi) untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.” (Sunan Ibn Majah, Hadis 3349)

Ini adalah motivasi kita untuk mengambil makanan secara berserhana. Tidak rugi orang yang mengambil makanan secara bersederhana. Seperti mana terdapat dalam satu riwayat, daripada  ‘Atiyyah bin ‘Amir Al-Juhani: Aku mendengar Salman dipaksa untuk memakan makanan, maka dia berkata, “Cukuplah bagiku, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya manusia yang paling banyak kenyang di dunia adalah manusia yang paling lapar di hari Kiamat.” (Sunan Ibn Majah, Hadis 3351)

Dan sabda Rasulullah SAW lagi, yang diriwayatkan oleh Nafi’: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seorang mukmin itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir makan dengan tujuh perut.” (Sahih Bukhari, Hadis No: 5393)

Semoga kita kekal sihat dan bertenaga sepanjang Syawal.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: